"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

09 January 2019

Ikan Bekut @ Belukor Pasir #01/2019


Tarikh  : 02/01/2019 (Rabu)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 7.30am - 5.30pm



Hari nie aku masih bercuti gara2 nak urusan persekolahan anak aku. Tambah2 lagi anak yang ke-2 berpindah tempat sekolah. Lepas semuanya selesai baru aku memecut ke Tasik Desa Ilmu.

Berbekal set ultralight kali ini, namun tiada berhasil. Port seterusnya aku try kat Riveria lak. Lama dah tak cast kat sini...





Dulu nampak bot kayu & hancur. Sekarang nie dah modified guna tong plastik biru pulak!!!. Sungguh kreatif & pada masa yang sama amat menyakitkan hati. Kompiden betul diorang meninggalkan jaring & ice box dalam tu. Nielah antara punca mengapa kolam Riveria dah semakin kurang berpenghuni. Kolam sekangkang kera nie pun diorang jaring! Macam2 hasutan syaiton menjelma kreatif dalam minda & nasib baik masih ada "sifat2" malaikat dalam diri aku...



 
Buang masa aku nak layan perasaan keciwa... Baik aku teruskan. Beberapa port aku cast tiada sambutan hinggalah aku sampai kat sini. Aku cast sampai ke seberang tu. Biarkan lure tenggelam terlebih dahulu. Kemudian aku retrived tanpa pause (berterusan) & dapat rasakan lure aku beraksi gedik (wobble). Masuk kali ke-3 aku ulang steps nie terasa sesuatu menerkam manja2. Fish on...





1st 3 saat pecutan tu boleh tahan lajunya. Aku tak pasti penghuni dasar nie. Kemudian aku layan2 sehingga naik ke permukaan, baru jelas kelihatan... strike Ikan Bekut @ Belukor Pasir.





Species : Ikan Bekut @ Belukor Pasir
Rod       : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Strike Pro_Mustang Minnow Heavy





Huh, boleh tahan gak saiz kali nie. Biasanya selalu jumpa panjang sejengkal. Teringat dulu aku hampir2 dapat saiz yang lebih kasar dari saiz nie masa di Tambak Bako. Rontaran masa di'landing' tu berjaya meloloskan diri dari hook time aku leka nak amik. Tiada rezeki. Namun kali ini jumpa lagi saiz layan camgini.





Lepas main kat sini, aku gi cari Tarpon. Entah mengapa dah 2, 3, 4 menjak nie payah benar nak cast Tarpon Taman Sukma. Walupun sampai petang aku tunggu & banyak boiling, sekali pun dia tak peduli lure2 yang aku gunakan. Nasib baiklah Ikan Bekut nie menjadi penyelamat kumpau.









LURE(S) OF THE DAY










No comments:

Post a Comment