"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Kerapu @ Grouper. Show all posts
Showing posts with label Kerapu @ Grouper. Show all posts

26 October 2015

Boat Base 1/2015 - Kampung Sekambal, Lundu


Tarikh: 18/10/2015 (Ahad) 
Lokasi: Kampung Sekambal, Lundu
Masa  : 6.30am - 3.30pm



Lambat aku update kali ini. Sorry, pasal minggu lepas aku bz sepanjang minggu. So kali ini aku nak kongsi story komplot boat base pertama aku untuk tahun 2015. Memang tahun nie aku kurang main boat base. Dah nak masuk penghujung 2015 baru sekali turun.

Lokasi kali ini terletak di Kampung Sekambal, Lundu. 1st time aku main kat port nie. Komplot kali hanya berdua, aku & Mul sahaja. Geng Lundu yang lain tak dapat join kerana masing2 ada komitmen lain.






Jeti Kampung Sekambal.





Besar bot nie. Hanya berdua casting.





Aku & Mul. Misi bermula.





A few view sepanjang tebing.





Belum lama cast, satu sambaran kasar membaham lure Mul. Bermulalah aksi bertarung.





Hoh, MJ rupanya.





Strike pertama dari Mul, MJ kasar Sekilo lebih.





Belum lama bertukar port lagi sekali Mul strike kali ke-2. Seekor lagi MJ kasar. Kali ini 900 g lebih. Almost 1 kg jugak!

 


Akhirnya, strike jugak aku baby MJ.




Species: Mangrove Jack (MJ)
Rod: Exori_Super Lite, 2-6 lb
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Storm_ThunderCrank Madflash
Status: Tapau





Mul strike kali ke-3 dengan MJ sekilo lebih. Memang champion beliau!





Aku strike seekor lagi baby MJ. Kali ini aku menggunakan softplastic lure pulak. Ini merupakan strike aku yang terakhir.





Species: Mangrove Jack (MJ)
Rod: Exori_Super Lite, 2-6 lb
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man_"MinnowZ"
Status: Tapau





Kali ini Mul menggunakan kaedah trolling. Strike kali ke-4.





Kerapu rupanya.





Boleh tahan kawan. Memang rezeki dia hari ini. Man of The Match - 3 MJ, 1 Kerapu. Tahniah Mul!






Nie antara port yang strike MJ2 tadi time surut. Beberapa spot lagi diterjah & tiada lagi berhasil. Mungkin jugak air belum "baik" sepenuhnya. Mul memberitahu aku kebanyakan ikan kat sini suka gewang kaler putih. Semua strike beliau dengan 1 lure sahaja yang bewarna putih. Nice tips. Lepas nie akan aku pastikan tackle box aku mempunyai bekalan lure putih yang mencukupi. Next time repeat port nie. Best!






LURE(S) OF THE DAY

No.3 tu yang aku gunakan. Lupa lak nama kod kaler tu.





Strike ke-2 aku gunakan lure nie. Warna putih kena cari jugak lepas nie. Stok aku dah habis da...








17 August 2015

Casting Land Base_Belungei, Lundu 04/2015


Tarikh: 15/08/2015 (Sabtu) 
Lokasi: Belungei, Lundu
Masa  : 4.15am - 12.00pm



Memandangkan hari Ahad minggu nie mem aku kerja (Aishhhhhh!!! Geram betullah dengan opis diorang tu asyik buat kerja hujung minggu. Tak pikir ke orang lain nak rehat hujung minggu? Masuk nie dah 3 minggu berturut-turut selepas hari raya lepas aku belum dapat cast hardcore cam biasa! - Sorry, emo. Vibrate tahap gila dah seluruh badan...), so kali ini aku takleh tahan. Aku tukar pogram - ari nie aku cast & esok lak program mem.

