"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Kuala Bandang. Show all posts
Showing posts with label Kuala Bandang. Show all posts

27 January 2014

Boat Base Pertama untuk Tahun 2014




Tarikh: 26/01/2014 (Ahad)
Lokasi: Jantong | Kuala Bandang, LUNDU.
Masa  : 10.00am - 6.45pm


Alhamdulillah, terlaksana jugak boatbase pertama aku untuk tahun 2014 ini. Seperti biasa, komplot ber3 (aku, Bujang & Tekong Daus) untuk keselesaan casting dalam bot yang kecik. Walaupun hasil tangkapan yang tidak seberapa, namun tiada yang kumpau. Ada beberapa kali mis kol yang ganaz namun tak strike, well... dah tu jer rejeki yang tertulis pada hari ini... Syukur dapat casting bersama rakan2.


 Bujang menunjukkan Treble Hook barunya - MUSTAD KVD something...




 Bot dah kembali berkajang / canvas, untuk berlindung di minit2 terakhir masa kecederaan nanti...




 Keluarga Mak Shima keluar hari ini - Cik Kak Quest & Cik Kak Ta...




 Memandangkan Tekong Daus turut bertugas sebagai Nelayan, so menjaring untuk mencari rejeki lebih turut diberi keutamaan...




 Bujang membantu memasang jaring. Lepas casting nanti boleh cek hasilnya.




 Operasi memancing dimulakan dengan sesi Trolling.




 Walaupun tengah trolling, Bujang tengah hantar SMS dengan ikan untuk mengajak mereka keluar beramai-ramai sekaligus membaham gewang yang dipersembahkan.




 Trolling & casting, Daus tetap duduk. Tak boleh berdiri, bahaya woooo....!




 Ambik kesempatan trolling dipayungi canvas... Oh bestnya dalam keredupan sambil ditiup angin sepoi2 bahasa...




 Memandangkan air masih lagi besar & ikan belum beselera untuk menjamu selera, Daus mencadangkan agar kami dulu menjamu selera.




Setelah membelasah bekalan makanan & perut kenyang & bertenaga seadanya, so xtvt casting dimulakan. Kalau ekot air tu cam cun jer. Tapi tak tahulah, kurang tangkapan kali ini. Mana lak gi nya ikan2 nie!




 Daus dengan teknik casting duduknya.




 Bujang pun turut mencoba teknik casting duduk.




 "Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu... Hanya ku yang mencari... MJ belum ada..."




 Coba lagi, "Nah, amik ko!"




1st catch - Kerapu

Rod: Exori "Super Lite" (461_Action: Light)
Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: YO-ZURI "H.D. CARBON" 30 lb_(100% Fluorocarbon)
Lure: Rapala "TD9_Clown Flash"




 Tak Kumpau. Bujang with Ikan Sumpit. Lesen Jang.




 Daus yang kepenatan & kepanasan minta Take 5 dulu.




 Pantang ada masa terluang, Bujang update status FBnya!




 Baring2 sambil2 menikmati keindahan alam... (tapi sebenarnya berwaspada sentiasa, takut2 kat atas pokok tu ada... well u know what i mean.



Lepas Take 5 yang sepatutnya & bertukar jadi Take 30, sesi trolling pulak kali ini memandangkan casting kureng berhasil.



 Hasilnya, Daus tak jadi Kumpau - Baby kerapu sebagai penyelamat beliau.



Aku pun trolling gak dan hasilnya kerapu yang tengah tunggu result PMR...



2nd catch - Kerapu

Rod: Exori "Super Lite" (461_Action: Light)
Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: YO-ZURI "H.D. CARBON" 30 lb_(100% Fluorocarbon)
Lure: Rapala "TD9_Clown Flash"




Setelah jam measuki pukul 6.00pm, kami memutuskan untuk menamatkan sesi casting & trolling kali ini. So, nak cek balik jaring yang dibiarkan masa awal tadi. Tapi ada spesisi yang telah mengigit TD9 aku hingga terkopak kulit belakang beliau. Hampir2 hook-up tadi!




