"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

24 February 2013

Lesen Pertama Belao 2013 (Haruan/ Snakehead a.k.a Channa Striatus)

Tarikh: Sabtu, 23/02/2013
Lokasi: Kuching / Kota Samarahan 

Akhirnya, minggu ke-4 barulah casting ku berhasil. Kali ini dalam misi mencari lesen Belao (haruan/ snakehead a.k.a Channa Striatus) kata orang Sarawak. Terima kasih buat Sifuk Romi Andika kerana memberi tips & meneman aku menunjukkan spot belao seterusnya mengambil 'lesen' tersebut.

Kalau diikutkan, banyak jugak sambaran ganas daripada belao tersebut, namun bukan rezeki... hanya beberapa ekor sahaja yang 'hook-up'. Pun begitu, hari ini aku mendapat 4 ekor. 2 berjaya digambar dan 2 lagi tak sempat... Hasil hari ini aku Catch & Release... Seronok gak kena karan belao nie... Till next time.





Inilah spot (dikenali sebagai Kolam Mastura, Rampangi, Kuching) pertama yang diterjah & di sini jugak 1st lesen belao ku. Gambar tak sempat diambil sebab masa beliau kat atas tanah tu hook dah terlepas. So dengan pantasnya beliau memecut dengan kelajuan cahaya ke arah gigi air. Sekelip mata beliau hilang dari pandangan! Cis, geramnya....


Yes, 2nd belao yang sempat digambar. Lokasi - parit di Jalan Santubong, Kuching. UNsangkaRABLE betul tempat nie... Selalu gak lalu area nie. Tak tahu le pulok rupanya 'Rumah Mampu Milik' diaorang...

Nielah Sensei aku kali ini, Encik Romi Andika. "Ready... 1...2..."

"3.... Yiahhhhh....!" Skill tu wooo...



Parit sekitar Kampung Plaie, Kota Samarahan. Tak jauh dari rumah mertua aku rupanya.... Buat penat jer terjah ke Kuching... kat sini banyak gak.


3rd belao. 4th belao tak sempat digambar... sama kes macam belawo yang pertama..


Boleh tahan gak saiz nie. Pakai sp lagi tu...


Parit @ Tali air rumah orang... hehehe!


Dapat lagi... Patut gak dipangil Sensei kan?kan?kan?


 Arghhh.... Malaslah dah nak cakap! Sekian...



*FREESTYLE STREET FISHING*




 

No comments:

Post a Comment