Seawal 4.15 pagi (OMG!!) aku dah turun dari rumah menuju ke Belungei, Lundu (Lone Ranger cam biasa...). Bukan apa, aku nak kejar time air mula surut. Aku cek kalender pasang-surut dalam kul 7.00am gitu dah boleh cast. Tujuan utama aku kali ini adalah MISI MENGHANYIRKAN ROD BARU - Okuma Nemesis 2-6 lb. Walaupun rod ini untuk UL, tapi aku pairkan dengan set-up biasa jer. Jom, follow me...






Adoiyaiiii... Dah tiba di Lundu hujan lebat beserta kilat lak. Nak buat camna, takkan nak patah balik ke Samarahan. Jauh dah nie. Tawakal jer lah. Lagipun time masih awal nie, 5.40am gitu.





Syukur, area Belungei hujan dah mula berhenti. Pun begitu, kawasan cast masih ditenggelami air.





Sedikit "sinar harapan" menyambut kedatanganku dari jauh (kononnnnn.....).





Posing & test cast kat sekitar nie dulu. Tiada miskol langsung. Nampak tak pasir yang timbul di kejauhan (bahu sebelah kiri aku) tu? Tulah lokasinya. Selagi air pasang takleh nak sampai situ. Kena tunggu air surut baru boleh.






Nah, aku zoom sikit kawasan tu.






Setelah kawasan tu dah boleh dilalu, tanpa berlengah aku terus cast & cast & cast... Ada beberapa kali gak miskol & rabut saiz juvenile gitu, sangkut, putus, lure terkorban, namun masih belum ada sambaran yang 'ganas'. Aku peratikan tahap frenzy pun kurang sangat. "Mungkin hujan lebat awal pagi tadi mempengaruhi tahap kemalasan penghuni Belungei ini...", kataku memujuk hati.





... sehingga lah aku baling lure sepanjang  batu2 tu & tiba2 satu sambaran yang benar2 menguji kemampuan rod baru aku tu. Tak ter'pam' keluar aku beb!. Drag lak 'menangis'. Lenturan rod takyah cakap camna, ngeri wei. Sempat melayan sekejap sebelum setengah tali leader aku putus bergesel dengan batu. Aishhhhhhh...! Itulah 1st time aku merasa tarikan yang benar2 men'dub'... dubkan jiwa raga di Belungei nie. Kalau tak kerana batu tu aku rasa 50-50 peluang! Nak buat camna, bukan rejeki...





Agak lama lepas "peragut" tu berjaya melarikan diri aku tidak merasa sebarang miskol. Kemudian aku cast kat kawasan batu2 sebelah kanan tu, barulah strike saiz baby Kerapu jer. Syukur alhamdulillah, tak kumpau.





Species: Kerapu / Grouper
Rod: Okuma_Nemesis (NEC602UL 2-6 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Berkley_PowerBait Power Gurb
Status: C&R





Close-up.




Setelah kurang sambutan, jam pun menunjuk pukul 12.00pm, aku berkemas balik menuju ke lokasi lain di Kuching/ Samarahan. Misi tetap diteruskan. Takkan semudah & sekjap tu jer aku nak cast setelah berminggu2 aku tak dapat hardcore cast. No...no..no! Dalam kepala aku dah siap plan untuk cast di Riveria. Kumpau gak, baru layan snakehead nanti sebelum balik... Hehehe!

Overall, rod Okuma Nemesis 2-6 lb (UL) nie memang sedap & lazat ketika membuat balingan lure. Layan strike jugak best sangat (sebab aku memang main jugak set-up UL. So takde lah masalah sangat bagi aku). Cuma bila "dibuli" saiz megatron, otomatik kita akan mengharapkan agar tiada "halangan" fizikal yang membantu megatron tu menang. Cam kes aku nie - kawasan berbatu penyelamat megatron...








