"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Common Snakehead. Show all posts
Showing posts with label Common Snakehead. Show all posts

22 May 2023

Haruan @ Striped / Common Snakehead #2/2023


Tarikh  : 21.05.2022 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan


Pagi ini agak terlewat sikit aku melaksanakan misi. Target pertama Tasik Desa Ilmu mencari Tarpon & Toman. Sampai kat port hari dah terang. Boiling tarpon kelihatan tapi berada jauh dari zon casting.

2 rod aku standby kali ini, mana tahu kalau kelihatan mama toman... Pun begitu beberapa kali gak aku cast namun tiada sambaran tarpon. Sambil2 tu meliar mata aku scan mencari boiling toman, namun hampehhh!

Bila dah tiada sambutan aku gi pulak port kedua kawasan sekitar mencari secebis strike snakehead. Aku lihat kawasan parit dah diclear kobelco & kurang tempat snakehead nak ambush. Hasil nya kumpau.



Ini port ke-3. Memang aku rush mengejar masa sebab nak turun kerja lepas nie. Limited betul masa aku cast sekarang nie. Tak suka tau main rush2 nie! Di port ini baru ada sambaran...




Masa ini aku dah patah balik semula selepas sampai kat hujung. Ada jugaklah rabut & auto release. Sebelum tu aku gunakan lure soft frog. Kemudian aku tukar menggunakan softplastic Berkley PowerBait Double Tail Grub. Kerana bila permainan surface kurang sambutan, maka tukar main deep pulak...




Balingan lure ke pangkal rumput kemudian diretrived perlahan akhirnya berhasil disambar sesuatu. Terus aku hooked up & berjaya strike akhirnya... Sang curutron satu2nya berjaya dinaikan hari ini... Saiz tak kesah, janji strike itu penting beb! Adalah laporan untuk update blog bagi bacaan korang kan?. Hehehe...




Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead 
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Casitas 151HG
Line     : Tri-Poseidon, 10 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : BERKLEY_PowerBait Double Tail Grub




Huh, hampir masuk habis ditelannya.


OTW nak balik tu sambil2 cast, ada jugak sambaran yang tidak tepat. Agak besar dari yang aku dapat nie. Aku pujuk berkali2 namun tiada sambutan. Agaknya beliau malu kot sebab ketidakcekapan nya tadi disaksikan aku. Hahaha...

Itu sahaja laporan untuk kali ini. Jadilah daripada tak ada langsung. Memang payah dah sekarang nak kejar masa & port. Mungkin aku akan ulang2 port dekat yang sama sahaja memandangkan kekangan masa yang menyebabkan aku tak dapat nak terjah port lain...





Lure(s) Of The Day

Kelebihan double tail grub nie vibrate yang terhasil semasa dikarau menghasilkan getaran yang lebih kuat daripada single tail grub. Must have jugak dalam tackle box gais...





Snap aku suka pakai jenis Fig-8 (14kg) brand Rod Ford.





UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais... ;p)






09 May 2023

Haruan @ Striped / Common Snakehead #1/2023 - TEST DRIVE: Reel KANICEN NIX - DEYYY 1000s

Tarikh  : 07.05.2022 (Ahad)
Lokasi: Midway Crescent, Kota Samarahan


Yo, assalamualaikum gais! Pekaba u all? Huh, lama dah tak update. 10 bulan lebih berehat gais! Lebih dari gegar veganza dah tangan nie. Bukan pencen terus aaa... Tapi lepas nie still slow casting jugak lah atas faktor kerja di hujang minggu seperti tahun2 yang lalu...

Pun begitu, pantang ada ruang & peluang, aku try cast walaupun bebekal sedikit masa yang ada seperti hari ini, aku cuma ada 2 jam free sebelum start kerja. Hoh, jom follow my journey...

Pada mulanya aku try kat Riveria, tapi air agak besar & kurang happening jer aku rasa... Ada lah dalam 35 menet gak cast & kumpau. Teringat port yang lama gak tak terjah - Midway Crescent, so apa lagi, pecut patah balik...



Riveria... Port pertama diterjah. Lama dah tak terjah, ada perubahan sedikit kawasan sekitarnya.



Siap ada tempat rehat dah. Bolehlah rehat2 jika kena hujan/panas ke...



Jadi tempat riadah untuk penduduk taman & sekitar.



Wokeh, nielah port Midway Crescent... Kolam kecik jer dalam kawasan perumahan. Aku saspek dulu nie kan kawasan hutan & ada paya sebelum perumahan dibina. Mungkin kena timbus maka tinggallah setompok nie jer saki-baki air paya tu. Agaknyalah...



Aku baling lure soft frog sekadar di pinggiran tu jer, dalam 2, 3 kali gitu terus lure aku dibaham & reel baru menjerit riang ria raya di Syawal ke-16... Yes, strike beb! Aku layan hati2 sebab pakai set ul, especially mainline 2 lb tu...



Setelah bergelut membebaskan sang pemangsa sangkut kat sisa ranting dalam air tu, alhamdulillah berjaya juga didaratkan saiz layan. "Lamak dah sik strike!". Macam nie rupanya rasa strike, lupa dah... Fuh, terpaling terharunya! Hahaha...



Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead 
Rod      : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lb
Reel     : Kanicen Nix_DEYYY 1000s
Line     : Kanicen Nix_Halus, 2 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : EXP_Micro-A Frog



Tu dia gais... makan dalam. Saya suka, saya suka! 



Another angel of view.



Seperti yang aku khabar awal2, tak terasa dah 2 jam! Terus sambung kerja pasnie gais... Terpaksa aku stop dengan satu2nya hasil tangkapan pertama dalam tahun ini. Apa2 pun, syukur dapat cast & strike.

Harap next week ada rezeki untuk cast lagi, till then take care gais & hopefully jumpa korang lagi di alam ghaib... eh, alam maya nie.





Lure(s) Of The Day

Credit photo EXP Fishing (M): Saiz lure (33mm) yang paling universal (bagi aku) untuk saiz snakehead camgini! Must have untuk target snakehead dari kecik sampai ke besar. 





Snap aku suka pakai jenis Fig-8 (14kg) brand Rod Ford.





Review: Reel KANICEN NIX - DEYYY 1000s

Apa yang boleh aku kata, memang terbaik reel nie! Selain dari 2 spool (shallow & deep) dia bagi, aku suka sangat dengar bunyi dengungan kuat 10 harakat gitu drag nya! Sedap di telinga, kuat debar di dada. 

Ada sesuatu kelainan bunyi drag nya berbanding dengan reel aku yang lain yang aku tak boleh nak explain. Tulah sapa suruh korang tak beli! Hahaha... Owh, tali Halus 2 lb (100m) tu memang ngam2 muat dalam shallow spool seperti yang aku guna nie.



Credit photo Kanicen Nix : Nie ha detail dia. By the way, aku peserta ke 53 booking (with payment) masa reel nie nak launch. Sesaja bagi tau korang. Hehehe... Hah, apa tunggu lagi, kompom tak rugi korang beli tau!

 

 

 

UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais!)

 

 

 

 

 

 

 

18 May 2022

Haruan @ Striped / Common Snakehead #8-10/2022

Tarikh  : 10.05.2022 (Selasa)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan (Kampung Rembus)


Assalamualaikum & salam sejahtera gais. Baru dapat beraksi setelah lama rest disebabkan kerja berpanjangan. Sekadar jadi penglike dalam fb. Ketar tangan tengok hasil member.

Sebagai permulaan, warm-up dulu layan snakehead. Sebenarnya semalam aku dah start jugak (sebab aku amik cuti panjang sikit kali nie), tapi tulah... kumpau. Even ikan "mudah" - snakehead, pun boleh kumpau.

Kali ini aku main dekat2 jer, port bias2 yang lama dah tak terjah. Ada yang dah berumput panjang, ada yang semakin heavy cover & ada yang clear.




Tu dia... sedikit ruang untuk cast. By the way, walaupun heavy cover jika terdapat ruang antara tu, memang suka aku layan.



Balingan lure ke sisi berdekatan tebing, tanpa menunggu lama terus mendapat sambutan.



Saiz layan gais... Strike pertama today. Yoshaaaa...!



Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (1st catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : EXP_Killer Frog II



Close-up. Lure dari EXP nie aku bukak blade dia. Hanya "berkaki" sahaja buat layan tempat yang tidak clear.



Seterusnya sepanjang kawasan ini, besambut juga dari pemangsa...



Nice! Hampir sama dengan saiz yang pertama tadi tapi sedikit kurus.



Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (2nd catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : EXP_Killer Frog II




 Say aaaa...

 

 

Tu ha, cast bermula dari hujung layan perlahan2 bagi mengoda penghuni dasar.

 

 

Kali ini sambaran kasar! Layan punya layan, nasik jugak seekor saiz yang osemmm...

 

 

Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (3rd catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : EXP_Killer Frog II

 

 

Nie lure EXP ke-2 setelah yang pertama tadi hilang kaki dikerjakan. Yang nie aku pakai blade jer & kaki luar aku potong.

Ini sahaja hasil yang aku dapat untuk tempoh 1/2 day cast. Panas bukan kepalang gais. Tak tahan pulak aku. So aku putuskan untuk tamatkan sesi cast nie lebih awal. Cukuplah dulu, janji ada strike.

