"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Fire Eagle_Akitakitsun. Show all posts
Showing posts with label Fire Eagle_Akitakitsun. Show all posts

18 March 2019

Unlocked License Ikan Sepat @ Gourami #1/2019. Bonus - Udang Air Paya


Tarikh  : 17/3/2019 (Ahad)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Masa   : 6.30pm - 7.15pm



Misi utama hari nie sebenarnya masih lagi mencari secebis kasih si Sepit Biru - Udang Galah. Namun tidak berhasil. Dah 2 minggu aku mencuba di 2 lokasi yang berbeza & rezeki ITU belum milik ku. Never give up... 

So, part nie adalah minit2 terakhir masa kecederaan sebelum balik ke rumah, sempat singgah jap kat culvert nie carik pengubat rindu...




Ala... tak perasa set terfokus pulak. Aku nak amik sekali view jelas kat belakang tu...





Ok, sekarang nie samai / rumput air dah semakin sesak. Silap2 jadi karpet hijau nie. Kalau takde hujan lebat nak tolak semua tu, akan berkumpulah semua tu kat sini. Air mati... Pun begitu, aku park floating tu betul2 kat area nama aku tu (watermark).





Tanpa menunggu lama, terus ada getuan kecil menarik pelampung aku. Bila dah start bergerak aku terus sentap lembut (korang jangan pulak sentap rod macam ko layan Toman, mampuslah... melepas ko nanti.), yes, fish on... Tak rasa ganas & tak berat memang aku rasa bukan ikan Puyu, terus aku ingat ikan Kepar nie... Masa dah angkat & nampak dekat, perghhhhhh... sekali ikan Sepat da! Dari sub-spesis ikan Sepat Siam! Wah, akhirnya teknik float fishing berjaya mendapatkan lesen ikan Sepat yang aku tunggu2. Teknik pole fishing ari tu tak berjaya lak.




Species : Ikan Sepat @ Gourami (1st Catch)
Rod       : Sparrow_Special Edition, 2-8 lbs
Reel      : Kewl_Eevee 800
Line      :
Spider King, 8 lbs (Nylon Line)
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread (White Bread)



 
Osem, saiz tapak tangan. Kasar beb!





Aku baling lagi kat port yang sama, seketika ada sesuatu membawa lari umpan. Sentap lembut lagi, terasa ringan & bila dinaikan, terkejut aku; opocottt...! Udang air paya. Aih, kat sini pulak boleh dapat udang...





Species : Udang @ Prawn (2nd Catch)
Rod       : Sparrow_Special Edition, 2-8 lbs
Reel      : Kewl_Eevee 800
Line      :
Spider King, 8 lbs (Nylon Line)
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread (White Bread)





Baling lagi kat tempat yang sama, terus ditarik lagi... Namun kali ini rabut. 2 kali! Kali ke-3, masih di tempat yang sama, aku biar dulu dia main2 (geram nie!), pastu aku tarik very gentle... & terus sentap lembut. Yes, dapat kali ini. Owh, udang yang ke-2!



 
Species : Udang @ Prawn (3rd Catch)
Rod       : Sparrow_Special Edition, 2-8 lbs
Reel      : Kewl_Eevee 800
Line      :
Spider King, 8 lbs (Nylon Line)
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread (White Bread)




Bila hari dah semakin gelap, aku buat keputusan stop dulu. Cukuplah for now. Nyamuk, angas semakin banyak menyerang. Syukurlah dengan hasil yang UNsangkaRABLE petang nie.





Akhirnya ikan Kepar tu dah ada tank mate. Tak jahat cam ikan Puyu. Best friend doh...







TOOLs

Ada member yang tanya, aku pakai hook yang macam mana, so kali nie aku pakai jenis nie #3. Kat TCE Tackle ada jual.





Kali ini aku gunakan pelampung jenis nie (jugak ada jual kat TCE Tackle). Yang besar belah kanan. Kalau ikan tarik ke bawah tu, tak perlu korang sibuk, biar jer palampung tu buat kerja dia. Makin besar pelampung (janganlah besar melampau sangat), makin kuat daya apungan & makin kuat ikan tu nak struggle bawak renang maka makin mudah hook terbenam.











