"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Pelaik. Show all posts
Showing posts with label Pelaik. Show all posts

24 February 2014

Revenge Komplot MengUDANG + Casting yang KUMPAU! Aishhhh...!


Tarikh: 22/02/2014 (Sabtu)
Lokasi: Pelaik, Kota Samarahan
Masa  : 6.45am - 7.00pm



Setelah menunggu selama 2 minggu, revenge mengUDANG di spot yang sama seperti sebelumnya, kali ini tidak seperti yang diimajinkan... Kureng berhasil kali ini. Hanya Ustad Syed jer yang berjaya & Man of the Match komplot kali ini. Geng yang lain ada yang dapat ikan & udang yang halus-milus jer. Kira kumpau lah jugak kerana tidak mencapai sasaran! Aishhhhhhhhh.....! 

Hujan semalaman sehari sebelumnya merupakan alasan yang terbaik untuk digunakan bagi kegagalan komplot kali ini. Hehehehe... (tapi mungkin benar jugak. Hinggakan air sungai nie sejuk & tak masin langsung). Well, bak kata Arnold Schwarzenegger: "I'll be back...!". Apa2 pun layan jerlah gambar2 komplot nie.




Sedia untuk berlepas.



 
Sega dengan posing "Dikala Aku Belom Mandi".




Muka yang masih mamai tapi hati yang excited.




Nazri tengah kontrol ayu macam Hantu Kak Limah.




Sarip yang sedang menyekodeng aweks2.




Ini dia Imam Muda yang menjadi Man of the Match dalam komplot kali ini.




Baru namapak macam orang...




Sedang mengira bilangan tembakol yang menari-nari.




Nie lah nasib sendiri sebagai kameraman... Baru nampak muka! Pis yo!




Fed-up amik gamabar muka diaorang jer. Baik aku snap entah apa2 entah.




Mentari baru bersinar.




Sampai kat spot, terus tak buang masa. Labuhkan joran2 anda...




Breakfast dilupa jangan...




Perghhhhh.... Gaya seorang maskot! Eh... model.




Makan & terus makan & makan lagi...




Udang lom makan jadi kita orang makan lagi!




Bersusun senjata perang!




Sambil menunggu sapaan Cik Udang nie teringat pulak lagu kumpulan Zivilia... "Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku,Saat kuharus bersabar dan terus bersabar, Menantikan kehadiran dirimu, Entah sampai kapan aku harus, Menunggu sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani, Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu, Kadang kuberpikir cari penggantimu, Saat kau jauh di sana..."




Perghhhhh.... "Pada Syurga di Wajahmu..."




Latihan kesabaran.




Ustad Syed memecah kebuntuan... Beliau dapat 4 ekor kalau tak silap. Gambar lain aku malas nak snap sebab bikin panas jer... bikin terbakar jer...
 



Pantang melihat spot yang berpotensi untuk casting. Apa lagi, cast lah... Tapi hampeh nak dapat!




Bila dah udang tak sudi menjamah umpan setelah jam 3 lebih pun takde sambutan, operasi mengUDANG ditukar dengan casting pulak. Dah nama kaki casting, tak dapat Plan A, Plan B lah pulak...




Baby MJ... Hmmmm... Apa lagi aku nak cakap hah??? Malaslah! Biarlah gambar ini berbicara...




Macam2 gaya kumpau keluar.




Spot & air dah cantik, tapi hasil tarakkkkkkk...!



Setelah jam 7.00pm, Ops Reveange ini dihentikan memandangkan hari semakin gelap. So dipendekan cerita, Mesyuarat ini ditangguh sehingga ke mesyuarat yang akan datang. Terima kasih! Bye!







 

10 February 2014

Komplot mengUDANG - "Saya Budak Baru Belajar!"


Tarikh: 08/02/2014 (Sabtu)
Lokasi: Pelaik, Kota Samarahan
Masa  : 7.00am - 7.00pm



1 lagi bidang dunia memancing telah aku selami - memancing / mengail UDANG @ aku ringkaskan mengUDANG. Bukan tak pernah mengUDANG sebelum nie, tapi cara aku tak betul serta kurang ilmu dalam bidang yang 1 nie. Aku pernah gak join member2 mengUDANG secara landbase. Lagipun JIWA AKU LEBIH KEPADA CASTING...

Kali ini aku mencoba secara boatbase & "berguru" dengan guru yang betul serta berpengalaman. Set mengUDANG pun aku pinjam dengan member2 aku nie. Tapi selepas belajar dari komplot kali ini, aku rasa aku telah menemui "seni" mengUDANG & insyaallah aku akan beli set mengUDANG sendiri nanti. TAK KENAL MAKA TAK CINTA beb!