 LURE(S) OF THE DAY










12 May 2014

Boat Base Casting @ Pulo Lakir & Sekitarnya_2


Tarikh: 11/05/2014 (Ahad) 
Lokasi: Pulo Lakir & sekitarnya
Masa  : 7.00am - 3.00pm



Boatbase ke Pulo (pulau) Lakir merupakan komplot boatbase acara casting yang pertama bagi aku. Aku pernah ke Pulo Lakir suatu ketika dahulu tapi untuk aktiviti yang berlainan - Pancing (membottom) & camping. 

Hasil kali ini tidak seberapa disebabkan beberapa faktor - hujan lebat sehari sebelum komplot. Air pulak menjadi keroh (hijau pucat). Menurut Nazri & ayahanda beliau, kalau diikutkan port tersebut airnya hijau jernih ala2 crystal clear gitu!

Takpelah, dapat lepas gian komplot boatbase dengan kawan2 pun dah syukur...





Arahan daripada "Pihak Atasan", pukul 6.00am dah jalan. Tapi pukul 7.00am baru jalan. Hrmmmm... Biasalahhhhhhh! Terbaekkkkkk. TAPI INGAT...





Para komploter kali ini.





Nazri memaksa Ayahanda beliau sebagai tekong kerana takut hidung serta mata beliau berdarah jika rakan2 strike & beliau hanya mampu jadi tekong.






Gaya seorang Masta! Penuh kompiden.





Wajah kanak2 periang...
 




Kacang Rapala Cap Tangan





Kampung Muara Tebas





Geng membottom.





View sepanjang perjalanan.





Best piknik kat sini.



Selepas menempuh 1 jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi. Walaupun tidak berangin, namun air laut bergelora sedikit. Kesan hujan semalam mempengaruhi darjah kejernihan air. 

Itu ketentuan dariNYA. No need to argue. Who are we to argue with the Creator?!... Ada hikmah di sebaliknya. Rezeki masing2 telah ditentukan untuk hari ini. Bersyukur seadanya.





Shimpaku memulakan aktiviti - SILA ABAIKAN PART PERUT & buat2 tak nampak, ada paham?!!!





Aedun & Nazri turut beraksi.





Keseluruhan spot kat sini berpotensi.





Mesti ada Kerapu kat sini. But not today.






Setelah beberapa kali rabut, akhirnya Shimpaku berjaya menaikan MJ.






Very Kasar, beautipul & good size Mangrove Jack! Osemmmmmmm...!







 
1st catch - Kerapu @ Grouper

Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure:  STORM "ThunderCrank MadFlash", Green Fire UV





Kecik jer kali ini. Apa2 pun, syukur dijauhi dari KUMPAU.






Aedun juga menaikan Kerapu.





Geramkan tengok spot camgini? Hehehe...





Just perlu berhati2 & pantas bertindak sebelum sang ikan memecut ke batu.





2nd catch - Kerapu @ Grouper

Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure:  STORM "ThunderCrank MadFlash", Green Fire UV





Setelah mulut tak berhenti-henti membebel disebabkan saiz bagak ikan apa entah rabut, akhirnya beliau tidak jadi kumpau. Good start for Nazri with ikan Kerapu.





Perghhhhhhhh... Bayangkan kalau air jernih.





Tu dia... Muka ada sinyummmmmmmm...! Good size GT @ Gerpoh.





Cast sampai mabuk!





Sotong Katak on SP! Kazen aku nie memang dapat macam2 "barang rare" setiap kali casting. Layak terima anugerah dah dia nie (sori tersalah fokus kat perut lagi).





Aedun with Ikan Sumpit.




Ada jugak hasil yang tak sempat diSnap, namun rabut & mis kol banyak terjadi dalam komplot kali ini. Memandangkan sambutan pun kureng & bakat semakin besar, kami pun menamatkan sesi boatbase untuk kali ini.




















Hasil yang tak seberapa kali ini. Namun syukur dapat komplot bersama kawan2, selamat pergi & kembali. Insyaallah, we will backkkkkkkk...!