"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 December 2014

ULTRALIGHT (UL): RemBULAN Kesiangan - Tambak Pending Strike


Tarikh: 26/12/2014 (Jumaat) 
Lokasi: Tambak Pending, Kuching
Masa  : 08.00am - 4.00pm




Hari ini alang2 hari Jumaat, aku amik cuti. Tapi masih gak hantar / amik mem  kerja. Bagi mengisi sisa2 masa lapang aku casting kat port dekat2 jer. Malas nak gi jauh sebab masa pendek, maklumlah hari Jumaat.

Di antara waktu pagi & petang tu, hanya tengahari baru aku strike. Itu pun seekor jer. Seekor lagi rabut. Apa2pun aku layan UL saja kali ini...






Ini Ikan Bulan yang ke-2 & strike tu. Yang 1st rabut...

 



Degil tu. Masih kuat fight. Takpe, layan bagi beliau letih sikit.



 

Macam dah makin dekat tapi mempunyai semangat juang yang masih tinggi. Sempat buat beberapa kali aksi akrobatik & masih tak mahu menyerah!


 


Ha... baru beliau keletihan. Time nie baru beliau "menurut perintah". A very good size le jugak. Kalau setakat area camgini memang payah sikit nak cari saiz megatron.






Species: Bulan @ Local Tarpon
Rod: Kanicen Nix, Leebass 6' 1-6 lb(KN-Leebass-001)
Reel: Shimano, Sienna 500FD
Line: Special Line, 4 lb
Leader: Lemax, 10 lb 
Lure: Sotelo, Mini Minnow (5.5cm)
Status: C&R






Close-up. Part best layan Bulan nie aksi akrobatik & juang untuk melepaskan memang sentiasa mendebarkan jiwa. Lebih2 lagi jika dilayan dengan set UL, takyah cakap kelazatannya. Yang nie solid hook-up.





Hook (treble hook) kat tengah badan lure nie aku buka & tinggalkan 1 hook jer kat ekor jer. Perubahan ketara renangan lure - pasti aksi lure lebih "menggila". Lepas tu treble hook tersebut aku tukar gunakan single hook. Tapi time tu Bulan dah kurang bermain. Nampaknya tu jer hasil setakat nie. Sebelah petang aku gi kat beberapa port lain & kumpau.





No comments:

Post a Comment