"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Berkley Powerbait_Ripple Shade. Show all posts
Showing posts with label Berkley Powerbait_Ripple Shade. Show all posts

11 February 2019

Haruan @ Striped / Common Snakehead #3/2019


Tarikh  : 5/2/2019 (Khamis)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 3.30pm - 6.30pm



Asalnya takde plan nak cast hari nie sebab pagi menghadiri "penggilan" (kenduri kahwin). Pastu terus bersambung ziarah Chinese New Year pulak - 2 buah rumah jer aku larat. Kekenyangan yang mengakibatkan tahap kemalasan melampau.

Last2 cam dapat hidayah (hidayah lah sangat!), aku putuskan cast jerlah bagi membakar lemak yang berlebihan (ceh...ceh...ceh!). Target layan Tarpon kat port biasa...Tak tahulah ngapa Tarpon kat sini semakin culas & sombong. Payah benar nak tangkap sekor. Boiling tu memang ada tapi tahlah...





Walaupun nampak surut, tapi sebenarnya air dah pasang time nie. Just gate air nie diorang lupa nak bukak balik kot?! Beberapa kali cast kat kawasan rancak boiling, langsung tak disentuh. Last2 aku retrived pelan2 tanpa henti, terus disambar ganas. Yes, fish on...! Mulanya aku ingatkan Tarpon, tapi bila nampak buih halus2 follow kat belakang tu hrmmmm... Snakehead nie.



 
Kan! Pun begitu, semangat juangnya berkali2 mendrag set UL aku hingga menjerit2 amat menyeronokkan. Degil & liat betul masa nak didaratkan. Nasib baiklah tempat nie tak banyak halangan.



 
Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Berkley_Ripple Shad (+ jighead)



 
Rakus & ganas meghentam Ripple Shad yang aku gunakan.



 
Kemudian aku berpindah tempat. Kat sini bukan setakat lembu boleh jumpa, kuda pun ada (nasib baik ko bukan kuda laut, kalau tak siap ko aku cast sekali). Sampai lewat petang aku di sini, walaupun air dah mula penuh namun dah dia taknak tu memang taknak! Jenuh menunggu. Cukuplah for now. Atleast aku tak kumpau minggu nie, even lain yang dihajat, lain yang dapat. Hilang juga vibrate...









  LURE(S) OF THE DAY












04 February 2019

Ikan Bulan @ Tarpon #01/2019


Tarikh  : 2/2/2019 (Sabtu)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.30am - 6.30pm



Cuaca tidak menentu, kerja & OT jugak tidak menentu. Terpaksa berkorban hobi bagi memberi keutamaan kerja. Tahap vibrate memang tak dapat dibendung lagi. So, minggu nie aku skip OT! Aku tak kira, minggu lepas sampai malam aku kerja/OT. Aku nak release tension yang teramat sangat!

Aku mulakan awal pagi menduga di Riveria. Agak sunyi & sepi. Tiada kelihatan letupan @ boiling... Sejam jer ku kat situ sebelum berpindah ke spot ke-2, Tambak Pending.

Lama dah aku tak cast kat Tambak Pending nie. Walaupun hujan on off on off, awal2 aku dah standby baju hujan. Tak kira, asal jangan keluar kilat jer lah. Lama gak kat sini sampai tengahari. Cuma merasa secebis miss kol sahaja...





Selepas lunch, aku terus memecut ke Taman Sukma pulak. Baru 3, 4 kali cast, tetiba hujan lebat. Huh, mengejar pulak hujan kali ini. Mujur aku cast kat rumah bapak sedara aku, terus rehat2 dulu sehingga hujan berhenti. Bila dah ok, aku sambung balik. Sedang2 banyak boiling namun pelbagai lure aku gunakan tiada sambutan. Sehinggalah 1 boiling kat seberang tu, aku cast & retrive perlahan tanpa henti, macam nampak sedikit riak2 gelombang mengejar lure aku...