 "Adoi... akit belakang. Waaaa.....!"




 Hasil jaring pun tak seberapa. Buat lauk le jawapnya...




Nie jer spesis yang sudi dijaring. Apa2 pun rejeki gak.



C U OLz NEXT TIME...!










21 October 2013

Misi Mencari LESEN Selunsong_misi 08


Lundu, 19.10.2013 (Sabtu)

Komplot KUMPAU KAW-KAW (no fish at all...!) kali ini! Cuaca yang mulanya baik, kemudian bertukar menjadi hujan lebat waktu tengah hari. Tahap kekerohan air umpama Teh Tarik terlebih susu! Apa-apa pun dapat melempar lure cukup memberi kepuasan kepada aku walaupun kumpau. Seminggu menunggu untuk hardcore casting (morning-evening) camtu. Adakalanya, sehari kumpau lebih seronok dari 5 hari bekerja! (for me casting boleh menghilang stress kerja you...). Born to fish, force to work! Layan jerlah gambar-gambar kumpau nie.




 Me with Tekong Daus.




 1st time komplot togather-gather with Encik Mul.




Belom sempat keluar ke spot dah terpaksa menolak bot sebab stuck di kala air surut.




 Daus yang sekuat Badang menarik bot dengan sebelah tangan sahaja.




 Cara & kaedah kita berbeza tapi MATLAMAT kita tetap sama...




 The Real Fisherman... Fishing - to stay alive. But us, fishing - a part of life...




Menjelang tengah hari kelihatan awan nano semakin dekat membawa hujan lebat.




 Kerana hujan lebat beserta THOR (thunder that is...), stop for a while.




 No more THOR, casting diteruskan di dalam hujan.




PIS yo! Yup, Kumpau Smile... C U ols in the next trip, Insyaallah...




TRIP KUMPAU @ NO FISH AT ALL...!



23 September 2013

Misi Jelajah Spot Baru di Lundu.... Misi yang Kurang Berhasil!

21/09/2013 - Ahad, Lundu

Setelah agak lama Tekong Daus "bz" dengan aktivit beliau sebagai 'artis' (katanya...), akhirnya pada 21/09/2013 barulah aktiviti boatbase dapat dijalankan. Kali ini aku dimaklumkan oleh rakan lama aku - Bujang, yang rupa2nya kazen-mazen kepada Tekong Daus, kami akan menduga di spot yang baru di kawasan luar pantai menghadap ke laut di mana lokasi berbatu-batuan yang hanya boleh dipancing ketika air surut.

Perjalanan agak lama jugak dan angin yang bertiup tidak berhenti-henti dari mula kami casting hingga ke petang & air yang agak besar mempengaruhi hasil casting kali ini. Kalau sebelum ini Tekong Daus & Bujang berhasil di spot tersebut, namun kali ini atas beberapa faktor, misi trip kurang berhasil. Hanya Tekong Daus sahaja berjaya menaikan seekor Ikan Kerapu bersaiz kasar (anggaran aku dalam 2 kg). Bujang walaupun kumpau, namun beliau "rabut". Manakala aku pulak memang KUMPAU BERDARAH kali ini, mis kol pun tak ada! Arghhhhhh... Takpelah, bukan rejeki aku kali ini. Tapi sekurang-kurangnya bersyukur gak sebab kerinduan nak ber'boatbase' terubat jua...



 On the way...



 Member lama yang aku kenali dulu sebelum Tekong Daus merangkap Kazen-mazen Tekong Daus rupanya. What a small world...



 Tekong Ensem yang kebelakangan ini bz sebagai "retis"...



 Bujang standby dengan set beliau - set popping merangkap casting!



 Cantik gak spot baru nih....



 2 3 kali gak Daus & Bujang di'mis' kol kat sini...



 Takleh berdiri lama2... Gelombang kuat gak wooo...



 Gaya Tekong yang comel...



 Man of The Match kali ini...



 Boleh tahan gak saiz Kerapu nih.




