"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

07 September 2015

Casting Land Base_Belungei, Lundu 05/2015


Tarikh: 05/09/2015 (Sabtu) 
Lokasi: Belungei, Lundu
Masa  : 6.45am - 4.00pm



Tiada kelas tusyen anak aku hari ini & digantikan pada musim cuti sekolah nanti. So, plan aku komplot ke Belungei, Lundu. Pada mulanya ada seorang member aku nak join, tapi last minute kansel sebab beliau ada trip lain (trip nie sebagai back-up beliau just in case trip utama tak jadi). So, cam biasa - Lone Ranger...






Buat kali ke-2nya aku cuba membiasakan diri menggunakan set-up rod Okuma Nemesis 2-6 lb berduet dengan Calcutta Conquest 51 dalam mencari keserasian.





Air semakin surut.





Sementara menunggu tu aku try cast kat sini. Payah gak nak dapat sambaran. Air bergerak laju. Memang belum ada nasib selama aku mencuba cast kat spot nie.





Setelah tempat biasa dah boleh dilalui & agak lama aku cast (miskol pun takde), Bob (salah seorang dari member aku caster dari Lundu) datang. Ada gak peneman kali ini. Beliau memberi prototype DIY lure daripada stick glue untuk aku mencuba nanti. Next time aku gunakan. Simpan dalam tackle box dulu & biar beliau berkenalan dengan lure2 lain. Hehehe...





Spot di sebalik batu mengadap ke laut. Bob mencuba cast kat sini. Ini merupakan hot spot gak. Tapi sejak pagi tadi aku dah try kat sini tarak sambutan langsung! Hanya beberapa kali si Bob cast, terus beliau strike baby MJ. Hrmmmm...





Rezeki si Bob. Mungkin sebab beliau baik hati memberikan aku prototype DIY lure.





Lagi sekali Bob strike Baby Kerapu lak. Aku masih lagi kumpau bergaya!





Tidak lama pastu, datang sorang lagi member aku si Jep.






Setelah agak lama & beberapa kali bertukar tempat & lure, akhirnya baru aku strike seekor "Lan Todak!" Ikan todak pun todaklah... Nak buat camna kalau nie rejeki strike aku hari ini yang tertulis. Layan jerlah...





Species: Ikan Todak
Rod: Okuma_Nemesis (NEC602UL 2-6 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Starlit_Popper
Status: C&R





Jep pun akhirnya strike seekor kerapu. So kami tak kumpau! Dalam komplot kali ini si Bob yang dapat 4 ekor saiz tapak tangan (gambar aku tak sempat snap). Tak tahu ke mana menghilang/ bermain penghuni Belungei ini. Beginilah hari2 yang dilalui caster. Ada masa strike kasar. Ada masa strike kecik & ada masa takde strike langsung. Just don't give-up.







LURE(S) OF THE DAY

Aku guna model 012 yang sebelah kiri tu...









No comments:

Post a Comment