 

...& terus membaham lure dengan pantas lalu memecut laju. Sepantas itu jugak aku hook-up yang berhasil dengan bunyi "nyetttttttttt"... fish on babeh! Walaupun digoda bunyi jeritan drag yang tengah stim, malas aku nak layan lama2 (gila kau lama kumpau! Tak pasal2 kalau lepas). Aku tak kira, mesti cepat2 didaratkan. Walaupun 2 kali aksi akrobatik, syukur dapat jugak dinaikan. Puas hati aku wei!!!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Berkley_Ripple Shad (+ jighead)





Cam biasa, lompatan tanpa henti kat darat berjaya jugak membebaskan hook. Huh, panjang koyak bawah mulut tu akibat aksi sendiri cari penyakit! Auchhhh...





Sehingga lewat petang mengejar boiling, fish on lagi kali ke-2. Aku dah plan awal2, kalau strike lagi,memang layan kaw2. Drag aku dah loosekan & seperti dirancangkan, seekor lagi terpedaya dengan gelek Ripple Shad, maka aku layan muzik drag yang mendayu2 sambil2 ambik feel melayan strike. Lama jugak aku melayan kali ini (hehehehe... ngidam nikmat merasa pecutan demi pecutan diselang-seli bunyi drag, cam kejam jer. Hikhikhik...), sehingglah bila aku dah rasa cukup terhibur, aku tarik pelan2 menuju ke tebing, betul2 time nak angkat tu tetiba dia membuat akrobatik terus hook off! Pulak... (Padan muka ko Pijan! Sapa suruh layan lama2). Tulah akibatnya jahat sangat!



Jam 6.30pm bila kurang boiling & tiada sambutan, aku stop dulu kali ini. Walaupun strike seekor & rabut seekor, puas hati amat aku sebab hilang rasa gigil & mengfeel layan tu make my day...


 


 LURE(S) OF THE DAY










03 September 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #38-41/2018


Tarikh  : 02/09/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.15am - 6.45pm



Pembukaan cast hari nie cam biasa aku cast kat Tasik Desa Ilmu. Ada sedikit kemeriahan boiling, tapi kumpau jugak akhirnya. Mis kol pun tak ada. Memandangkan kerja opis aku semakin banyak, terpaksalah aku berkorban sedikit masa cast. Aku kena buat OT dulu. Lepas tu baru sambung cast balik. Tetiba hujan lebat melanda time aku dah nak abis OT. Pulak...! Kena tunggu reda sikit baru aku memecut ke Taman Sukma... 




Hujan renai2 selepas lebat amat tadi. Ada kemeriah boiling tapi sombong. Sekali dua rabut disebabkan akrobatik.





Lama jugak aku cast kat port nie, dari jam 2 lebih aku sampai, pukul 4 lebih baru strike seekor. Hujan pulak asyik on off on off. Sib baik tak lebat sangat.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Berkley_Ripple Shad (+ jighead)





Masa akrobatik kat daratlah lure nie lucut. Nasib baik bukan masa dalam air.





Sampai pukul 6 lebih kat port tadi & kira dah nak balik sebab tiada sambutan, aku cuba cast berdekatan port rumah bapak sedara aku pulak...





Tak lama, terus kena racing. Bunyi drag yang syahdu pun terhasil disebabkan saiz layan.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)





Ampuh! Walaupun berkali2 buat akrobatik, namun hook yang mencangkuk kemas kat mulut bawah mampu bertahan dari terlucut.




Cast lagi & tak sampai 5 menet, sekali lagi drag aku menjerit! Hoh, semakin lewat petang baru menjadi kali nie...




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (3rd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)





Lebih kurang sama saiz dengan yang tadi serta mempunyai tahap pecutan & akrobatik yang lebih bertenaga.





Beransur gelap hari, semakin banyak nyamuk menyanyi & tak sampai 10 menet, kali ini pecutan padu rakus melarikan lure aku. Bunyi drag spinning berselang-seli ketika Tarpon membuat pecutan paling panjang pun terhasil! Aksi akrobatik pulak aku bagi 10 MARKAH.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (4th catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)





Perghhhhhh... mangsa yang paling kasar, padu & jahat untuk sesi kali ini & merupakan hasil penamat. Syukur tak kumpau!









 LURE(S) OF THE DAY

*Kredit foto: Sumber internet (mana pulak aku letak gambar aku snap dulu dah tak jumpa).





Must have... 1 of Tarpon killer.