"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

13 July 2020

Sotong Mengabang @ Calamari @ Aori Ika #1-5/2020


Tarikh  : 11.07.2020 (Sabtu)
Masa   : 7.00am - 5.30pm
Lokasi: Pulau Satang Besar

 

Hari ini aku mencuba satu lagi genre dalam arena memancing yang aku tunggu2 sekian lama iaitu mencadat sotong atau nama glemer nya Eging dalam misi mencari lesen pertama aku mensasarkan Sotong Mengabang @ Calamari @ Aori Ika.

Trip kali ini adalah boat base bersama Tekong / Captain Enddy & seorang kenalan baru iaitu Shahril yang jugak pertama kali mencari lesen eging. Hanya kami bertiga dalam trip kali ini. Trip ini jugak sebenarnya 3 in 1 (Jigging, Casting & Eging). Personally aku lebih mengutamakan eging.

Beberapa hari sebelum trip, macam2 persediaan aku buat mendapatkan info eging dari Enddy yang lebih berpengalaman termasuk jenis lure eging, rod (walaupun sejak tahun lepas aku dah standby beberapa bijik lure & rod eging, tapi masih belum hanyir), kondisi air dan lain2.




Sebelum jam 7.00am aku dah sampai. Pertama kali aku jejak kaki kat Jeti Semariang Baru @ Kuching wetland National Park Jetty nie.




Terjah2 dulu sekitar jeti. Sesambil menghayati pemandangan & survey port berpotensi untuk terjah sorang2 nanti. Hehehe...




Kat dalam nie nampak tenang tapi kat luar nun jauh di sana agak beralun menurut info dari Enddy.




Huh, inilah dia jentera tempur kepunyaan Enddy yang akan kami gunakan untuk misi hari ini.




Credit photo - Enddy: Setelah siap2 kemas bot, breakfast dulu kat kedai bersebelahan jeti (nasib baik ada kedai makan kat sini). Aku pun tak sempat sarapan lagi, sekadar air kosong jer. Hanya sempat masak mi segera untuk bekalan. Pakcik sebelah aku tu bapak Enddy. Dia yang hantar bot tadi ke sini.





Setelah semua selesai, jom misi bermula. Pagi nie cuaca tak berapa nak menyebelahi. Selain rintis2 hujan, hari agak mendung dan berangin kuat.




Di sebabkan air yang beralun kuat, kami tak dapat terus ke Pulau Satang. Kami mencuba kat sekitar Teluk Belian dahulu sementara menunggu air tenang.




Berbeza air kat sini, tenang dan tak beralun kalau nak dibandingkan kat belah luar. Alang2 dah sampai kami jigging, casting & eging kat sini dulu.




Suspen betul tengok Shahril dengan strike pertama beliau. Berumpankan lure eging, dalam kesamaran air yang kurang jernih kami ingatkan beliau strike sotong mengabang @ calamari. Tapi rupa2nya sang kerapu yang menyambar!




Credit photo - Shahril: Setelah agak lama menunggu air tenang & kurang hasil di Teluk Belian kami memecut ke port submarine dulu untuk sambung layan jigging, casting & 7 eyes (appolo). Hasil henjut2 7 eyes boleh tahan jugak dapatlah ikan Tamban & Jamah untuk goreng2.




Dah puas layan 7 eyes, barulah kami memecut ke Pulau Satang. Pulau Satang nie ada 2 iaitu Satang besar (kanan tu yang merupakan lokasi utama eging) & Satang Kecil (kiri).




Aku yang hanya merasa pelukan & ciuman sekejap calamari masih belum berjaya strike lesen pertama. Enddy pulak berjaya dengan 2, 3 ekor dah calamari. Tak sempat nak gambar beb, sebab tekanan wei... Lepas tu si Shahril pulak berjaya mendapatkan lesen eging beliau. Arghhhh... tekanan lagi!!!




Enddy dah berapa ekor naik, lupa nak kira. Dengan tetiba Sahril strike seekor saiz kasar di kawasan yang dalam sedikit dari persisir pantai! Perghhhhh... semakin kemurungan aku! Cis, tak boleh jadi nie.




Credit photo - Enddy: Tanpa give up, semua skill whip dengan 1, 2, 3 motions, yang aku pelajari dari youtube & video eging aku keluarkan, dan di kala Shahril masih membelai2 calamari kasar beliau tetiba aku merasa sesuatu menarik lure aku & memecut dalam garisan lurus.

