"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Bakau Chitala Spoon. Show all posts
Showing posts with label Bakau Chitala Spoon. Show all posts

03 August 2015

Snakehead Report (5th week of July 2015)


Tarikh: 29/07/2015 (Rabu) 
Lokasi: Bau, Kuching
Masa  : 8.30am - 1.30pm




Apa khabar korang? I'm backkkkkkkkkk... Fuh, vibrate tangan yang tidak dapat ditahan lagi. Walaupun aku cuti panjang (aku start cuti lepas Hari Raya), namun beberapa trip casting aku rabut, miskol sahaja. Macam hilang rentak lak sebab lama sangat cuti.

Kali ini misi membarau. Lama dah aku tak memburu spesis nie. Hanya masa cast aku 1/2 day jer untuk kali ini. Bersama 2 orang lagi masterji2 iaitu Masterji Louis (as a guide & owner Port nie) & masterji Chia. 

1st time aku cast kat tempat baru, tapi sayang cabang sungai yang berhubung port nie airnya telah keruh (walaupun petang semalam Louis informed aku air jernih), mungkin malam semalam hujan lebat. Tiada sebarau yang berjaya dinaikan kat port nie.

2nd port lak, syukur air jernih. Walau bagaimanapun, hanya miskol jer yang kitorang dapat. Nampaknya sombong lak sebarau kali ini, tapi sang Bujuk lak yang sudi melayan. Strike seekor aku untuk laporan blog kali ini.






2nd port nie. Yang port 1st tak ingat lak nak snap pics.





Nun betul2 kat bawah kayu yang dekat dengan tebing tu kejadian strike itu berlaku...





Seekor jer pengubat vibrate tangan & penyelamat kumpau dalam trip kali ini. Syukur alhamdulillah...





Species: Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Sufix, 20 lb
Lure: Bakau_Chitala Spoon, 12g
Status: C&R





Close-up.





Bagi beliau ambik napas dengan betul dulu & posing sebelum diC&R...





Sebaik sahaja lip grip dibukak, terus mengeluarkan turbo!





With Masterji Chia & Masterji Louis, we all keletihan!




Walaupun misi kali ini tidak berhasil seperti yang diharapkan & lure aku lak banyak terkorban, namun kepuasan dapat cast fresh water camgini bagi aku berbaloi gak. Lumrah pemancing, ada masa strike, ada masa kumpau. Apa2 pun, hero kalah dulu. Siap ko nanti Sebarau!. I'll be backkkkkk...!






 LURE(S) OF THE DAY

Bakau Chitala Spoon 12g kaler krom yang strike tu.












23 December 2014

Snakehead Report (3rd week of December 2014)


Tarikh: 21/12/2014 (Ahad) 
Lokasi: Port (diRahsiakan)
Masa  : 7.30am - 2.30pm



Ajakan dari member aku Grand Master Louis untuk memBarau di port RAHSIA beliau telah lama aku tunggu. Dalam cuaca yang tidak menentu ini, akhirnya tercapai jugak. 

Yang tak bestnya, aku kumpau Sebarau Impreza tetapi strike snakehead - Bujuk. And opkos Louis lak yang strike Sebarau! Tuan Rumah 1,  Pelawat - 0.

Apa2 pun oleh kerana aku strike snakehead, so buat jerlah untuk report snakehad... Asal ada laporan untuk blog aku ini. Maaf cam biasa lokasi terpaksa diRAHSIAkan bagi menghormati permintaan Tuan Rumah.





1st port... Hujang semalam. Walaupun tak berapa lebat, ada keroh sedikit air.








Menurut Louis, kalau air keroh sedikit camgini masih ok lagi...




Selfie with Grand Master Louis.





Cast & terus meCast...








Akhirnya, sesudu aku disambar manja2 Fazura di satu telok. Aku ingatkan Sebarau Impreza, tapi bila beliau buat aksi akrobatik baru tahu Bujuk rupanya. Walaupun bukan sasaran utama, yang penting aku tak kumpau serta dapat menghanyirkan rod & bc baru (2nd hand) aku...





Species: Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius)
Rod: Storm_Solitude (SOC604ML_6-12 lb
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Bakau_Chitala Spoon, 12g
Status: C&R
 




Close-up. Terkoyak mulut beliau akibat meronta2 masa sesi photo shoot. Ngapa kau tak sabar? Tak pasal2...






BONUS Report: Tu dia Louis dengan Sebaraunya. Opkos, Masterji bah ini orang!

Species: Sebarau (Jungle Pearch) / Dungan / Hampala
Rod: Rapala Sand, 6-12 lb 
Reel: Shimano Aldebaran BFS XG
Line: Varivas Premium PE 1
Leader: Hi Seas, 20 lb (100% Fluorocarbon)
Lure: Duo Spearhead 60s
Status: C&R





Redah punya redah, akhirnya jumpa port baru. Tapi takde mis kol! Mana lak gi Sebarau nie? Port dahlah cantik lagi mables!






Operasi menyelamat lure yang terbang sebab tali meletop!





Hentam sajalah walau takde sambutan. Sambil2 tu boleh menghaluskan lagi teknik cast. Aku hairan dengan teknik aku cast, asyik menuju ke atas jer. Dalam trip nie dah berapa kali lure aku landing atas pokok. Tak kurang yang terkorban sebab sangkut. Nampak gaya masih banyak lagi yang perlu aku pelajari & praktis...





