"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

09 May 2023

Haruan @ Striped / Common Snakehead #1/2023 - TEST DRIVE: Reel KANICEN NIX - DEYYY 1000s

Tarikh  : 07.05.2022 (Ahad)
Lokasi: Midway Crescent, Kota Samarahan


Yo, assalamualaikum gais! Pekaba u all? Huh, lama dah tak update. 10 bulan lebih berehat gais! Lebih dari gegar veganza dah tangan nie. Bukan pencen terus aaa... Tapi lepas nie still slow casting jugak lah atas faktor kerja di hujang minggu seperti tahun2 yang lalu...

Pun begitu, pantang ada ruang & peluang, aku try cast walaupun bebekal sedikit masa yang ada seperti hari ini, aku cuma ada 2 jam free sebelum start kerja. Hoh, jom follow my journey...

Pada mulanya aku try kat Riveria, tapi air agak besar & kurang happening jer aku rasa... Ada lah dalam 35 menet gak cast & kumpau. Teringat port yang lama gak tak terjah - Midway Crescent, so apa lagi, pecut patah balik...



Riveria... Port pertama diterjah. Lama dah tak terjah, ada perubahan sedikit kawasan sekitarnya.



Siap ada tempat rehat dah. Bolehlah rehat2 jika kena hujan/panas ke...



Jadi tempat riadah untuk penduduk taman & sekitar.



Wokeh, nielah port Midway Crescent... Kolam kecik jer dalam kawasan perumahan. Aku saspek dulu nie kan kawasan hutan & ada paya sebelum perumahan dibina. Mungkin kena timbus maka tinggallah setompok nie jer saki-baki air paya tu. Agaknyalah...



Aku baling lure soft frog sekadar di pinggiran tu jer, dalam 2, 3 kali gitu terus lure aku dibaham & reel baru menjerit riang ria raya di Syawal ke-16... Yes, strike beb! Aku layan hati2 sebab pakai set ul, especially mainline 2 lb tu...



Setelah bergelut membebaskan sang pemangsa sangkut kat sisa ranting dalam air tu, alhamdulillah berjaya juga didaratkan saiz layan. "Lamak dah sik strike!". Macam nie rupanya rasa strike, lupa dah... Fuh, terpaling terharunya! Hahaha...



Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead 
Rod      : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lb
Reel     : Kanicen Nix_DEYYY 1000s
Line     : Kanicen Nix_Halus, 2 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : EXP_Micro-A Frog



Tu dia gais... makan dalam. Saya suka, saya suka! 



Another angel of view.



Seperti yang aku khabar awal2, tak terasa dah 2 jam! Terus sambung kerja pasnie gais... Terpaksa aku stop dengan satu2nya hasil tangkapan pertama dalam tahun ini. Apa2 pun, syukur dapat cast & strike.

Harap next week ada rezeki untuk cast lagi, till then take care gais & hopefully jumpa korang lagi di alam ghaib... eh, alam maya nie.





Lure(s) Of The Day

Credit photo EXP Fishing (M): Saiz lure (33mm) yang paling universal (bagi aku) untuk saiz snakehead camgini! Must have untuk target snakehead dari kecik sampai ke besar. 





Snap aku suka pakai jenis Fig-8 (14kg) brand Rod Ford.





Review: Reel KANICEN NIX - DEYYY 1000s

Apa yang boleh aku kata, memang terbaik reel nie! Selain dari 2 spool (shallow & deep) dia bagi, aku suka sangat dengar bunyi dengungan kuat 10 harakat gitu drag nya! Sedap di telinga, kuat debar di dada. 

Ada sesuatu kelainan bunyi drag nya berbanding dengan reel aku yang lain yang aku tak boleh nak explain. Tulah sapa suruh korang tak beli! Hahaha... Owh, tali Halus 2 lb (100m) tu memang ngam2 muat dalam shallow spool seperti yang aku guna nie.



Credit photo Kanicen Nix : Nie ha detail dia. By the way, aku peserta ke 53 booking (with payment) masa reel nie nak launch. Sesaja bagi tau korang. Hehehe... Hah, apa tunggu lagi, kompom tak rugi korang beli tau!

 

 

 

UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais!)

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment