"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Asam Pedas. Show all posts
Showing posts with label Asam Pedas. Show all posts

30 September 2013

Misi Mencari LESEN Selunsong_misi 06


Lundu - 28.09.2013, (Sabtu)

Misi mencari lesen Selunsong masih diteruskan & masih lagi aku belom berlesen Selunsong (Barramundi). Boatbase kali ini di spot biasa aku kat Lundu. Sekitar kawasan Jantong & Kuala Bandang. Memang payah gak nak dapat lesen Selunsong nie. Walupun orang lain senang2 jer dapat, tapi kalo dah bukan/belom rezeki tu takyah cakap lah... Yang penting Don't Give up!


 Hanya berdua dengan Daus. Last minit seorang member lagi tak dapat join.



 Senjata gempur kali ini; Shimano Amenista & Calcutta Conquest 51, digandingkan dengan rod Abu Garcia "Vengeance" VGC562MH_8-17 lb & Okuma "Nemesis" NEC562L_4-10 lb.



 Kaler air yang sangat Chantek... 



 Trolling dari Daus. His 1st catch Kerapu.




My 1st catch - Sumpit @ Archeryfish

Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: YO-ZURI "H.D. CARBON" 30 lb_(100% Fluorocarbon)
Lure: Storm ThunderCrank Madflash (TCM08)_"Black Chrome Orange"




My 2nd catch, again - Sumpit @ Archeryfish

Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: YO-ZURI "H.D. CARBON" 30 lb_(100% Fluorocarbon)
Lure: Storm ThunderCrank Madflash (TCM08)_"Chrome Yellow Perch"




Tiba masa untuk lunch hour. Kali ini aku membawa Portable Stove untuk acara main masak2 di pondok kampung lama - Kampung Kuala Bandang. Tak sesedap masakan emak, hentam sajalah Asam Pedas Kerapu Sumpit...


 Menu masakan kali ini, Asam Pedas Kerapu Sumpit.



Selepas rehat lunch, aktiviti casting diteruskan semula. Yang peliknya kali ini, kaedah casting tidak berhasil! Adakah air terlalu jernih? Arus tidak bergerak (air mati)? yang menjadi faktor kurang sambutan daripada penghuninya? Last2, aku & Daus menukar kaedah dari casting kepada Trolling & walla...


 3rd catch by Daus, Kerapu. 2nd dah di CR sebab kecik sangat.



 Aksi Daus fight.



 ... and his 4th catch, Kerapu again.



Memang 'heng' budak Daus nie.... Sekali lagi aksi fight. Aku memang jadi camera man jer...



 ... and with is 5th Kerapu!




My 3rd catch - Kerapu

Rod: Abu Garcia "Vengeance" (VGC562MH_8-17 lb)
Reel: Shimano "Amenista"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: YO-ZURI "H.D. CARBON" 30 lb_(100% Fluorocarbon)
Lure: Storm ThunderCrank Madflash (TCM08)_"Hot Tiger"




 Last catch today... Daus 6th Kerapu.



Hasil yang dibawa pulang kali ini.... Daus (6 Kerapu - 1_makan & 1 CR), Me (2 Sumpit_makan & 1 Kerapu)





*KESIMPULAN: 

Walaupun air sangat chantek, jika sambaran di spot utama tidak berhasil dengan kaedah Casting, tukar jer dengan kaedah Trolling. Trip kali ini mendapati penghuni berada di tengah, jauh dari kebiasaan...





10 June 2013

Komplot UNsangkaRABLE - SABAH VOL.1 (PART 2)

31/05/2013 - DAY 2

Acara yang paling aku nantikan menjelma jua akhirnya - Casting Boatbase. Memang tak nyenyak tido dibuatnya (memang pun sebab masih belum hilang penat jigging semalam dah pukul 4.30am dikejutkan lagi untuk get ready...). Lokasi untuk sesi warm-up kali ini di Delta Bintuka. 2 buah bot digunakan dan 4 orang caster semuanya. Here we go...


Papan tanda ke lokasi kejadian - Bintuka. Almost there...


Sampai sudah @ Jeti Bintuka. Brutal wooo... Cam nak roboh jer.


 
View from jeti.


 Otai serius tengah tunggu bot sewa sampai.


 Krew kali ini (L-R): Tiger, Bro Samoi & Bro Zul.


With me...


Bot me & Bro Samoi.

 
Bot Bro Zul & Tiger.




Let's go.... or else...


Belum sampai 5 minit bertolak dari jeti tiba2 bot aku & Bro Samoi meragam pulak! Berkali-kali gak start & press minyak, dapat jalan sikit then aisehhhhh... mati pulak enjin! Apakah ''petanda" ini bermakna bakal kumpau??? Noooooo... I came so far maaa...!!!


Parking kat tepi dulu. Biar Doktor Zul buat "medical check-up!"


Hasil "autopsy" Dr. Zul, kena tukar gak bot nie. Kalau tak, kalah sebelum berjuang nanti. So, trolling bot lah jawapnya.
 

Nah, bot baru setelah ditukar. Mudahan lancar selepas nie... Let's go again..!


Merempit. Yihaaaaa....Faster...faster!!!


 Yessss tak kumpau! Hehehehe.... My 1st lesen Ikan Sumpit @ Archerfish. Lure yang aku gunakan tak pernah hanyir lagi tu & akhirnya.... Beliau telah selamat diC&R.


Double Strike babeh! GT. Mula2 Bro Samoi yang strike dulu. Pastu masa aku tengah retrive tetiba lure aku pulak dinodai GT! Ambik ko, menggatal sangat...!


Pose dulu. Lesen GT kasar aku nie (right). Pernah dapat baby GT level tadika masa di Belungei dulu.


Ada gak ikan kerapu yang kami dapat (Bro Samoilah yang dapat... Aku masih kekal dengan rekod 2 ekor jer setakat nie) tapi tak sempat nak snap gambar. Mau tak nya nak kemudikan bot, leraikan birdnest... Ish, macam2 lagilah yang membantutkan proses photosynthesis. 

Bro Samoi malas lah pulak nak possing dengan hasil beliau. Maklumlah... dah biasa sangat katanya. Aku? Seboleh-bolehnya mestilah possing banyak2 kalau dapat. U know I knowlah... Skill casting aku masih lagi banyak menuju ke atas pokok (walaupun ikan berada kat bawah) & sangkut kat akar bakau! 

Kadang2 sangkut kat "bangkar" @ reba. Time nie lah ikan banyak lari sebab bot menghampiri bangkar nak rescue lure sangkut. Sayang wooo kesilapan sekecil ini banyak aku lakukan kat hot spot, disebabkan kekurangan ilmu dan pengalaman. Walaupun sedikit keciwa dengan kekurangan diri sendiri, inilah yang dinamakan belajar dari pengalaman...

Menjelang tengah hari, kami singgah kat tempat yang teduh sikit untuk lunch. Resepi kali ini Asam Pedas GT & Kerapu.


Chef tengah berbincang which one bakal dikorbankan!


Dengan Fast & Furiousnya Chef Zul meoperate GT & Kerapu untuk...


...untuk dipasskan pulak kepada Chef Samoi yang telah bersedia dengan ramuannya. By the way, minyak masak pulak tertinggal... Nak pakai minyak enjin bot takut tak sampai ke jeti pulak bot nanti. Pakai air jerlah...


Hampir masak. Mau tambah air lagi nih. Air pun airlah... On jer...!


Nahhhh...fresh from the river, GT & Kerapu Asam Pedas! Mablesssss....


Cepatlah... lapar sudah nie.


Selesai menjamu selera misi diteruskan. Dengan tenaga yang sudah bertambah, semangat yang membara, cast yang bertubi-tubi mencari sasaran, akhirnya strike jugak aku.


My 1st Lesen Kerapu Minyak. STORM ThunderCrank MadFlash Green Fire UV must have tau! Memang peberet ikan. Just rabut banyak kali gak. Mahu 1/2 hari baru dapat hasil yang ke-3 nie. Nampak sangat kekurangan ilmu di dada...


Hingga lewat petang sambaran & "ciuman" sang ikan semakin kurang. Hanya Kerapu Minyak yang saiznya cukup makan jer yang sudi berguro (bergurau).
Aku dimaklumkan kali ini hasil memang kurang sambutan di Delta Bintuka. Kedua-dua bot kureng berhasil (lupa pulak nak ambil gambar hasil trip kali ini. Tapi kebanyakannya didominasi oleh sang Kerapu Minyak). 3 ekor jer yang aku dapat. Tapi takpe, pengalaman & tips yang aku dapat tu lebih penting. Kesempatan yang ada jugak Bro Samoi ajarkan aku cara mengendalikan bot.


Pemandu yang bersopan...


Trip ini untuk warm-up. Ujian sebenar menanti di Delta Weston, lusa. Esok takde xtvt pancing. Kena rehat2kan badan & minda sebab dah 2 hari berturut-turut kena bangun awal. Belum pulih sepenuhnya dari kepenatan jigging semalam. So...


bersambung...