08 March 2019

Ikan Puyu @ Climbing Perch #4-5/2019


Tarikh  : 4/3/2019 (Ahad)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Masa   : 7.00am - 11.30am



Masih lagi ketagih mempole fishing... Hari ini aku cuma ada masa 1/2 day jer mancing. Aku gunakan masa yang ada sebaik2nya. Atas permintaan member aku yang inginkan beberapa ekor ikan Puyu untuk akuariumnya, so aku cuba menangkap ikan tersebut jika ada rezeki... 





Of cause lokasi culvert yang sama aku target. Kali ini aku membawak 2 set pole & 1 set UL untuk casting Tarpon (huh, hanya rabut jer Tarpon kat kedua-dua belah culvert nie. Geram wooo...). 1 set tu aku park kat sini.





...& 1 lagi set aku park kat bawah nie. Kalau kali pertama tu aku gunakan umpan roti (white bread), kali ke-2 aku guna sausage yang dicubit2 kecik, kali ini aku gunakan nasik pulak. Pilih nasik yang ada keras2 sikit. Jangan guna yang lembik sebab cepat hancur time ko nak sangkutkan pada hook.





Tanpa menunggu lama, pemandangan yang aku suka tengok - pelampung berdiri sekejap sebelum tenggelam dibawak lari menandakan ada pemangsa yang sedang beraksi. FYI, ada lah 2, 3 kali rabut sebelum solid hook-up nie. Ternyata saiz layan menjelma...





Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (1st Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Rice





Mangsa pertama pagi ini. Pemerhatian aku semenjak 2 menjak mempole fishing kat sini di sebelah awal pagi memang frenzy berbanding waktu tengah hari atau petang. Aku rasakan lagi awal lagi bagus.





Letaklah umpan korang dekat2 dengan tumbuhan air tu kerana kat situlah mereka selalu ambush.





Seperti hasil ke-2 ini. Walaupun rabut berkali2, aku letak lagi umpan kat tempat yang sama & kali ini lebih cepat pelampung aku tenggelam - petanda saiz kasar mencurik umpan, tenang2 aja buat sentapan, terus fish on...





Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (2nd Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Rice







Kan! Saiz heaven... Ngapalah ko masih belum berjaya dicasting? Teknik pole fishing jugak yang ko nak. Inilah hasil yang terakhir aku perolehi dalam sisa masa yang "singkat" ini. Syukur dapat jugak aku tunaikan permintaan member aku. Pasnie kena cari lagi seekor 2 sebab seorang lagi member tengah tunggu turn. Hahaha...














06 March 2019

Unlocked License Ikan Kepar @ Java Combtail #1/2019 / Ikan Puyu @ Climbing Perch #2-3/2019


Tarikh  : 1/3/2019 (Jumaat)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Masa   : 7.30am - 4.30pm



Hari ke-2 aku masih bercuti. Semalam aku kumpau. Hari nie aku turun lagi untuk mengetest sebatang lagi rod Pole Fishing yang baru aku beli. Ketagih pulak main pole fishing nie. Layan gak terutama time tengok pelampung bergerak2 tenggelam ditarik ikan!

Lokasi yang sama aku terjah. Sambil2 tu aku bawak jugak set untuk casting sebab kat culvert nie rupa2nya ada gak Tarpon!





1 set rod Pole Fishing & 1 set rod casting (UL) aku bawak kali ini.





Ada beberapa kali gak ikan memakan umpan hingga habis & rabut. Kali ini aku standby cepat2 bila melihat umpan aku kembali diusik. Bila pelampung "berdiri" sekejap & kemudian start tenggelam, aku sentap sikit rod terus fish on! Bila dah dapat, aku ingatkan ikan Sepat (setelah upload dlm FB time balik rumah, seorang rakan cakap ikan nie bukan Sepat tapi ikan Kepar @ Java Combtail. Aku google, memang betul katanya).




Species : Ikan Kepar @ Java Combtail (1st Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Sausage






1st time aku dapat spesis nie. Boleh dikatakan rare lah jugak.





Aku letakkan umpan dekat2 kawasan yang berumput air (tumbuh-tumbuhan) tu sebab aku tengok mereka amik napas & bermain polis sentri kat situ.





