"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

23 December 2014

Snakehead Report (3rd week of December 2014)


Tarikh: 21/12/2014 (Ahad) 
Lokasi: Port (diRahsiakan)
Masa  : 7.30am - 2.30pm



Ajakan dari member aku Grand Master Louis untuk memBarau di port RAHSIA beliau telah lama aku tunggu. Dalam cuaca yang tidak menentu ini, akhirnya tercapai jugak. 

Yang tak bestnya, aku kumpau Sebarau Impreza tetapi strike snakehead - Bujuk. And opkos Louis lak yang strike Sebarau! Tuan Rumah 1,  Pelawat - 0.

Apa2 pun oleh kerana aku strike snakehead, so buat jerlah untuk report snakehad... Asal ada laporan untuk blog aku ini. Maaf cam biasa lokasi terpaksa diRAHSIAkan bagi menghormati permintaan Tuan Rumah.





1st port... Hujang semalam. Walaupun tak berapa lebat, ada keroh sedikit air.








Menurut Louis, kalau air keroh sedikit camgini masih ok lagi...




Selfie with Grand Master Louis.





Cast & terus meCast...








Akhirnya, sesudu aku disambar manja2 Fazura di satu telok. Aku ingatkan Sebarau Impreza, tapi bila beliau buat aksi akrobatik baru tahu Bujuk rupanya. Walaupun bukan sasaran utama, yang penting aku tak kumpau serta dapat menghanyirkan rod & bc baru (2nd hand) aku...





Species: Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius)
Rod: Storm_Solitude (SOC604ML_6-12 lb
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Bakau_Chitala Spoon, 12g
Status: C&R
 




Close-up. Terkoyak mulut beliau akibat meronta2 masa sesi photo shoot. Ngapa kau tak sabar? Tak pasal2...






BONUS Report: Tu dia Louis dengan Sebaraunya. Opkos, Masterji bah ini orang!

Species: Sebarau (Jungle Pearch) / Dungan / Hampala
Rod: Rapala Sand, 6-12 lb 
Reel: Shimano Aldebaran BFS XG
Line: Varivas Premium PE 1
Leader: Hi Seas, 20 lb (100% Fluorocarbon)
Lure: Duo Spearhead 60s
Status: C&R





Redah punya redah, akhirnya jumpa port baru. Tapi takde mis kol! Mana lak gi Sebarau nie? Port dahlah cantik lagi mables!






Operasi menyelamat lure yang terbang sebab tali meletop!





Hentam sajalah walau takde sambutan. Sambil2 tu boleh menghaluskan lagi teknik cast. Aku hairan dengan teknik aku cast, asyik menuju ke atas jer. Dalam trip nie dah berapa kali lure aku landing atas pokok. Tak kurang yang terkorban sebab sangkut. Nampak gaya masih banyak lagi yang perlu aku pelajari & praktis...





Keseluruhan trip kali ini aku agak berpuas hati walaupun sasaran utama belum aku perolehi. Yang penting bagi aku dapat cast kat port nie. Ada beberapa kali gak mis kol & rabut. Ini menunjukkan walaupun air keroh sedikit respon dari penghuni sungai tu memang ada. Tak sabar rasanya nak repeat balik. Till next time...







2 comments: