"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

09 July 2013

Misi Mencari LESEN Selunsong_misi 05 + BONUS REPORT... Snakehead - Channa Striatus / Haruan / Belao (2nd week of July)

Misi yang ke-5 mencari lesen Selunsong diteruskan & semestinya masih GAGAL!!!! Masih belum rejeki aku menjejak Selunsong nie. Namun ku terus bersabar, berusaha & tawakal agar berhasil jua nanti walaupun batin menjerit melihat hasil tangkapan Selunsong member2 dalam FB & Blog!

07.07.2013, Ahad - Aku, Tekong Daus & kenalan baru, Nas memulakan operasi casting boatbase dari Jeti Lundu menuju ke Sampadi di mana pertama kali gak Tekong Daus ke spot tersebut. Aku memang berharap sangat sebelum menjelang Ramadhan nie dapat casting boatbase. Alhamdulillah... tercapai gak akhirnya walaupun target fish tidak kesampaian. So, berbalik kepada cerita asal, sampai di Sampadi, cuba2 gaklah cast kat spot yang belum pernah diterokai. Main agak2 jer. Hasilnya kurang memberansangkan. Aku dapat ikan kecil comel yang aku tak tahu namanya. 


Bermula dari jeti Lundu memecut ke Sampadi.


Baby Selunsong kah ini??? Ke Tetanda??? Kecil tapi ganas menghentam Storm Smash Shad_Cheap Sunglasses!


Ada lah gak 2 3 kali mis kol & rabut. Sampai tengah hari masih lagi tak berhasil. Agaknya ikan kat sini masih kenyang kot? So, apa lagi, kami berlabuh di spot yang teduh sikit untuk lunch. Ikan tak nak makan, baik kami makan dulu lah. Lapar wooo...


Berlabuh lunch dulu sambil2 berstory hal pancing-memancing...


Setelah kekenyangan, start balik casting. Kalo dilihat spot sekitannya amat menarik but tak tahu kat mana gi semua ikan. Mis kol jer sekali dua. Tengah casting tu, jumpalah gak para otai caster. Hasil diorang pun tak seberapa. Kecik2 jer. So diorang mencadang bertukar spot. Kami pun followlah.


 Otai... merangkap local caster.

Setelah lama gak cast di Sampadi nie & kurang sambutan, kami bertiga bercadang balik ke Kuala Bandang jer untuk mencuba nasib. On the way nak ke Kuala Bandang, Tekong Daus sempat mencoba kaedah trolling & wallaaaa... seekor Kerapu berjaya dinaikan. Di sini bermulanya misi casting sebenar...


Tekong Daus dengan 1st Kerapu hasil trolling.


Casting di Kuala Bandang, 2nd Kerapu.


Yesssss... 1st MJ dari aku.


Lagi beliau dengan 3rd Kerapunya. 4th Kerapu Daus aku tak sempat ambik gambar...


Setelah lama menyepi & senyap, akhirnya Nas Tak Jadi Kumpau! Ikan Belukang yang membuat beliau kembali senyum & aktif balik...


Lesen MJ pertama beliau! Terpaksa menggunakan retriver sebab MJ melarikan lure ke celah2 reba. Nasib baik dapat. Makin lebar senyum nampak...


Wahhhh... sekali dapat lesan MJ terus renew! 2nd MJ.


Pheeewwww.... punyalah lamak tunggu & asyik jadi camera man, alhamdulillah... Kerapu strike!



Hari semakin petang & di minit2 terakhir, Nas strike lagi - suspek MJ dengan saiz yang agak kasar sangat2! Macam MJ yang pertama tu jugak, terus melarikan lure Nas ke dalam reba. Sekali lagi retriver turun membantu, tetapi tak berhasil. Macam2 usaha dibuat kami untuk menaikan MJ yang masih meronta pada hujung tali. Memang main dalam kaw2 MJ nie. Setelah sebarang usaha gagal, Nas terpaksa mengorbankan Rapala UV beliau. Takpe Nas, bayar cukai tu...


MJ menlarikan lure kat dalam reba. Usaha terakhir sebelum Nas terpaksa mengorbankan lure yang banyak berbakti...



Keseluruhan casting boatbase kali ini boleh lah dianggap suksess kerana takde yang kumpau, walaupun misi asal aku mencari lesen Selunsong belum berhasil. Insyaallah, somewhere, sometime kalo dah rejeki ku tiba, merasa gak aku lesen Selunsong nanti...


*Lure osemmmm kat sini: 

1) STORM ThunderCrank MadFlash_Green Fire UV
2) RAPALA Deep Tail Dance_Green Tiger UV




BONUS Report: 09.07.2013 (Selasa)
Snakehead - Channa Striatus / Haruan / Belao (2nd week of July)

Why aku letakan Bonus Report Snakehead kat sini? Well, 1st of all, esok Muslim in Malaysia dah start puasa. So today is my last day casting because sepanjang fasting month ini aku akan berehat until futher notice. 2ndly, 1 of my dream untuk mendapatkan SHIMANO Calcutta Conquest 51 akhirnya berjaya. Happy sangat! Sampai kat opis petang tadi & apa lagi, terus memecut ke kedai pancing yang berdekatan untuk membeli tali bagi membolehkan ia beraksi lepas balik kerja nanti. Alhamdulillah, hanyir gak dengan seekor snakehead! 



My 2nd hand new weapon - SHIMANO Calcutta Conquest 51. Hanyir sudah dengan Belao under 30cm.




 "C U ALL AFTER HARI RAYA (somewhere in August), INSYAALLAH...."





No comments:

Post a Comment