Sah, calamari nie. Aku layan baik punya sehingga menghampiri bot, beberapa kali tembakan dakwat dikeluarkan & akhirnya berjaya jugak aku dapat lesen eging pertama. Yoshaaaaaaaaa....!!!




Species: Sotong Mengabang @ Calamari @ Aori Ika (1st catch)
Rod      : OKUMA_Egi Pro K1, PE 0.8-1.5
Reel     : SHIMANO_Nasci 1000
Line     : DR. BRAID, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lbs
Lure    : BAKAU_Candat Mayat 2.5




Akhirnya... Puas hati aku! Feel camana beliau sambar dapat aku fahami sedikit demi sedikit.




Credit photo - Enddy: Yes, calamari Shahril belom sempat masok cooler box lagi baru aku mendapat. Posing dulu dengan hasilnya gais.




Kalau tadi kami bermain kat depan pulau, Enddy membawa ke tepi & belakang pulau pulak yang berpotensi jugak menurut Enddy.




Cantik pulak air kat sini dengan kadar kejernihannya membuat korang rasa nak terjun berenang!




Species: Sotong Mengabang @ Calamari @ Aori Ika (2nd catch)
Rod      : OKUMA_Egi Pro K1, PE 0.8-1.5
Reel     : SHIMANO_Nasci 1000
Line     : DR. BRAID, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lbs
Lure    : BAKAU_Candat Mayat 2.5




Tak sempat bergambar posing dengan calamari beb! Semua dah syok berlumba2 eging bila dah dapat sambutan. Ini hasil yang ke-2 aku.




Species: Sotong Mengabang @ Calamari @ Aori Ika (3rd catch)
Rod      : OKUMA_Egi Pro K1, PE 0.8-1.5
Reel     : SHIMANO_Nasci 1000
Line     : DR. BRAID, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lbs
Lure    : BAKAU_Candat Mayat 2.5




Masih lagi laku lure Bakau kaler ala2 zirafah yang aku gunakan nie. Ini hasil yang ke-3 aku. Si Enddy & Shahril entah berapa ekor dah naik, malas aku nak amik tau! Hahaha... Aku fokus dengan diri sendiri jer.




Bak kata Enndy, kalau nak kuantiti & saiz tak besar, sasarkan berhampiran pesisir pantai berbatu camgini. Nasib2 jumpalah saiz kasar kat sini... Kalau nak saiz megatron kena main kat kawasan yang lebih dalam.




Species: Sotong Mengabang @ Calamari @ Aori Ika (4th catch)
Rod      : OKUMA_Egi Pro K1, PE 0.8-1.5
Reel     : SHIMANO_Nasci 1000
Line     : DR. BRAID, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lbs
Lure    : BAKAU_Candat Mayat 2.5




Aku on jer, janji boleh strike! Kecik besar belakang kira. Ini hasil yang ke-4 aku. Rentak dah mula aku fahami & sebati dah nie.




Species: Sotong Mengabang @ Calamari @ Aori Ika (5th catch)
Rod      : OKUMA_Egi Pro K1, PE 0.8-1.5
Reel     : SHIMANO_Nasci 1000
Line     : DR. BRAID, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lbs
Lure    : BAKAU_Candat Mayat 2.5




Yes, saiz semakin sedap layan aku dapat. Hasil yang ke-5 & merupakan yang terakhir aku dapat. Bila hari semakin petang jam dah menunjukkan pukul 5 lebih & kurang galak sambutan, kami memutuskan untuk menamatkan misi kali ini.





Sampai di jeti, sesi photography dengan hasil yang kami perolehi. Jumlah keseluruhan 17 ekor calamari. Enddy - 8 ekor (kiri), Shahril - 4 ekor (tengah) & aku- 5 ekor (kanan). Itu baru separuh petang. Kalau cuaca baik awal pagi tadi mau berbilion2 ekor kami dapat. Hahaha...




Owh, tak lupa hasil 7 eyes setelah di bahagi2 tadi, ikan Tamban & Jamah yang sesuai buat goreng-gorengan. Yang nie aku tak kesah sebab target utama aku tercapai beb! Secara am nya misi kali ini sukses dengan jaya nya. Puas hati & berbaloi.

Banyak jugak yang aku pelajari dari Enddy mengenai eging nie. Alhamdulillah, bertambah ilmu & yang penting semua merasa strike calamari. Tak sabar rasanya menunggu trip yang ke-2. Lepas nie bolehlah target calamari pecah rekod saiz pulak.

Ok gais, sehingga jumpa lagi dalam blog yang akan datang, aku nasihatkan jika korang nak merasa lesen eging nie bolehlah cuba di Pulau Satang. Memang "heaven" beb!






