"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 September 2015

TEST DRIVE: Ofmer Wonder 50


Tarikh: 27/09/2015 (Ahad) 
Lokasi: Sekitar Kuching
Masa  : 6.30am - 2.30pm


*TEST DRIVE*

Nie report blog ringkas dalam misi mencari lauk Grade A yang kumpau (arghhhhh...!). Awal2 pagi aku dah terjah kat Riveria sementara menanti air surut. Dalam 3 jam aku cast kat situ, langsung takde miskol.

Untuk test drive kali ini, aku beli lure Ofmer Wonder 50 kerana sebelum ini aku lihat kelibat ikan Bulan bersaiz kasar banyak pada 2 minggu lepas. Memandangkan pelbagai lure telah dicuba, namun tiada 1 pun yang berkenan di hati ikan Bulan tu.

Bila lure dah ada, ikan Bulan tu lak sekali 2 jer keluar. Tu pun masa aku tengah pakai lure lain untuk target ikan lain. Pulak??? Macam tahu2 jer ko ye cik Bulan... Geramnya!




 
Lepas kumpau di Riveria, aku cast kat sungai Rengit. Pun kumpau & tiada miskol jugak. Last2 aku teringat ikan Bulan kat area Salak yang lama gak aku tak terjah. Sampai kat beberapa kawasan "petak" memang boiling & happening jer ikan Bulan. Entah mengapa macam dah semakin bijak & culas gak ikan Bulan nie tengok lure. Dari jenis SP & Ofmer Wonder tu pun dia tak nak. Nampak kelibatnya buat u-turn bila dah dekat dengan lure.






Pun begitu, lain spesis target, lain lak yang dapat. Ikan Bekut gelarannya di Sarawak nie. Mungkin sahabat2 Semenanjung panggil Belukor Pasir. Kat Sabah aku tak sure nama dia. Sebelum nie aku pernah gak dapat spesis nie kat area Tambak Pending, kecik lagi dari saiz nie. Apa2 pun, Ofmer Wonder nie digemari spesis ikan Bekut.





Species: Ikan Bekut @ Belukor Pasir
Rod: Okuma_Nemesis (NEC602UL 2-6 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: C&R



 

Close-up. Tak sure aku besar maksimum saiz ikan nie. Apa pun, beliau menyukai Wonder 50 pink! Kelasssss ko Jah!





  LURE(S) OF THE DAY

 
Apa yang boleh aku katakan, setiap caster perlu ada Ofmer Wonder 50 nie dalam tackle box. Mungkin kat tempat lain nanti ikan Bulan lebih berkenan dengan lure nie. Tidak mengecewakan persembahannya. Rasa nak tambah kaler lain pulak. Hrmmm...








2 comments:

  1. boss org sarawak?
    selain bekut & ikang bulan, ape jenis yg senang diangkat olih ofmer wonder 50 ni?
    Sy dr semenanjung dah cube sekali kat tasek tp belum dpt lg, mungkin lokasi/species salah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, Sarawak.
      Haruan atau ikan pemangsa boleh. Tp nak ckp 100% tak jugak. Kat negeri / tpt / kawasan lain, melalui post FB rakan2 pancing, ada yg dpt Talapia, Siakap. Kat Kuching / Samarahan nie belum lagi sy pnh dpt spesisi tu guna ofmer. Entah lah... Rezeki masing2 kot?!
      Wallahualam...

      Delete