"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

23 March 2015

Snakehead Report (3rd week of March 2015)


Tarikh: 22/03/2015 (Ahad) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 12.15pm - 2.30pm



Minggu yang sangat meletihkan aku. Hanya 1/2 day aku cast gara2 badan rasa tak selesa kerana 4H3M aku meneman mem yang ditahan kat ward. "Check-in" kat hospital aku. Tido lak kat atas kerusi jer. Mana nak selesa & nyenyak tido... Syukur mem sihat & discharge hari Sabtu.

Kumpau di Riveria (tiada miskol langsung!). Mungkin faktor hujan semalam menyebabkan tahap air dalam kolam tu memalaskan ikan nak kejar lure. Last2 aku plan nak tapau seekor snakehead buat lauk. Teringin lak rasa nak makan. So, tukar port menujuk ke "taman permainan biasa"...




Species: Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_BB Kaeru
Status: C&R
 




Close-up. Lepas ke bawak balik? Lepas ke bawak balik? Hrmmmm... Lepas jer lah. Kalau tak dapat lagi nanti, after 1 round, cast baliklah! Hahaha...




Sampai kat port nie dah ada bebudak pancing ikan puyu, keli & snakehead gak. Diorang banyak guna kaedah tradisional jer (pakai buluh dll). Walaupun kaedah kami berbeza, misi tetap sama... Lupak lak aku nak snap gambar diorang.
 



Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_BB Kaeru
Status: Bagi kat bebudak kampung yang pancing puyu kat situ...





Close-up. Yang nie aku bagi kat salah seorang budak kampung yang memancing gak kat situ. Sian tengok diorang. Kalau ikutkan nak jer aku dapat 5 ekor bagi sorang satu. Tapi bukan rejeki aku & diorang...




Setelah berkali gak rabut, tetiba satu sambaran ganas meletup hingga menyebabkan bebudak kat situ bergegas ke tempat aku menyaksikan aku fight saiz yang agak kasar nie. Masing2 mengharap aku bagi snakehead nie kat diorang (kebanyakan diorang nie tahu aku selalu CP&R...) but sorry aaa... yang ini Abang Ngah yang punya! Nak bawak balik dik. Sempat gak aku suruh sorang budak tu tolong snapkan gambar aku nie. Hehe...





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_BB Kaeru
Status: Tapau buat lauk...





Close-up. Yang nie kalau tak silap aku 3 kali dia ambush lure & rabut. Last2 strike jugak akhirnya, alhamdulillah syukur pada-Nya untuk bakal lauk nie...



 

Renungan Maut... "Dari Mata Turun ke Kuali!"








16 March 2015

Snakehead Report (2nd week of March 2015)


Tarikh: 15/03/2015 (Ahad) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 3.30pm - 6.30pm



Almost dapat lauk grade A aku semalam masa casting di Riveria - Selunsong /  Barramundi / Siakap. Rabut beb! Tali leader putus (rupa2nya berbulu). Walaupun drag tak kunci kuat, main line kat spool lak stuck hingga spool takleh bergerak. Sekali Selunsong tu pecut nak buat aksi akrobatik, terus putus. Dah lah aku geram sangat nak "feel" casting Selunsong pakai popper. Tekorban akhirnya popper aku tu! 

Bagi mengubat kekeciwaan, layan snakehead. Banyak rabut saiz kasar2 pulakkkkk...! Serba-serbi tak menjadi semalam. Mula2, alarm henpon dah set kul 5.30am, aku sedar pukul 7.30am. Rupa2nya bateri flat! Terperangkap dalam hujan. Rabut Selunsong. Rabut snakehead kasar. Last2 sekor jer strike. Redha segala-galanya... & Please try again!





Port yang semakin mengering kini kembali banjir. Tapi belum cukup besar. Kalau besar lagi banyak yang saiz kasar2 tu keluar.







Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R







Tercekik member!







