"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

01 September 2015

Snakehead Report (6th week of August 2015)


Tarikh: 31/08/2015 (Isnin) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 5.15pm - 6.45pm



Kalau diikut, hari Sabtu, Ahad & Isnin bila aku cek Tide & Current, memang mables sangat kondisi air time nie. Aku dah plan nak ke Belungei, Lundu dalam misi membalas dendam. Apakan daya, kita mampu merancang, tapi Tuhan menentukan. Last day nak hujung minggu tu (hari Jumaat), anak ke-2 aku lak kurang sihat (demam & ulser). Bye2 my plan!
*Menangis dalam hati*.

Mertua aku lak ada urusan di Semenanjung, takkan aku nak biar mem sorang2 jaga si kecik tu. Maka, aku kensel xtvt casting hujung minggu tersebut. Hari Sabtu, Ahad masih tiada perubahan tahap kesihatannya. Hari Isnin, baru ada nampak perubahan sikit. Namun aku hanya cast melepas gian kat port dekat2 jer dalam waktu yang singkat di sebelah petang. Apa lagi, layan snakehead jerlah jawapnya...





Hujan lebat malam & pagi sebelumnya menyebabkan air agak tinggi. Kawasan parit nie baru jer lepas digali dalam 2 3 minggu lepas. Rumput, samai, teratai baru nak tumbuh balik. Baru sekali cast, ada "Ombak Rindu" tetiba memecut dari kiri mengejar jf yang aku retrive dengan kelajuan cahaya!





Tanpa menekan brake, bammmm! Beliau terus menyondol jf (jump frog) aku & dengan selamba biawak aku hook-up terus tanpa membiarkan  2 3 saat. Kalau pakai jenis soft froggy tu kena biar 2 3 saat dulu sebelum menghook-up. Kali ini aku gunakan jf, tak perlu menunggu. Terus hook-up bila dah diterkam gitu. Naissssssss... Saiz best layan (40 cm).





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Siam Spoon_TT Lure
Status: C&R





Close-up. Hanya seekor nie jer yang dapat. Rabut seekor saiz yang lebih kasar dari nie bila aku gunakan soft froggy lure. Aku rasa kat kaki jer kena gigit. Takpe, next time bebeh...







 LURE(S) OF THE DAY

Siam Spoon_TT Lure. Lure snakehead paling otai dalam tackle box aku nie. Walaupun tak berapa nak "jump" sangat, berjasa jugak beliau.









No comments:

Post a Comment