Minggu
ini merupakan minggu ke-2 season baru casting ku. Dan untuk kali ke-2
nya jugak aku kumpau... Awal pagi lagi aku dah ke beberapa buah spot
namun air masih surut dan hari yang pada mulanya cerah bertukar hujan...
Lepas tengah hari barulah cuaca elok, namun hasil casting "Kosong!".
Hanya mampu berserah sambil makan nasik lemak, mengharapkan agar hujan berhenti.
Spot
pertama yang aku terjah dikenali sebagai "Kontena" di area Matang. Agak
terkejut jugak aku melihat tempat tersebut ketika air surut.
Mengharapkan spot ini "berhasil" tapi dah bukan rejeki, surut pulak...
wrong time! Berikut Gambar perbezaan spot tersebut semasa air pasang dan
surut.
Kontena...
Suatu ketika dahulu, air pasang...
Pagi tadi, air surut...
Suatu ketika dahulu, air pasang...
Pagi tadi, air surut...
No comments:
Post a Comment