09 March 2015

Snakehead Report (1st week of March 2015)


Tarikh: 05/03/2015 (Khamis) 
Lokasi: Kolam No.4 @ Kolam Bintang (belakang Wisma Bapa Malaysia)
Masa  : 1.00pm - 2.00pm



Kali ini aku ingin menduga kolam yang terletak di belakang opis aku di Wisma Bapa Malaysia, Kuching. Hari2 aku perati kolam nie namun belum tergerak untuk mencoba. Minggu lepas apabila ada seorang bro nie yang post dalam FB beliau strike Toman kat situ barulah aku diberi hidayah & buat plan untuk mengetest, kononnya...

Untuk komplot kali ini, aku berduat dengan kenalan baru FB, Stanley Ho. Aku ada hanya masa 1 jam sahaja itupun masa lunch (1.00pm - 2.00pm). Stanley cakap on! So, apa lagi aku, on jugak lah!






Lokasi kolam no. 4 itu misi utama kali ini. Aku pernah strike snakehead 1kg kat kolam no.1 (klik sini untuk baca entry yang lepas - Laporan 3) & miskol kolam no.2. Hanya kolam no.3 & no.4 tu jer yang belum dicuba.




Tu hah opis aku. Yang nie pandangan dari belakang.





Memang nampak 'sesuatu' mengambil nafas kat tengah2 kolam nie. Jauh gak dari jangkauan casting aku. Masih tak cukup jauh lemparan lure aku. Agaknya bearing bc yang aku gunakan perlu ditukar ke bearing yang maha mahal??? Hrmmm....
 




Matahari atas kepala. Time nie dah nak lengkap pusingan kolam tu aku & Stanley cast. Masih belum ada miskol. Lure pun dah macam2 tukar. Jam pun aku tengok dah nak kul 2.00pm.





Last try aku cast keluar sikit dari hujung jambatan tu. Time nie aku guna lure sp Zman. Masa retrive slow2 tu, aku rasa ada sesuatu cuba menkidnap lure aku tu. Masa nak hook-up, rabut pulak! Kemudian aku tukar lure pakai katak SureCatch Tiny Frog. Aku baling & landing atas rumput. Pelan2 aku tarik & biarkan ia jatuh atas air. Pause jap. Takde pa2 berlaku. Aku twitch & pause 2 3 kali, tiba2 lure aku macam kena sedut & ditekan ke bawah. Dalam kiraan 1...2 terus aku hook-up kuat2, yes... fish on!





Terus aku sound Stanley aku strike. Cepat2 Stanley bergegas ke arah aku. Aku yang tersenyum pada mulanya dah start fikir mintak2lah toman yang strike. Bila semakin dekat, adoiyaiiiii haruan lak yang strike! Gagal lagi misi aku nak dapat lesen toman! Apa2pun, syukurlah ada jugak strike di minit2 terakhir masa kecederaan...





Species: Haruan @ Common Snakehead (48cm)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Tak sampai 50cm tapi budak gemok gak nie. Aku anggarkan 1kg++. Masa aku lepaskan baru sedar yang aku lupa lak nak timbang dulu. Alahaiiii....





Time's up bagi aku... Dah masok masa kecederaan dah nie. Nak kemas2 lagi pakai baju kerja. So, misi aku tamat. Sebelum tu sempat posing with Stanley. Thank you bro sebab helping snap my pic with snakehead just now. Next time kita try lagi.





Sementara aku berkemas2 nak masok pejabat, Stanley meneruskan misi. Kasi round 1 kali lagi. Hehehe... Good Luck!










02 March 2015

Snakehead Report (4th week of February 2015)


Tarikh: 26/02/2015 (Khamis) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 5.30pm - 6.30pm



Sudah 2 minggu berturut2 misi aku mencarik lauk Grade A gagal. Sungguh pun semalam (Ahad) hari baik, cuaca baik... Just belum tiba rejeki aku lagi. Nak cast snakehead pun tak sempat sebab aku balit lewat semalam.

So, sebagai "hidangan" tak seberapa, nie dia hasil snakehead yang aku cast pada hari sebelumnya sebagai report mingguan snakehead blog aku nie. 2 ekor jer, selamat diC&R...





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close up. Darah tu bercampur dengan darah aku sikit (tangan aku kena hook time beliau meronta). Auchhhhh....!
 




Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close up.





Yang ke-2 nie da kasar sikit & memang layak lah berselfie dengan aku. Hahaha...