"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

01 July 2013

Snakehead Report (4th week of June 2013)


Dalam minggu ke-4 ini apa yang aku peratikan kat spot Snakehead sekitar area aku memancing, kelihatan jaring dipasang & orang menjala... Part paling sedih, saiz yang masih belum "bercerai susu" pun diorang tapau! 

Aku paham ada sesetengah orang tu (yang bukan penduduk tempatan, biasanya pekerja kontrek membuat bangunan berdekatan & segelintir gak penduduk tempatan), mencari lauk untuk family tapi pertimbangkan jugaklah saiz yang kecik2 belom baligh lagi tu. Tak mati kebuluran pun ko kalau ko lepas saiz tu... Bukan saja terhadap spesis snakehead, bahkan rakan 'sekampung'nya puyu & sepat turut menjadi mangsa. SAD BUT TRUE....

Apa2 pun inilah laporan snakehead aku untuk minggu ke-4 untuk bulan Jun, semuanya di bawah saiz 30cm & selamat diCP&R.



Laporan 1 (25.06.2013)


Spot regular. With Berkely Power 3".


Full view.



*FREESTYLE STREET FISHING* 




Laporan 2 (28.06.2013)


Kali ini aku menggunakan lure baru "Froggy" 40cm/5g dari jenama eupro. Solid hook-up!


Close-up. Ditelan habis.


Full view.



*FREESTYLE STREET FISHING* 




Laporan 3 (30.06.2013)

Untuk laporan ini, 4 ekor snakehead telah berjaya dicast. 3 dari nya kat spot baru. Suspek anggaran 1kg atau lebih jugak telah dikesan kat spot nie. Belum berjaya dicast just waiting for the right place, right time & luck... Hehehe...!


1st victim of new spot. Auchhhh....


Full view. By the way, "Katak killer" - Sure Catch, tersebut akhirnya telah "bersara" sebab sangkut di semak-belukar! TQ atas sumbangan bakti yang telah ko curahkan selama ini. I'm very proud of you...


2nd victim of new spot. Berdarah beliau sebab rakus sangat!


Another close-up. With eupro Froggy.


Full view.


3rd victim of new spot. With Berkely Power Grub 3".


Full view. Malunyeee.... sembunyi muka pakai ekor Power Grub. Hehehe....


4th victim at regular spot. With Berkely Power Grub 3".


Close-up.


Full view. Berendam dalam "baththub".



Cabaran yang aku hadapi semasa casting snakehead ini terutamanya kat spot yang selalu aku cast tu adalah masalah "diselamatkan oleh akar teratai & rumput" yang banyak seperti dalam gambar kat bawah nie. Pengamatan aku, adakalanya ketika snakehead membaham lure, beliau akan terus memecut kat dalam akar teratai & rumput yang banyak. Inilah yang menyebabkan rabut bekali-kali terutamanya yang bersaiz kasar! Bijak gak Encik Snakehead nie rupanya. Batter kalau 1st bite tu, terus sentap jangan tunggu lama2 & kontrol bawak ke kawasan yang lapang sikit.


Terima kasih kepada model "tips minggu ini" - Mr. 4th Victim for the pose! Hehehe...



*FREESTYLE STREET FISHING* 




No comments:

Post a Comment