"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

07 September 2015

Snakehead Report (1st week of September 2015)


Tarikh: 02/09/2015 (Rabu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 6.00pm - 6.45pm



Malam tadi & awal paginya hujan yang sangat lebat. Otomatik aku teringat kat snakehead di kawasan yang aku rabut saiz kasar 2 hari lepas. Tertanya2 gak aku bagaimana keadaan beliau? Sihat ke? Tak lemas ke? Maklumlah air besar sangat.

Tak boleh jadi nie. Plan aku nak cast jap balik kerja nanti untuk memastikan situasi terkawal (ceh...ceh...ceh!). Member aku si Sarip berminat untuk turut serta dalam operasi merisik kubu musuh nie. Senjata dah disedia, hanya berbekal 45 minit lebih kurang Ops dimulakan...





Beberapa tempat dah dicast. Ada gak rabut & sambaran kecil. Air dah semakin naik nampaknya.





Atas sikit dari tempat aku cast, tetiba kedengaran suara si Sarip bersorak kegumbiraan. Perghhhhh, beliau strike saiz kasar berskala 49cm & aku percaya inilah megatron tu yang aku rabut 2 hari lepas. Tahniah Sarip! - (C&R).





Jelas keceriaan terpancar "...pada syurga di wajah mu, tiada tanda kau berdosa... Kau menahan segala siksa, di hati hanya berdoa...", Aishhhhh... termenyanyi le pulak! Lama dah tak dapat saiz camgini kata beliau. Aku turut tumpang gembira & tumpang berselfie.





Ada "bebola" baby snakehead kat teratai tu. Anak si mama tadi. Masa Sarip cast kat situ masih ada sambaran tak hook-up. Agaknya si abah nya pulak?! Pastu tiada lagi sambaran.





Kemudian turn aku lak strike tak jauh dari tempat Sarip. Setelah beberapa kali rabut, naik gak seekor saiz Gila-Gila Remaja. Yes, word of the day: "Aku Tak Kumpau!!!"





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Seekor nie jer aku dapat. Bolehlah buat ilang gian 45 minit...









LURE(S) OF THE DAY


Si kepala oren berjasa kali ini...










No comments:

Post a Comment