Lure(s) Of The Day

BAKAU Candat Mayat! Seram wei nama lure nie. Hahaha... Yang aku gunakan kali ini kaler tompok2 cam zirafah tu, saiz 2.5. Biasanya aku beli pair kaler tapi lain2 saiz lah, 2.5 & 3.0. Lepas nie kena cari kaler fluorescent pulak. Kalau jumpa yang ada rattle sekali best jugak nie.










07 July 2020

Haruan @ Striped / Common Snakehead #8/2020


Tarikh  : 05.07.2020 (Ahad)
Masa   : 9.00am - 4.00pm
Lokasi: Sui, Samarahan

 

Terjah solo lagi aku minggu nie. Akhir jugak aku start sebab hari hujan. Walaupun pukul 5.30am aku dah bangun ready, tapi hujan yang tak berhenti entah sejak pukul berapa menyebabkan aku layan Astro jerlah bagi hilangkan boring.

Dalam pukul 9.00am baru hujan berhenti. Lokasi pertama aku terjah ke Riveria. Sampai kat sini, airnya pulak berbau. Aku lihat  ada penambahan 2, 3 ekor lagi ikan Tilapia mati. Tak taulah apa punca. Sejak minggu lepas aku tengok.

Tiada sambutan kat Riveria, aku memecut sekitar Samarahan mecuba port Snakehead di beberapa kawasan permainan lama. Hanya sekali dua sambaran comel2 belaka namun tiada yang sangkut.

Pastu aku gi kat area Sui. Sui nie kawasan ladang2 sawit jugak. Ada beberapa lorong yang aku pernah pergi & ada jugak yang baru aku pergi. Setelah mencuba beberapa tempat, aku kembali ke port kumpau suatu ketika dahulu.



Masa musim hujan lebat, banjir besar kawasan nie. Tapi sayang port yang berpotensi nun di sana tak terjangkau untuk casting. Tiada tempat berpijak sesuai. Bahkan time tak beberapa nak banjir camnie pun tiada jalan nak ke situ melainkan melalui rumah orang (tak pernah lagi aku try lalu).





Titi nie bergoyang2 jugak, uzur & kena berhati2. Pun di sini kalau banjir besar air start dari hujung titi tu. So, apa yang korang tengok sekarang nie time air dah tak berapa... Sasaran aku kat lopak2 yang ada kat situ.



Bila tiada sambaran, aku jalan hujung sikit lagi kat depan. Beberapa kali balingan kat sini hampir2 dapat disambar. Aku cuba perlahankan sedikit karauan... Entah balingan ke berapa, time aku nak angkat lure untuk balingan seterusnya yang belum sempat aku execute, satu letupan membaham lure aku dari tepi rumput belah kanan betul2 dalam jarat dekat amat mengejutkan aku.





Terangkat gak bahu aku tekejut lantaran sambaran ganas tetiba tu. Aku sentap & fish on!. Memang terasa kasar kali ini. Dengan setup finesse rod 3-8 lbs dengan mainline 10 lbs aku gunakan kali ini betul2 meguji pengalaman aku. Payah memujuk kerana sering dibawak lari kat bawah rumput2 tu dalam cobaan meloloskan diri. Tali sentiasa aku tegang, layan jer dulu kemahuannya & jangan gopoh2, alhamdulillah strike akhirnya!



Species: Snakehead @ Ikan Haruan
Rod      : LEMAX_Slim Max Micro Game, 3-8 lbs
Reel     : SHIMANO_Curado K 201HG
Line     : TRI-POSEIDON, 10 lbs
Leader: TOMMAN_Tali Hantu, 15 lbs
Lure    : EXP_Killer Frog II




Puas hati & lama dah tak layan saiz nie. Sang mama nie (walaupun gambar ke-2 tu perut macam berisi, kosong dah sebenarnya. Lepas bertelur dah agaknya). Memang garang masa fight. Berkali2 aku gulung tali, masih lagi berjaya dipecutnya keluar balik.




Masa balik mencari port lain ini titi yang dilalu tadi. Aku cuba ke kawasan hadapan berdekatan rumah orang namun tiada berhasil. Perut pun dah berbunyi. Time to "reload" & menamatkan misi untuk hari ini. Syukurlah merasa tarikan dari sang monster walaupun hanya seekor sahaja.








Lure(s) Of The Day

ESP Killer Frog II. 1st time aku cuba lure nie & berjaya dihanyirkan.