Tarikh: Ahad, 10/03/2013
Lokasi: Kuala Bandang, Lundu
Hari ini merupakan casting boatbase pertama untuk tahun 2013 setelah sekian lama casting landbase. Kali ini aku memilih Kuala Bandang, Lundu sebagai perasmian.
Takde rejeki aku kali ini - Kumpau. Tekong bot pula mendapat anak Kerapu & MJ. Faktor air jua memain peranan. Mengharapkan air jernih kali ini, namun harapan menjadi layu.... 2 hari sebelum trip, hujan lebat melanda. Sekurang-kurangnya seminggu juga diperlukan untuk air menjadi jernih selepas hujan lebat.
Yang penting kita enjoyyyyyy.... Bagi aku sehari kumpau lebih baik dari 5 hari bekerja! Hilang stress....
With Tekong Daus & Co-pilot Os...
Walaupun menggunakan khidmat Bomoh Calcutta 101B, namun faktor air tetap kureng memberansangkan.
Tekong Daus with anak Kerapu comel. Gambar MJ tak sempat diambil...
Walaupun aku kumpau, ilmu diajar Tekong Daus tetap aku praktikan agar menjadi seorang boat drifter suatu hari nanti...
No comments:
Post a Comment