"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Kerapu. Show all posts
Showing posts with label Kerapu. Show all posts

01 July 2014

Boat Base Casting @ Pulo Lakir & Sekitarnya_2

Tarikh: 28/06/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Pulo Lakir & sekitarnya
Masa  : 7.30am - 4.15pm




Kali ke-2 aku & geng casting boatbase di Pulo Lakir dan sekali lagi "berjumpa" kondisi air yang bukan aku inginkan 100%. Masih dikira keruh jugak selepas semalam hujan lebat. Walaupun nampak hijau, tapi bukan Hijau crystal clear yang sepatutnya. 

Kali ini hanya ikan kerapu saja yang berjaya dinaikan & aku pulak nyaris2 kumpau. Mujur di minit2 terakhir masa kecederaan aku strike seekor baby kerapu. Jadilah.... syukur.





Jentera Serangan untuk komplot kali ini.












Fokus tu...






Sedikit keciwa aku kerana untuk kali ke-2 masih belum menemui kondisi air ini yang Hijau Crystal Clear 100%...






Tulah sapa suruh tak tido semalam!






Caught by Nazri.






Tu dia, tangkapan pertama Nazri.






2nd catch kerapu by Nazri, again!!!!!






This 1 caught by Shimpaku.






Apek also caught Kerapu.






Akhirnya Zman MinnowZ penyelamat dengan tangkapan baby Kerapu caught by me. Syukurlah tak kumpau!




Skuad kelaparan.




Memang kali ini hasil tersangat kurang. Rasanya ada 7-8 ekor Kerapu yang purata saiznya boleh dikatakan remaja bawah umur dinaikan. Tiada spesis lain yang mewarnai hasil tangkapan kali ini.

So, ini last xtvt memancing buat aku kerana esok Umat Islam akan bermula berpuasa (Fasting Month for Muslim). Seperti tahun lepas jugak, aku offkan dulu xtvt ini sehingga minggu pertama atau ke-2 bulan Ogos nanti baru aku sambung balik.

Well, see u soon! Insyaallah. Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya buat muslimin & muslimat di seluruh pelusuk dunia yang membaca & mengikuti blog aku ini.








27 January 2014

Boat Base Pertama untuk Tahun 2014




Tarikh: 26/01/2014 (Ahad)
Lokasi: Jantong | Kuala Bandang, LUNDU.
Masa  : 10.00am - 6.45pm


Alhamdulillah, terlaksana jugak boatbase pertama aku untuk tahun 2014 ini. Seperti biasa, komplot ber3 (aku, Bujang & Tekong Daus) untuk keselesaan casting dalam bot yang kecik. Walaupun hasil tangkapan yang tidak seberapa, namun tiada yang kumpau. Ada beberapa kali mis kol yang ganaz namun tak strike, well... dah tu jer rejeki yang tertulis pada hari ini... Syukur dapat casting bersama rakan2.


 Bujang menunjukkan Treble Hook barunya - MUSTAD KVD something...




 Bot dah kembali berkajang / canvas, untuk berlindung di minit2 terakhir masa kecederaan nanti...




 Keluarga Mak Shima keluar hari ini - Cik Kak Quest & Cik Kak Ta...




 Memandangkan Tekong Daus turut bertugas sebagai Nelayan, so menjaring untuk mencari rejeki lebih turut diberi keutamaan...




 Bujang membantu memasang jaring. Lepas casting nanti boleh cek hasilnya.




 Operasi memancing dimulakan dengan sesi Trolling.




 Walaupun tengah trolling, Bujang tengah hantar SMS dengan ikan untuk mengajak mereka keluar beramai-ramai sekaligus membaham gewang yang dipersembahkan.




 Trolling & casting, Daus tetap duduk. Tak boleh berdiri, bahaya woooo....!




 Ambik kesempatan trolling dipayungi canvas... Oh bestnya dalam keredupan sambil ditiup angin sepoi2 bahasa...




 Memandangkan air masih lagi besar & ikan belum beselera untuk menjamu selera, Daus mencadangkan agar kami dulu menjamu selera.




Setelah membelasah bekalan makanan & perut kenyang & bertenaga seadanya, so xtvt casting dimulakan. Kalau ekot air tu cam cun jer. Tapi tak tahulah, kurang tangkapan kali ini. Mana lak gi nya ikan2 nie!




 Daus dengan teknik casting duduknya.




 Bujang pun turut mencoba teknik casting duduk.




 "Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu... Hanya ku yang mencari... MJ belum ada..."




 Coba lagi, "Nah, amik ko!"




1st catch - Kerapu

Rod: Exori "Super Lite" (461_Action: Light)
Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: YO-ZURI "H.D. CARBON" 30 lb_(100% Fluorocarbon)
Lure: Rapala "TD9_Clown Flash"




 Tak Kumpau. Bujang with Ikan Sumpit. Lesen Jang.




