"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

24 August 2015

Snakehead Report (4th week of August 2015)


Tarikh: 23/08/2015 (Ahad) 
Lokasi: Riveria & Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 06.00am - 6.30pm



Misi utama aku kali ini nak cari "lauk Grade A" kat a few port yang aku google sejak hari Rabu di sekitar Asajaya / Sadong Jaya, Samarahan. Namun tiada rezeki. Miskol pun takde dari spesis Grade A ini.

So, cam biasa, sebagai pengubat kekeciwaan, aku plan nak cari snakehead spesis Baram ("lesen" yang masih belum aku dapat), pun masih belom bertemu 'jodah' gak aku dengan spesis ini... Layan jerlah report snakehead nie.





Adoiyaiiii... Rupanya air masih surut! Feri takleh jalan. Tapi semalam aku tengok Tide & Current sepatutnya time nie air dah pasang. Kat bawah tu memang ada bot kayu yang boleh bawak motosikal kalau time feri takleh nak jalan. Tapi aku rasa seram bila keadaan masih gelap...





Seberang tu "short-cut" kalau compare ikut jalan darat. Really saving time. Setelah 10 minit menunggu, aku buat keputusan tukar plan menuju ke Riveria cer try cast situ. Time nie aku guna jentera pengempur baru yang masih belum cukup running lagi - Modenas MR1. Baru jer 200+ KM. Dah le jalan darat jauh, koman2 pun dapat bawak 60km/h jer. Siksa beb!





Aku tengok kat Riveria nie macam dah nak pupus jer ikan Grade A. Yang banyak kat sini spesis Tilapia & Koi. Aku cast kat spot berumput yang berdekatan dengan gigi air tu & tiba2 1 sambaran manja2 jer aku dapat. Aku dapat feeling haruan nie...




Nah... betul sangkaan aku. Lain yang dihajat lain lak yang dapat. Layan...





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man_"MinnowZ"
Status: C&R





Rakus! Lure besar pun diminat.






Kemudian aku bertukar tempat... Masa retrive nak cast lure balik & sebelum sempat lure diangkat, 1 ambush dari koner membaham ganas lure aku. Seekor haruan bersaiz kasar lak kali ini kelihatan (kerana dah berhampiran terbing & air lak jernih).





Perghhhh... Masih ada gak saiz 'Abang Sado' camgini kat Riveria. Osemmmm!





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man_"MinnowZ"
Status: C&R





Close-up.





Setelah jam 9.15am gitu & air sungai dah pasang, aku putuskan kembali ke misi asal mencari lauk Grade A. So, aku patah balik, bila air dah pasang baru feri dapat jalan. Jauh gak solo cast aku bermotosikal kali ini.  

Semua tempat yang aku google tu dah aku terjah. Dari 1 tempat ke 1 tempat. dari 1 gate air ke 1 gate air. Dari time air masih pasang hingga ke air dah surut, belom tertulis rejeki untuk aku. Inilah lumrah dalam dunia hanyir...                                             
                                                                                                             





So, otw nak balik, aku pakai jalan darat. Memang jauh tapi aku masih ada misi lain. Parit2 & port2 snakehead aku terjah. Street Fishing style... 





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Dalam pemerhatian aku kan, biasanya kalau snakehead kaler hitam camgini, lebih agresif dari yang kaler cerah. Wallahualam...





Beralih lak kat parit sebelah, depan tu jer satu sambaran ganas membawa lari lure aku ke bawah. Memang beliau boleh nampak aku berdiri, tapi langsung tidak dipeduli!





Species: Haruan @ Common Snakehead (4th catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Kuat melawan beliau nie.






Perjalanan diteruskan. Destinasi Heavy Cover lak jadi pilihan.





Best kalau jumpa kawasan heavy cover yang bercampur sedikit kawasan lapang camni.





2 kali sambaran kat sini. Yang pertama tu mis. Yang ke-2 tu baru hook-up. Dapat seekor bakal mama...





Species: Haruan @ Common Snakehead (5th catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Camnie rupa beliau setelah diclear... Ada lagi beberapa spot yang aku terjah, Namun rabut & kebanyakan saiz comel2 jer. Cukuplah dulu setakat nie. Try again next time, insyaallah...






LURE(S) OF THE DAY

 





Untuk misi kali ini aku gunakan kaler hitam oren.









No comments:

Post a Comment