"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 May 2023

Haruan @ Striped / Common Snakehead #3/2023

Tarikh  : 27.05.2023 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan


Niat di hati nak usha port sebarau, tapi bila mengenangkan semalam hujan & terbabas sikit bagun pagi nie, aku batalkan jer niat tu. Insyaallah, next time. Lagipun kalau aku terjah mau sejam jugak sampai lokasi. Nak kejar lagi masa kerja nanti. 

Last2 cari snakehead jerlah. Memandangkan laluan tak jauh dari Tasik Desa Ilmu, so aku try kat situ dulu mencari tarpon. Target layan sejam but tiada sambutanlah pulak.... Agak kurang sikit boiling berbanding minggu lepas. 

Straight to the point terus layan snakehead jerlah. Port sekitar Samarahan...



Part nie dah kira nak tamat separuh masa ke-2... Dr hujung tiang letrik nun aku dah start cast. Ada lah jugak miskol & lucut.



Yang nie arah ke hilir dari pic atas tadi (arah hulu). Cast kat sini & tukar lure dari froggy ke softplastic  barulah ada sambutan.



Fuh, akhirnya setelah lama menunggu barulah dapat menjaringkan "gol"... Rupanya kebanyakan ambush dari kawasan yang dalam. Memang tepat pemilihan lure kali ini.



Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead 
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion MG1001
Line     : Dr.Braid_6 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : Johncoo_Curly Tail



Rona pink berjaya mengoda pemangsa kali ini.



Kalau tak silap aku time nie air surut. Kalau tak tinggi jugaklah paras air kat sini. Balingan ke dasar lure softplastic & dikarau perlahan2 berjaya mengejutkan lagi pemangsa dari dasar...



Nah, yang ke-2 berjaya dinaikan! Saiz geli2 lebih kurang cam yang pertama tadi jugak.



Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead 
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion MG1001
Line     : Dr.Braid_6 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : Johncoo_Curly Tail



Yang nie aku gunakan rona putih pulak sebab rona pink tadik sangkut & putus! Lumrah dalam arena mancing. "Cukai" tetap ada...



Sebelum aku putuskan nak tamatkan misi kali ini, aku gunakan masa "kecederaan" sebab dah nak sampai kat hujung parit tu yang tak jauh jugak dari lokasi mangsa ke-2 tadi. Jugak permainan dasar akhirnya berjaya menggoda pemangsa.

Sambaran amat kasar. "Perghhhhhh... besar kali ini", kataku dalam hati. Baik punya layan & terlihat saiz yang lama dah tak dapat.... Puas hati beb!



Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead 
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion MG1001
Line     : Dr.Braid_6 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : Johncoo_Curly Tail



Inilah hasi penamat untuk hari ini... Huh, nikmat pekena saiz camgini dengan setup ringan. Dup dap dup dap jugaklah tadik kalau terlucut. Syukur rejeki tak salah alamat. Untuk masa yang terhad, dapat 3 bagi aku dah ok sangat buat report & youtube.

So, lepas jer kemas2 seadanya, terus aku pecut untuk bekerja pulak. Sehingga jumpa lagi gais, Insyaallah...




Lure(s) Of The Day

Ekor yang agak besar, menghasilkan putaran & getaran yang kuat di dasar. Kalau nak main top water pulak, kena karau laju maka naiklah atas permukaan air dengan bunyi percikan terhasil dari putaran ekor...





Snap aku suka pakai jenis Fig-8 (14kg) brand Rod Ford.

 

 

 

 

UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais... ;p)





No comments:

Post a Comment