 Daus yang kepenatan & kepanasan minta Take 5 dulu.




 Pantang ada masa terluang, Bujang update status FBnya!




 Baring2 sambil2 menikmati keindahan alam... (tapi sebenarnya berwaspada sentiasa, takut2 kat atas pokok tu ada... well u know what i mean.



Lepas Take 5 yang sepatutnya & bertukar jadi Take 30, sesi trolling pulak kali ini memandangkan casting kureng berhasil.



 Hasilnya, Daus tak jadi Kumpau - Baby kerapu sebagai penyelamat beliau.



Aku pun trolling gak dan hasilnya kerapu yang tengah tunggu result PMR...



2nd catch - Kerapu

Rod: Exori "Super Lite" (461_Action: Light)
Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: YO-ZURI "H.D. CARBON" 30 lb_(100% Fluorocarbon)
Lure: Rapala "TD9_Clown Flash"




Setelah jam measuki pukul 6.00pm, kami memutuskan untuk menamatkan sesi casting & trolling kali ini. So, nak cek balik jaring yang dibiarkan masa awal tadi. Tapi ada spesisi yang telah mengigit TD9 aku hingga terkopak kulit belakang beliau. Hampir2 hook-up tadi!




 "Adoi... akit belakang. Waaaa.....!"




 Hasil jaring pun tak seberapa. Buat lauk le jawapnya...




Nie jer spesis yang sudi dijaring. Apa2 pun rejeki gak.



C U OLz NEXT TIME...!










12 August 2013

After 1 Month Berehat Casting...

11.08.2013, Ahad - 1 bulan penantian yang menyiksakan! Akhirnya terubat rindu aku dengan xtvt casting nie. Hari ini dengan rasminya aku memulakan semula xtvt ini setelah berehat selama sebulan. Sebelum itu aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" buat pembaca budiman, muslimin & muslimat walau di pelusuk dunia mana pun jua anda berada.

Aku memilih Kuala Bandang, Lundu sebagai gelanggang perasmian kali ini. Xtvt yg pada mulanya berkomplot bersama bro Samoi yang bercuti di rumah mertuanya, namun pada minit2 terakhir beliau tidak dapat join bersama disebabkan kesihatan yang kurang mengizinkan. So nampak gayanya aku dan Tekong Daus sahaja berjuang kali ini.

Lokasi pertama diterjah ialah di Sampadi. Namun tiada mis kol. Memang mendukacitakan. Lantaran tiada sambutan dari penghuni Sampadi (masih beraya agaknya), lokasi ditukar ke Kuala Bandang. Faktor hujan sehari sebelum komplot ini memberi impak maksima terhadap kejernihan air di mana kali ini air di Kuala Bandang & kawasan sekitar agak keruh. Hasilnya, hanya 2 ekor sahaja yang aku perolehi - Ikan Sumpit @ Archery Fish (CP&R) & Ikan Kerapu. Tekong Daus pula KUMPAU kali ini. Harap rezeki casting selepas ini bertambah murah... Amin!


Bro Samoi yang terpaksa menarik diri kerana faktor kesihatan.


 Berduet dengan Tekong Daus.


Ikan Sumpit @ Archery Fish
   Rod: Exori "Super Lite" 431
   Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
   Line: Power Pro Super 8 Slick, 20 lbs
   Leader: Sunline Fluorocarbon, 30 lbs
   Lure: Storm ThunderCrank Madflash08_Pink Fire UV 



 Ikan Kerapu
        Rod: Exori "Super Lite" 431
        Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
        Line: Power Pro Super 8 Slick, 20 lbs
        Leader: Sunline Fluorocarbon, 30 lbs
        Lure: Ofmer X Deep 75F_Matte Blueback Chart





09 July 2013

Misi Mencari LESEN Selunsong_misi 05 + BONUS REPORT... Snakehead - Channa Striatus / Haruan / Belao (2nd week of July)

Misi yang ke-5 mencari lesen Selunsong diteruskan & semestinya masih GAGAL!!!! Masih belum rejeki aku menjejak Selunsong nie. Namun ku terus bersabar, berusaha & tawakal agar berhasil jua nanti walaupun batin menjerit melihat hasil tangkapan Selunsong member2 dalam FB & Blog!

