"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

22 May 2023

Haruan @ Striped / Common Snakehead #2/2023


Tarikh  : 21.05.2022 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan


Pagi ini agak terlewat sikit aku melaksanakan misi. Target pertama Tasik Desa Ilmu mencari Tarpon & Toman. Sampai kat port hari dah terang. Boiling tarpon kelihatan tapi berada jauh dari zon casting.

2 rod aku standby kali ini, mana tahu kalau kelihatan mama toman... Pun begitu beberapa kali gak aku cast namun tiada sambaran tarpon. Sambil2 tu meliar mata aku scan mencari boiling toman, namun hampehhh!

Bila dah tiada sambutan aku gi pulak port kedua kawasan sekitar mencari secebis strike snakehead. Aku lihat kawasan parit dah diclear kobelco & kurang tempat snakehead nak ambush. Hasil nya kumpau.



Ini port ke-3. Memang aku rush mengejar masa sebab nak turun kerja lepas nie. Limited betul masa aku cast sekarang nie. Tak suka tau main rush2 nie! Di port ini baru ada sambaran...




Masa ini aku dah patah balik semula selepas sampai kat hujung. Ada jugaklah rabut & auto release. Sebelum tu aku gunakan lure soft frog. Kemudian aku tukar menggunakan softplastic Berkley PowerBait Double Tail Grub. Kerana bila permainan surface kurang sambutan, maka tukar main deep pulak...




Balingan lure ke pangkal rumput kemudian diretrived perlahan akhirnya berhasil disambar sesuatu. Terus aku hooked up & berjaya strike akhirnya... Sang curutron satu2nya berjaya dinaikan hari ini... Saiz tak kesah, janji strike itu penting beb! Adalah laporan untuk update blog bagi bacaan korang kan?. Hehehe...




Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead 
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Casitas 151HG
Line     : Tri-Poseidon, 10 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : BERKLEY_PowerBait Double Tail Grub




Huh, hampir masuk habis ditelannya.


OTW nak balik tu sambil2 cast, ada jugak sambaran yang tidak tepat. Agak besar dari yang aku dapat nie. Aku pujuk berkali2 namun tiada sambutan. Agaknya beliau malu kot sebab ketidakcekapan nya tadi disaksikan aku. Hahaha...

Itu sahaja laporan untuk kali ini. Jadilah daripada tak ada langsung. Memang payah dah sekarang nak kejar masa & port. Mungkin aku akan ulang2 port dekat yang sama sahaja memandangkan kekangan masa yang menyebabkan aku tak dapat nak terjah port lain...





Lure(s) Of The Day

Kelebihan double tail grub nie vibrate yang terhasil semasa dikarau menghasilkan getaran yang lebih kuat daripada single tail grub. Must have jugak dalam tackle box gais...





Snap aku suka pakai jenis Fig-8 (14kg) brand Rod Ford.





UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais... ;p)






No comments:

Post a Comment