Bertolak dari jeti Kampung Tabuan




Awal dah sampai kat rumah tekong sebenarnya, tapi biasalah tunggu menunggu maka jam 7.00am baru bertolak.




Mengantok aaa...




Ngantok + Sejuk. Brrrr....




Kalo air pasang takleh nak lalu bawah jambatan Kampung Pinyuk nie, Timing kena cun.




Sampai jer kat port, dah ada yang paking dulu. G-Spot Hot spot tu beb!




Maka bermulah menGUDANG story...




Sega a.k.a. Shimpaku Yamadori (tah apa2 makna nya!) @ kazen aku nie, antara 'Guru Penolong Kanan' aku pada kali ini.




Sungguh mendamaikan... Pasal tu lah aku suka mancing nie. Hilang rasa stress 5 hari bekerja! Kepada wife2 pemancing yang membaca blog aku nie, tolonglah pahami sifat azali kami ini. Jangan kamu sahaja yang mengharapkan kami memahami kamu sedangkan kamu ambil mudah untuk memahami kami. Kamu list kan 10 permintaan sedangkan kami listkan 1. Ketahuilah oleh mu, "Sesungguhnya selepas kamu, hanya ikan & udang sahaja yang mampu 'mencair'kan hati kami..."




Di awal2 masa pancingan ini sering kali gak spesis ikan2 kecil yang tak diundang menganggu pancingan. Kalau saiz mama tu oklah gak, tapi yang nie aishhhhhh...!   




Ikan apa hah? Aron Aziz ke?

  



Nie pulak Baung ke?




Nie? Tah, aku masih lom pandai nak beza Baung, Belukang, Lundu. Cam sama jer bermisai & berjanggut.




Hah, nie pun sama! Kacau jer.




Aishhhh... ada lagi!




Puhahahaha... Aku hampir2 berjaya menaikan udang. Tapi teknik yang tak betul (macam nak hook-up ikan) mengakibatkan tu jer yang strike!




Nie hah Grand Master @ Pengetua a.k.a. Nazri (yang mengajar aku mengUDANG), dengan tangkapan yang pertama. Ensem cam memerang, tapi hasil mengUDANG cermelang! Jugak Man of the Match kali ini...





Ustad Syed @ Guru Disiplin mengUDANG jugak dengan tangkapan pertama beliau.




Sega dengan tangkapan pertama.
Aku suka pic nie... Terasa macam nak hirup Nescafe panas2 di awal pagi. Suasana tu kot...





Yes!!!! Akhirnya, atas ajaran sesat guru2 aku, berjaya gak dengan tangkapan pertama!





Sarip dengan tangkapan yang pertama (merupakan murid jugak sama level dengan aku) dalam komplot kali ini. Pun begitu, antara Top 3 dengan hasil mengUDANG yang lumayan.





"Apek" yang melayakan Nazri menjuari Carta mengUDANG kali ini.




 
Masih lagi dengan sabar bergurau dengan udang...
 



Fokus tahap Dewa! Gila serius weiiii... Takut udang nak gigit umpan!




Antara saiz yang boleh tahan gak. Banyak saiz yang macam nie kami dapat. Best & boleh tahan saiz tu woooo...!




 
Selepas masa mengUDANG tamat, inilah hasil yang aku dapat. Walaupun tangkapan aku yang tercorot kali ini, namun syukur alhamdulillah, secara peribadi itulah tangkapan terbanyak & terbesar yang pernah aku perolehi. Happy sangat2! Ofmer x-Deep tu hanya untuk perbandingan saiz.




Aku memang sengaja mengambil tangkapan pertama sahaja untuk laporan blog nie. Hasil memang banyak & tak larat aku nak snap 1per1... Selepas sesi mengUDANG tamat, sisa2 masa yang ada digunakan untuk casting pulak. Mana taukan. Nasib baik kami semua pun kaki casting gak. So tiada masalah casting selepas mengUDANG. Hanya Sega jer yang berjaya menaikan baby Bekut ke Ketutu?




Lesen saltwater 2014 beliau, katanya...




Macam2 gaya diaorang casting!




Fokus tu...




Boleh tahan gak spot kat sini. Tapi lom ada rejeki...





Jam 7.00pm kami menamatkan sesi komplot kali ini. Secara keseluruhan komplot ini suksess & KAMI TAK KUMPAU! Puhahaha... 
Walaupun aku tak sempat nak snap pic hasil tangkapan member2 yang lain, tapi memang banyak hasil diaorang. Purata lebih sekilo diorang dapat. Serius beb! 

Terima kasih buat member2 aku yang sudi mengajak serta mengajar & berkongsi tips mengUDANG ini. Aku telah temui "seni"nya... Tak sabar rasanya nak repeat lagi nanti! Till than, C U OLs NEXT TIME!




My catch - Osemmmmmmm & Mablessssssss...!