07.07.2013, Ahad - Aku, Tekong Daus & kenalan baru, Nas memulakan operasi casting boatbase dari Jeti Lundu menuju ke Sampadi di mana pertama kali gak Tekong Daus ke spot tersebut. Aku memang berharap sangat sebelum menjelang Ramadhan nie dapat casting boatbase. Alhamdulillah... tercapai gak akhirnya walaupun target fish tidak kesampaian. So, berbalik kepada cerita asal, sampai di Sampadi, cuba2 gaklah cast kat spot yang belum pernah diterokai. Main agak2 jer. Hasilnya kurang memberansangkan. Aku dapat ikan kecil comel yang aku tak tahu namanya. 


Bermula dari jeti Lundu memecut ke Sampadi.


Baby Selunsong kah ini??? Ke Tetanda??? Kecil tapi ganas menghentam Storm Smash Shad_Cheap Sunglasses!


Ada lah gak 2 3 kali mis kol & rabut. Sampai tengah hari masih lagi tak berhasil. Agaknya ikan kat sini masih kenyang kot? So, apa lagi, kami berlabuh di spot yang teduh sikit untuk lunch. Ikan tak nak makan, baik kami makan dulu lah. Lapar wooo...


Berlabuh lunch dulu sambil2 berstory hal pancing-memancing...


Setelah kekenyangan, start balik casting. Kalo dilihat spot sekitannya amat menarik but tak tahu kat mana gi semua ikan. Mis kol jer sekali dua. Tengah casting tu, jumpalah gak para otai caster. Hasil diorang pun tak seberapa. Kecik2 jer. So diorang mencadang bertukar spot. Kami pun followlah.


 Otai... merangkap local caster.

Setelah lama gak cast di Sampadi nie & kurang sambutan, kami bertiga bercadang balik ke Kuala Bandang jer untuk mencuba nasib. On the way nak ke Kuala Bandang, Tekong Daus sempat mencoba kaedah trolling & wallaaaa... seekor Kerapu berjaya dinaikan. Di sini bermulanya misi casting sebenar...


Tekong Daus dengan 1st Kerapu hasil trolling.


Casting di Kuala Bandang, 2nd Kerapu.


Yesssss... 1st MJ dari aku.


Lagi beliau dengan 3rd Kerapunya. 4th Kerapu Daus aku tak sempat ambik gambar...


Setelah lama menyepi & senyap, akhirnya Nas Tak Jadi Kumpau! Ikan Belukang yang membuat beliau kembali senyum & aktif balik...


Lesen MJ pertama beliau! Terpaksa menggunakan retriver sebab MJ melarikan lure ke celah2 reba. Nasib baik dapat. Makin lebar senyum nampak...


Wahhhh... sekali dapat lesan MJ terus renew! 2nd MJ.


Pheeewwww.... punyalah lamak tunggu & asyik jadi camera man, alhamdulillah... Kerapu strike!



Hari semakin petang & di minit2 terakhir, Nas strike lagi - suspek MJ dengan saiz yang agak kasar sangat2! Macam MJ yang pertama tu jugak, terus melarikan lure Nas ke dalam reba. Sekali lagi retriver turun membantu, tetapi tak berhasil. Macam2 usaha dibuat kami untuk menaikan MJ yang masih meronta pada hujung tali. Memang main dalam kaw2 MJ nie. Setelah sebarang usaha gagal, Nas terpaksa mengorbankan Rapala UV beliau. Takpe Nas, bayar cukai tu...


MJ menlarikan lure kat dalam reba. Usaha terakhir sebelum Nas terpaksa mengorbankan lure yang banyak berbakti...



Keseluruhan casting boatbase kali ini boleh lah dianggap suksess kerana takde yang kumpau, walaupun misi asal aku mencari lesen Selunsong belum berhasil. Insyaallah, somewhere, sometime kalo dah rejeki ku tiba, merasa gak aku lesen Selunsong nanti...


*Lure osemmmm kat sini: 

1) STORM ThunderCrank MadFlash_Green Fire UV
2) RAPALA Deep Tail Dance_Green Tiger UV




BONUS Report: 09.07.2013 (Selasa)
Snakehead - Channa Striatus / Haruan / Belao (2nd week of July)

Why aku letakan Bonus Report Snakehead kat sini? Well, 1st of all, esok Muslim in Malaysia dah start puasa. So today is my last day casting because sepanjang fasting month ini aku akan berehat until futher notice. 2ndly, 1 of my dream untuk mendapatkan SHIMANO Calcutta Conquest 51 akhirnya berjaya. Happy sangat! Sampai kat opis petang tadi & apa lagi, terus memecut ke kedai pancing yang berdekatan untuk membeli tali bagi membolehkan ia beraksi lepas balik kerja nanti. Alhamdulillah, hanyir gak dengan seekor snakehead! 



My 2nd hand new weapon - SHIMANO Calcutta Conquest 51. Hanyir sudah dengan Belao under 30cm.




 "C U ALL AFTER HARI RAYA (somewhere in August), INSYAALLAH...."