 

 

 

 

 Lure(s) Of The Day

Aku suka soft frog dari EXP nie. Hook dia pun tajam & keras. Aku modified, kaki kat bahagian dalam body aku nipiskan sikit & potong bahagian luar & gam bagi dia stay (yang asal kaki kat bahagian dalam body tu agak tebal, bila dipicit macam ada gangguan, berbonggol so bagi aku tak kemas untuk strike). Biasanya aku gunakan 2 jenis sama ada berkaki sahaja atau blade sahaja.

 

 

 

 

UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais!)


 

 

 

24 January 2022

SIMUNJAN MINI SNAKEHEAD BATTLE VOL.2 - Haruan @ Striped / Common Snakehead #3-7/2022

Tarikh  : 23.01.2022 (Ahad)
Lokasi: Simunjan


Assalamualaikum & salam sejahtera gais. Kali ini aku menyahut jemputan daripada geng Snakehead Simunjan di mana mereka membuat Simunjan Mini Snakehead Battle Vol.2.

Kali ini aku dah Chia A.C. bersama dari Kota Samarahan menuju ke battlefield, Simunjan. Battle Vol.1 kalau tak silap aku 2019 & kumpau aku masa tu. Huh, kali ini personal mission nak balas dendam. Hahaha... 





Photo Credit: Chia A.C.
Welcome to Simunjan. Lokasi battle kali ini...




Cabaran pertama, melangkah titi yang tenggelam. Silap2 boleh tenggelam sampai paras pinggang nie. Main raba2 pakai kaki jer sebab tak nampak.





Ok, 1/2 day battle start! Sepanjang parit tu ikut citarasa korang cast sampai pengsan! Hahaha... luas wo! Belum lama jugak parit nie diclear.




Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (1st catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : YES_Top Soft Bait 10-X




Sambaran pertama yang gambar lokasinya aku lupa snap. Dekat dengan tebing dia sambar. Saiz biasa jer.




Yang nie aku fast forward... Dah lama juga berjalan & jauh dari lokasi mula2 sampai tadi. Aku lempar lure kat gigi tebing tu, retrived sedang2...




Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (2nd catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : YES_Top Soft Bait 10-X




Lebih kurang jugak saiz dengan yang pertama tadi. Layan jer daripada tak dapat terus kan!




Semakin jauh diterjah. Ada jugak beberapa kali rabut sepanjang perjalanan cast tadi. Nampak macam telok sebelah rumput tu? Hah, baling kat port  gitu kalau jumpa...




Terus disambar & kali ini sedikit melawan! Nah, akhirnya saiz sedang2 (& nie jer yang paling kasar di antara pemangsa yang aku dapat).



 

 

Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (3rd catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : YES_Top Soft Bait 10-X




Tak tahu mana lak pergi saiz kasar2...




Baling kat tengah2 telok tu jugak, terus mendapat sambaran lagi.




Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (4th catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : YES_Top Soft Bait 10-X




Kan! Kebanyakan nya saiz camginilah...




Time nie jam dah menunjukan pukul 12pm lebih. Battle akan tamat jam 1pm. So, buat keputusan patah balik menuju kat check point mula2 tadi. Sempat lagi jumpa baik punya lokasi, baling terus dekat dengan rumput tu & tepat disambar...




Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (5th catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : YES_Top Soft Bait 10-X




Hasil yang ke-5 & merupakan hasil yang terakhir aku dapat untuk kali ini.




Gambar-gambar berikutnya saja nak tunjuk apa yang ada kat sini.






OMG... Bahaya wooo... kena berhati-hati!




Tah sambung dengan sungai mana pulak nie. "Menggairahkan" betul godaan air kaler camnie. Hehehe...




Gate air kat ban nie. Lokasi diterjah tadi nun sejauh mata memandang! Nasib baiklah hari tak panas melampau. Dahlah payah nak cari tempat berteduh.




Photo Credit: Chia A.C.
Akhirnya battle tamat... Snap picture dulu sambil menunggu member lain sampai.




Sebagai kenang-kenangan, simpan kat sini.





Ok, nie gambar pemenang tempat pertama dari Kuching. Semua hadiah nie bukan ada kompeni yang besar2 pun sponsor. Sesama member yang bagi. Sikit2 kumpul jadilah membukit...

P/s: Maggi tu wajib ada tau! Hahaha...




Pemenang tempat ke-2 jugak dari Kuching. Brader semenanjung nie aku rasa. Belum sempat berkenal-kenalan. Baru 1st time jumpa...




Ini dia Chia A.C. mendapat tempat ke-3. Tak sia2 datang dari jauh.




Bujuk yang beliau dapat melayakan beliau sekali lagi pemenang untuk spesis rare. Tahniah Chia A.C!

 

 

 

 

Lure(s) Of The Day

Untuk permainan di kawasan yang agak luas & kurang tempat bagi pemangas untuk "hide & seek", baik gunakan sp...




 Extra

Dipadankan dengan worm hook jenis ini yang aku pakai untuk kali ini.





UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais!)