"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

17 August 2015

Casting Land Base_Belungei, Lundu 04/2015


Tarikh: 15/08/2015 (Sabtu) 
Lokasi: Belungei, Lundu
Masa  : 4.15am - 12.00pm



Memandangkan hari Ahad minggu nie mem aku kerja (Aishhhhhh!!! Geram betullah dengan opis diorang tu asyik buat kerja hujung minggu. Tak pikir ke orang lain nak rehat hujung minggu? Masuk nie dah 3 minggu berturut-turut selepas hari raya lepas aku belum dapat cast hardcore cam biasa! - Sorry, emo. Vibrate tahap gila dah seluruh badan...), so kali ini aku takleh tahan. Aku tukar pogram - ari nie aku cast & esok lak program mem.

Seawal 4.15 pagi (OMG!!) aku dah turun dari rumah menuju ke Belungei, Lundu (Lone Ranger cam biasa...). Bukan apa, aku nak kejar time air mula surut. Aku cek kalender pasang-surut dalam kul 7.00am gitu dah boleh cast. Tujuan utama aku kali ini adalah MISI MENGHANYIRKAN ROD BARU - Okuma Nemesis 2-6 lb. Walaupun rod ini untuk UL, tapi aku pairkan dengan set-up biasa jer. Jom, follow me...






Adoiyaiiii... Dah tiba di Lundu hujan lebat beserta kilat lak. Nak buat camna, takkan nak patah balik ke Samarahan. Jauh dah nie. Tawakal jer lah. Lagipun time masih awal nie, 5.40am gitu.





Syukur, area Belungei hujan dah mula berhenti. Pun begitu, kawasan cast masih ditenggelami air.





Sedikit "sinar harapan" menyambut kedatanganku dari jauh (kononnnnn.....).





Posing & test cast kat sekitar nie dulu. Tiada miskol langsung. Nampak tak pasir yang timbul di kejauhan (bahu sebelah kiri aku) tu? Tulah lokasinya. Selagi air pasang takleh nak sampai situ. Kena tunggu air surut baru boleh.






Nah, aku zoom sikit kawasan tu.






Setelah kawasan tu dah boleh dilalu, tanpa berlengah aku terus cast & cast & cast... Ada beberapa kali gak miskol & rabut saiz juvenile gitu, sangkut, putus, lure terkorban, namun masih belum ada sambaran yang 'ganas'. Aku peratikan tahap frenzy pun kurang sangat. "Mungkin hujan lebat awal pagi tadi mempengaruhi tahap kemalasan penghuni Belungei ini...", kataku memujuk hati.





... sehingga lah aku baling lure sepanjang  batu2 tu & tiba2 satu sambaran yang benar2 menguji kemampuan rod baru aku tu. Tak ter'pam' keluar aku beb!. Drag lak 'menangis'. Lenturan rod takyah cakap camna, ngeri wei. Sempat melayan sekejap sebelum setengah tali leader aku putus bergesel dengan batu. Aishhhhhhh...! Itulah 1st time aku merasa tarikan yang benar2 men'dub'... dubkan jiwa raga di Belungei nie. Kalau tak kerana batu tu aku rasa 50-50 peluang! Nak buat camna, bukan rejeki...





Agak lama lepas "peragut" tu berjaya melarikan diri aku tidak merasa sebarang miskol. Kemudian aku cast kat kawasan batu2 sebelah kanan tu, barulah strike saiz baby Kerapu jer. Syukur alhamdulillah, tak kumpau.





Species: Kerapu / Grouper
Rod: Okuma_Nemesis (NEC602UL 2-6 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Berkley_PowerBait Power Gurb
Status: C&R





Close-up.




Setelah kurang sambutan, jam pun menunjuk pukul 12.00pm, aku berkemas balik menuju ke lokasi lain di Kuching/ Samarahan. Misi tetap diteruskan. Takkan semudah & sekjap tu jer aku nak cast setelah berminggu2 aku tak dapat hardcore cast. No...no..no! Dalam kepala aku dah siap plan untuk cast di Riveria. Kumpau gak, baru layan snakehead nanti sebelum balik... Hehehe!

Overall, rod Okuma Nemesis 2-6 lb (UL) nie memang sedap & lazat ketika membuat balingan lure. Layan strike jugak best sangat (sebab aku memang main jugak set-up UL. So takde lah masalah sangat bagi aku). Cuma bila "dibuli" saiz megatron, otomatik kita akan mengharapkan agar tiada "halangan" fizikal yang membantu megatron tu menang. Cam kes aku nie - kawasan berbatu penyelamat megatron...








 LURE(S) OF THE DAY










No comments:

Post a Comment