Tetiba pelampung aku berdiri dengan cepat & terus tenggelam dibawak lari. Wah, kasar nie & aku suspek kompom ikan Puyu. Bila fish on, agak ganas cubaannya untuk melarikan diri. Masa aku angkat, sah puyu!





Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (2nd Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Sausage





Nah tengok, saiz tapak tangan der!





Begini cara aku - sangkutkan pada tali ditampung batu2 agar rod pole tak jatuh. Taklah jenuh ko nak pegang rod 24jam! Tak lama pastu sekali lagi pelampung aku berdiri. Aku biarkan seketika sehingga pelampung tu tenggelam baru aku sentap lembut. Yes, fish on lagi...





Tidak seganas fight yang ke-2 tadi, dia ekot jer aku tarik. Bila dah nak dinaikan baru meliar. Hoh, puyu lagi...





Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (3rd Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Sausage





Wow, itu jer yang aku boleh cakap. Masih banyak rupanya saiz tapak tangan kat sini...




Bila dah tengah hari, aku rest dulu tunaikan kewajipan. Ikan2 nie kau bawak gi sekali. Selepas selesai semua aku sambung balik. Hanya rabut jer sehingga petang & bila dah kurang sambutan, aku putuskan untuk stop dahulu. Nak amik anak balik sekolah pasnie. Syukur dengan 3 ekor strike! 





Sebelum balik rumah, sempat aku memecut ke kedai beli botol plastik untuk DIY akuarium. Nantilah bila claim dah masok, baru aku belikan akuarium plastik tu.







UPDATED:
2/3/2019 - Seekor ikan Puyu tu mati sebab gaduh dengan tank mate dia. Mungkin tak selesa sebab tempat jadi sempit agaknya. Takpe, aku siang yang mati tu & masok dalam peti ais. Nanti aku nak try masak goreng (FYI, aku lom pernah makan ikan Puyu nie. Tak tahu lagi camna rasanya nanti).







 



18 February 2019

Unlocked License Ikan Puyu @ Climbing Perch #1/2019


Tarikh  : 14/2/2019 (Khamis)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan



Aku berkursus 3 hari sejak 2 hari lepas. Hari ini last kursus. Memandangkan tempat kursus pun area tempat tinggal aku jugak, so aku plan petang nanti nak try 1 lagi "genre" baru dalam memancing - POLE FISHING.

Target utama adalah ikan Sepat. Setelah selesai & ready semua dikesempatan yang terhad nie aku memecut kat 1 culvert yang aku perati sejak berkursus nie. Berumpankan roti (white bread), aku mula memancing...





Lebih kurang macam membottom juga Pole Fishing, selain beza pada "tools", the rest is waiting game...




Pelampung jenis jejarum (Pole Float) aku gunakan. Bila pelampung bergerak2 (neguk kat orang Sarawak) standby lah sebab mangsa mula nak meragut tu. Kemudian pelampung tu berdiri (indikator yang kaler2 tu berada di atas) terus dibawak "menyelam", apa lagi aku, pelan2 aku hook-up & terus fish on... Wow, lain macam pulak rasa fight nie...




Setelah melayan seadanya, perghhhhhh... Ikan Puyu rupanya! Patulah ganas semacam jer tarikan. Kasar jugak saiz Puyu nie.




Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch
Rod       : Ajiking_Modena 360
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Roti (White Bread)




Sebenarnya 2 kali jugak aku rabut selepas dapat yang pertama nie. Kesemuanya ikan Puyu. Walaupun sasaran utama (ikan Sepat) tak dapat, namun rasa puas hati & seronok pulak layan Pole Fishing nie. So, cukuplah dulu buat permulaan & perasmian rod...






  TOOLs

Rod Pole Fishing aku nie rasanya tak cukup panjang, kena cari yang panjang lagi lah pasnie.




Asalnya hujung rod tu guna tali (gambar bawah), so aku modified sikit (guna apa nama yang macam alat utuk pecah jerawat jer kaler gold tu. hahaha...) untuk memudah proses meletak tali.




Trip nie aku gunakan saiz 3. Umpan roti (white bread) cubit kecik2 jer. Campur air sikit jer / basahkan sikit bagi memudahkan membuat bentuk bulat2 besar macam huruf 'O' kat keybord komputer korang. Walaupun umpan cacing lagi ampuh, sesaja aku gunakan roti nie untuk bereksperimen.