Apabila air dah mula pasang & kawasan batu-batuan tersebut semakin tenggelam, kami pun kembali ke Kuala Bandang untuk mencuba nasib. Air kat situ masih keroh & berarus kuat. Sementara menunggu paras air yang sesuai, kami rehat sebentar untuk masa bersama Kitkat... 

Hanya Ikan Sumpit, "Blues Gang" & Gelama bersais kecil berjaya dinaikan Tekong Daus. Gambar takde... malas ah aku nak snap.



Rehat jap sementara menunggu paras air yang sesuai. Namun tak jugak sesuai. Trip yang kurang berhasil end now... C U in the next trip, Insyaallah...



12 August 2013

After 1 Month Berehat Casting...

11.08.2013, Ahad - 1 bulan penantian yang menyiksakan! Akhirnya terubat rindu aku dengan xtvt casting nie. Hari ini dengan rasminya aku memulakan semula xtvt ini setelah berehat selama sebulan. Sebelum itu aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" buat pembaca budiman, muslimin & muslimat walau di pelusuk dunia mana pun jua anda berada.

Aku memilih Kuala Bandang, Lundu sebagai gelanggang perasmian kali ini. Xtvt yg pada mulanya berkomplot bersama bro Samoi yang bercuti di rumah mertuanya, namun pada minit2 terakhir beliau tidak dapat join bersama disebabkan kesihatan yang kurang mengizinkan. So nampak gayanya aku dan Tekong Daus sahaja berjuang kali ini.

Lokasi pertama diterjah ialah di Sampadi. Namun tiada mis kol. Memang mendukacitakan. Lantaran tiada sambutan dari penghuni Sampadi (masih beraya agaknya), lokasi ditukar ke Kuala Bandang. Faktor hujan sehari sebelum komplot ini memberi impak maksima terhadap kejernihan air di mana kali ini air di Kuala Bandang & kawasan sekitar agak keruh. Hasilnya, hanya 2 ekor sahaja yang aku perolehi - Ikan Sumpit @ Archery Fish (CP&R) & Ikan Kerapu. Tekong Daus pula KUMPAU kali ini. Harap rezeki casting selepas ini bertambah murah... Amin!


Bro Samoi yang terpaksa menarik diri kerana faktor kesihatan.


 Berduet dengan Tekong Daus.


Ikan Sumpit @ Archery Fish
   Rod: Exori "Super Lite" 431
   Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
   Line: Power Pro Super 8 Slick, 20 lbs
   Leader: Sunline Fluorocarbon, 30 lbs
   Lure: Storm ThunderCrank Madflash08_Pink Fire UV 



 Ikan Kerapu
        Rod: Exori "Super Lite" 431
        Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
        Line: Power Pro Super 8 Slick, 20 lbs
        Leader: Sunline Fluorocarbon, 30 lbs
        Lure: Ofmer X Deep 75F_Matte Blueback Chart





10 March 2013

Boat Base Pertama Untuk 2013

Tarikh:  Ahad, 10/03/2013
Lokasi: Kuala Bandang, Lundu


Hari ini merupakan casting boatbase pertama untuk tahun 2013 setelah sekian lama casting landbase. Kali ini aku memilih Kuala Bandang, Lundu sebagai perasmian. 

Takde rejeki aku kali ini - Kumpau. Tekong bot pula mendapat anak Kerapu & MJ. Faktor air jua memain peranan. Mengharapkan air jernih kali ini, namun harapan menjadi layu.... 2 hari sebelum trip, hujan lebat melanda. Sekurang-kurangnya seminggu juga diperlukan untuk air menjadi jernih selepas hujan lebat.

Yang penting kita enjoyyyyyy.... Bagi aku sehari kumpau lebih baik dari 5 hari bekerja! Hilang stress....



With Tekong Daus & Co-pilot Os...



Walaupun menggunakan khidmat Bomoh Calcutta 101B, namun faktor air tetap kureng memberansangkan.



Tekong Daus with anak Kerapu comel. Gambar MJ tak sempat diambil...


Walaupun aku kumpau, ilmu diajar Tekong Daus tetap aku praktikan agar menjadi seorang boat drifter suatu hari nanti...