"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

09 March 2015

Snakehead Report (1st week of March 2015)


Tarikh: 05/03/2015 (Khamis) 
Lokasi: Kolam No.4 @ Kolam Bintang (belakang Wisma Bapa Malaysia)
Masa  : 1.00pm - 2.00pm



Kali ini aku ingin menduga kolam yang terletak di belakang opis aku di Wisma Bapa Malaysia, Kuching. Hari2 aku perati kolam nie namun belum tergerak untuk mencoba. Minggu lepas apabila ada seorang bro nie yang post dalam FB beliau strike Toman kat situ barulah aku diberi hidayah & buat plan untuk mengetest, kononnya...

Untuk komplot kali ini, aku berduat dengan kenalan baru FB, Stanley Ho. Aku ada hanya masa 1 jam sahaja itupun masa lunch (1.00pm - 2.00pm). Stanley cakap on! So, apa lagi aku, on jugak lah!






Lokasi kolam no. 4 itu misi utama kali ini. Aku pernah strike snakehead 1kg kat kolam no.1 (klik sini untuk baca entry yang lepas - Laporan 3) & miskol kolam no.2. Hanya kolam no.3 & no.4 tu jer yang belum dicuba.




Tu hah opis aku. Yang nie pandangan dari belakang.





Memang nampak 'sesuatu' mengambil nafas kat tengah2 kolam nie. Jauh gak dari jangkauan casting aku. Masih tak cukup jauh lemparan lure aku. Agaknya bearing bc yang aku gunakan perlu ditukar ke bearing yang maha mahal??? Hrmmm....
 




Matahari atas kepala. Time nie dah nak lengkap pusingan kolam tu aku & Stanley cast. Masih belum ada miskol. Lure pun dah macam2 tukar. Jam pun aku tengok dah nak kul 2.00pm.





Last try aku cast keluar sikit dari hujung jambatan tu. Time nie aku guna lure sp Zman. Masa retrive slow2 tu, aku rasa ada sesuatu cuba menkidnap lure aku tu. Masa nak hook-up, rabut pulak! Kemudian aku tukar lure pakai katak SureCatch Tiny Frog. Aku baling & landing atas rumput. Pelan2 aku tarik & biarkan ia jatuh atas air. Pause jap. Takde pa2 berlaku. Aku twitch & pause 2 3 kali, tiba2 lure aku macam kena sedut & ditekan ke bawah. Dalam kiraan 1...2 terus aku hook-up kuat2, yes... fish on!





Terus aku sound Stanley aku strike. Cepat2 Stanley bergegas ke arah aku. Aku yang tersenyum pada mulanya dah start fikir mintak2lah toman yang strike. Bila semakin dekat, adoiyaiiiii haruan lak yang strike! Gagal lagi misi aku nak dapat lesen toman! Apa2pun, syukurlah ada jugak strike di minit2 terakhir masa kecederaan...





Species: Haruan @ Common Snakehead (48cm)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Tak sampai 50cm tapi budak gemok gak nie. Aku anggarkan 1kg++. Masa aku lepaskan baru sedar yang aku lupa lak nak timbang dulu. Alahaiiii....





Time's up bagi aku... Dah masok masa kecederaan dah nie. Nak kemas2 lagi pakai baju kerja. So, misi aku tamat. Sebelum tu sempat posing with Stanley. Thank you bro sebab helping snap my pic with snakehead just now. Next time kita try lagi.





Sementara aku berkemas2 nak masok pejabat, Stanley meneruskan misi. Kasi round 1 kali lagi. Hehehe... Good Luck!










2 comments: