"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

08 December 2014

SHARING Tips: Panduan Memilih Lip Grip


Pernahkah anda keciwa ketika anda tengah melip grip ikan untuk berselfie, tiba2 ikan itu meronta lalu terlepas dengan mudah serta jatuh semula dalam air & sempat melambai anda dengan ekornya (seolah2 mengatakan "Hambik kau!!!! Babai..." sambil ketawa memecut gembira dalam air & pastinya beliau akan bercerita dengan rakan2nya betapa hebatnya dia melepaskan diri dari anda)?

Takpun, anda membeli lip grip yang kononnya tahap "perghhhhhh...." dengan harga yang "wow" lagi tapi rupa2nya "hampeh!" Lebih2 lagi jika dibeli secara online...

Don't worry, memandangkan casting minggu ini aku kumpau, so hari ini sebagai report blog, aku nak kongsi tips yang mudah bagi anda yang baru hendak berhajat membeli lip grip. Aku pernah terbaca tentang panduan nie lama dah dulu dalam Bahasa Inggeris kat internet tapi tak ingat linknya. Untuk panduan ini aku sertakan gambar bagi memudahkan pemahaman anda.





Ada berbagai2 jenis, bentuk, brand, saiz lip grip. Aku suka gunakan yang jenis kecik kerana as a caster, seboleh2nya aku cuba memenimakan berat peralatan kerana sentiasa bergerak. Salah satu brand kegemaran aku yang nie G-Tech.








Steps

   1.   Letakkan Lip Grip pada celah2 jari anda seperti dalam gambar.

   2.   Cuba tarikan. Jika, alahai mudahnya lip grip tu terlepas, say bye2 jerlah kat lip  
         grip tu.
 
   3.   Jika ketika ditarik anda rasa "AduhAduhAduh.... Sakit... Sakit..." & lip grip tu
         masih lekat, nahhhh... itulah ciri2 yang dicari.


Tu jer. Eh, very simplenyeeee.... Memang pun! Tapi kekadang tu kalau ikan meronta dengan amat kuat, boleh terlepas jugak tau! Sekurang2nya korang gunalah tip nie untuk mengelak kekeciwaan melampau, insyaallah...








2 comments:

  1. Tips yg menarik bro. Izinkan sy tambah satu lagi tip bg lip grip yang tidak 'bergrip':

    Pernah sy terbaca dlm group FB yg lain, dia org cadangkan letak 'heat shrink tube' (getah yg dipakai pd hook jigging tu) pada tip lip grip lepas tu panaskan. maka terdapat selapis getah pada tip lip grip tu bg menambahkan 'grip' atau daya lekat.

    trial & tested sebelum lip grip sy hilang (tambah lagi satu tips berguna: beli yg ada tali kat belakang untuk sarung/lilit pada lengan, sy punya hilang ditarik ikan akibat tidak ada tali secure)

    ReplyDelete