Keseluruhan trip kali ini aku agak berpuas hati walaupun sasaran utama belum aku perolehi. Yang penting bagi aku dapat cast kat port nie. Ada beberapa kali gak mis kol & rabut. Ini menunjukkan walaupun air keroh sedikit respon dari penghuni sungai tu memang ada. Tak sabar rasanya nak repeat balik. Till next time...







24 November 2014

SEBARAU IMPREZA - Strike 1


Tarikh: 22/11/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Area Bau, Kuching
Masa  : 12.15pm - 5.15pm



"Ju turun main Dungan (Sebarau)", panggilan telefon dari member ku Jasman Jas secara tiba2 pagi ini membuat aku terpaku sekejap. Antara ya & tidak kerana perancangan aku esok hari baru program casting. Hari ini memang takde plan pun sebab masih ada program terakhir sekolah anak pagi ini.

Inilah peluang buat pertama kali nya dalam hidup aku ingin menduga casting Sebarau IMPREZA yang aku tunggu2 selama ini... Why aku memanggilnya Sebarau "IMPREZA"? Simple, bagi aku pecutannya dalam air seolah2 sama dengan "Family"nya - Subaru Impreza hebat memecut di darat!

Aku memberitahu Jasman bahawa aku x janji dapat ke tak. So tunggu tengahari lah lepas program sekolah anak ku & settle hal2 keluarga dulu. Pun begitu, set Sebarau aku memang ada dah. Baru awal minggu nie gak aku membeli. Tu pun yang kategori set "bolehlah" dulu...

Lokasi sebenar aku terpaksa RAHSIAkan atas arahan daripada beliau. Hanya aku boleh bagitahu lokasi am sahaja. Harap korang paham yek. Yang nie orang bawak aku bukan aku yang bawak orang. Kena respek gak 'amanah' tu. Takut2 nanti orang x percaya dengan kita lagi & tak nak bawak komplot... Taknak taknak taknak....!





Set "bolehlah" harga bajet & mampu milik, khas untuk aku memBarau. Kebanyakan brand Bakau jer. Aku beli sepasang. Ada gak yang dah lama ada macam popper Ofmer 4D Popper 65F tu.





1st Port - Wow & excited aku. Maklum baru 1st time...





Keroh sikit air kat sini. Riki cari yang clear sikit.





Aku cast sehampir macam batang kayu kecil kat dalam air tu. Retrive tak laju sangat, sedang2 jer. Agak2 tengah sedikit tiba2 rasa macam Fish on jer. Mula2 dia follow jer, pastu baru beliau memecut (beliau baru perasan tergigit mata kail kot? Hehehe...) 

Apa2 pun yes, Lesen Sebarau pertama aku! BTW, 3 belang tu beb! Koleksi Sebarau anda tidak akan lengakap tanpa 3 belang ini. So, aku kena cari yang takde belang, 1 belang & 2 belang lagi nih.






Happy sangat2 1st time dapat Lesen nie. KECIK bagi korang tapi BESAR maknanya bagi aku... Lebih dikenali dengan nama Juak @ Borneo Jungle Perch. Kalau yang 1 belang tu baru dipanggil Sebarau. Tak kira, lebih kurang jer. Dibeza belang. Hahaha...








Species: Borneo Jungle Perch / Juak / Hampala Bimaculata
Rod: Storm Mojo (MOC602ML_6-12 lb 
Reel: Shimano Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna DFC Leader, 20 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Bakau Chitala Spoon, 12g
Status: C&R





Close-up.





Nampak cetek tapi deras kuasa tolakan air nie. Hati2 wo...





Kalau dilihat sepintas lalu, kawasan camgini memang kegemaran Sebarau remaja & dewasa ambush. Tapi mungkin faktor musim hujan yang menyebakan saiz begitu sukar untuk ditemui.





2nd Port - Kami bergerak ke lokasi baru. Tak jauh dari lokasi pertama. Dalam 10 minit berkereta. Sinilah Jasman nampak banyak sebarau saiz 3 jari bermain celah2 batu beberapa hari sebelum komplot ini. Tapi hari ini takde sambutan.





Macam2 sport di cast, tapi takde miskol langsung...





Naik atas lagi pun sama gak keputusan. Mana lak diorang main nie? Hrmmmmm...





Banyak gambar aku berselfie jer nie.





3rd port - Turun semula dekat dengan old town Bau. Samapi port nie keciwa amat. Keroh sekeroh-kerohnya...





Nampak dah potensi tu. Tapi bukan rezeki today...





Next time kitaorang plan nak repeat kat sini. Khabarnya memang kasar & degil sebarau kat sini. Tu yang tak tahan dengar story Jasman.





Jam menunjukkan pukul 5.00pm. So, cukuplah dulu for now. Syukur, dapat komplot hari ini walaupun tidak dirancang & agak lewat, hanya aku & Jasman sahaja. Jasman ada kontek member lain, tapi masing2 ada komitmen so diorang tak dapat join. Lesen yang membuat aku rasa tersenyum sepanjang petang ke malam ;p






 Lure(s) / Setup of The Day...
 
Spoon kaler krom sebelah kiri tu yang aku gunakan dalam komplot ini. Hook tu aku dah tukar, pakai jenis single hook tapi aku dah tak ingat brand & saiznya. Leh refer gambar 1st kat atas...