"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

05 January 2019

Haruan @ Striped / Common Snakehead #1-2/2019


Tarikh  : 01/01/2019 (Selasa)
Lokasi : Ladang Kelapa Sawit, Kampung Empila
Masa   : 6.55am - 11.30am



Aku plan hari nie nak try menghanyir weapons Heavy Cover Game baru aku. So, sasaran utama kali ini adalah Snakehead. Cam biasa aku mulakan di Tasik Desa Ilmu. Tapi tiada rezeki. Tak kelihatan keluarga Toman. Belum mengawan agaknya...

Seterusnya aku memecut ke lokasi utama - Ladang Kelapa Sawit Kampung Empila. Aku imajin ladang tu banjir time nie memandangkan hari asyik hujan. Namun sangkaan aku meleset bila mana ladang tersebut kering, kesan2 lepas banjir kelihatan di sana sini. Pulak!!!





Memandangkan spot2 utama dah kekeringan, aku cast kat parit2 utama jer. Adalah jugak kat parit yang terdahulu rabut pulak. Korang nampak hujan tu kan? On off on off ujan tu main2. Bila aku lari nak amik baju hujan, berhenti pulak. Geram weiii...





Kalau kawasan parit tu luas & clear jer, aku biasanya target baling kat kawasan yang berumput, celah2 kayu, atau kawasan yang berteluk. Kat situlah dia ambush... Lontaran lure kat celah2 rumput berteluk tu aku biarkan seketika. Bila tiada sambaran aku mula retrive lure. Kali ini aku gunakan teknik popping, sebab lure frogie aku nie boleh beraksi seperti popper...





Baru sampai kat tengah "Boommmm!!!", opocotttt! Tekejut aku beb! Tetiba lure aku disambar rakus dari bawah.  Aku asyik perati kot2 beliau meluru dari tepi. Tak  sangka teknik popping & pause berhasil mengejutkan pemangsa dari dasar... Kombinasi mantap "senjata" aku kali ini berjaya menawan pemangsa yang cuba meloloskan diri dengan pecutan demi pecutan yang akhirnya pasrah, rela & redha mengaku kalah...





Species : Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod       : Rod Ford_Battler_Retribution 64, PE4
Reel      : Shimano_Curado K 201HG
Line      :
Tri-Poseidon, 30 lbs
Leader :
Bossna_DFC Leader, 50 lbs
Lure     :
Seahawk_Pop Hollow Frogie





Huh, ditelan dalam hook aku tu. Saiz kasar yang osem merasmi Tahun 2019.





Kemudian aku gerak lagi sepanjang parit utama tadi mencari spot2 yang berpotensi seperti tadi. Balingan lure terus ke pangkal rumput seberang tu terus dibaham sebaik sahaja lure aku landing atas air...





Tidak sekasar tadi tapi aksi pecutan ke kanan ke kiri tu yang mendebarkan. Opkos lah kudrat beliau tak terlawan set aku kali ini. Hehehe...





Species : Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod       : Rod Ford_Battler_Retribution 64, PE4
Reel      : Shimano_Curado K 201HG
Line      :
Tri-Poseidon, 30 lbs
Leader :
Bossna_DFC Leader, 50 lbs
Lure     :
Seahawk_Pop Hollow Frogie





Tak padan dengan saiz yang curut... Kuat ganas wooo... Fighter beliau nie!





Bila jam dah pukul 11.30am, aku putuskan untuk stop bila kedengaran bunyi kilat & kelihatan hujan dari arah yang bertentangan semakin menghampiri. Sebelum tu posing jap senjata baru aku nie. Kombinasi set HCG yang mantap bagi aku. Langsung tak rasa berat/penat... Agak ringan dalam kelasnya. Lure 12.5g, BC 215g & Rod 140g.








 LURE(S) OF THE DAY

Sangat pandai beraksi. Boleh menghasilkan bunyi "pop" yang kuat memanggil penghuni dari dasar...










No comments:

Post a Comment