"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

17 August 2015

Snakehead Report (3rd week of August 2015)


Tarikh: 15/08/2015 (Sabtu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 3.45pm - 6.30pm



Aku sambung casting dari pagi, dari Belungei ke Riveria. Kumpau di Riveria & sebelum balik aku nak layan snakehead dulu. Aku target nak tapau seekor sebab dah lama tak makan snakehead. Lagipun "Ilmu Penunduk Snakehead" mensyaratkan aku mesti makan seekor agar ilmu tersebut terus mantap! Cehhhhhh... kurafat sungguh bunyinya. Banyaklah aku punya ilmu! Puhahaha....






Lama dah aku tak main kat port nie. Heavy cover sangat jadinya. Ada sedikit kawasan yang clear camgini yang wajib ditry.





Fuhyooooo... Sepanjang tu heavy cover. Sepanjang tu gak aku try dengan set ala2 heavy sikit. A few sambaran kecil yang tidak strike kat sini.





Kat sini sambaran sang Mama sekadar "menghalau" lure aku. Aku kat begitu sebab dalam 1 serangan 2 kali beliau cuba 'acah2' jer nak sambar walaupun aku dah pause jap & twitch lagi. Rupa2nya ada anak2 beliau main kat situ. Aku terus mencuba lagi & lagi, tiba2, 1 sambaran manja melarikan lure aku kat bawah tu.





Strike seekor bukan mama tadi. Mungkin anak sulong beliau yang turut bermain dengan adik2nya. Hrmmmmm... yelah tu!






Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.





Aku redah lagi kat port lain. Aku perati port nie dah clear sangat. Kurang tempat/ sarang/ teratai/ samai bagi snakehead nak ambush. Pun begitu strike lagi saiz cam yang 1st tadi.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Kurus snakehead nie tak cukup makan.
  




Port ke-3... Ada sedikit potensi kawasan ambush snakehead kat port nie.





Walaupun air nampak tak dalam, kalau jatuh tu mau paras pinggang gak tenggelam. So hati2...






Aku cast berhampiran kawasan yang sedikit bersamai di tepi2 tebing seberang tu & 1 sambaran kasar dari tangkapan ku yang terdahulu berlaku. Good size untuk ditapau akhirnya!





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: Tapau for Dinner





Solid hook-up. Dua2 hook sangkut kat mulut. Mana mau lari?!

  




Hanya yang berpengalaman tau spot yang berpotensi. Cehwah, nak riak ke??? Taklah... Ada strike sebenarnya. Heheha...





Species: Haruan @ Common Snakehead (4th catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up..





Memandangkan awan mendung & gelap dah muncul, aku putuskan untuk stop dulu. Cukuplah misi menghilangkan vibrate setelah agak lama tidak hardcore cast. Penat memang penat. Ada sedikit kekurangan stamina yang aku rasa. Maklumlah, lama sangat 'berehat'. Lagi pun port nie kena biarkan kembali seperti asal, mungkin 3 minggu - sebulan gitu. Barulah saiz kasar2 kembali ke pangkal jalan... So, until next week jumpa lagi. Insyaallah...







LURE(S) OF THE DAY
Harga lama tu (gambar dari arkib). Payah dah nak dapat harga tu lagi.









No comments:

Post a Comment