"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

24 December 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #50/2018


Tarikh  : 23/11/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 3.35pm - 6.30pm



Hoh, semakin terhad masa aku nak cast sekarang nie dek bebanan tugas. Hujung minggu asyik OT sahaja bagi menyiapkan kerja yang semakin berlambak di penghujung tahun. Walaupun aku standby set, konon2nya nak cast sekejap sebelum / selepas buat kerja, faktor cuaca pulak yang tak mengizinkan. Hujan memanjang. Hari nie lepas OT syukur hujan teduh lepas lebat amat tadi. Dapatlah buang gian jap...




Nampak beratus2 boiling?... Tak semesti boiling banyak tu mereka fenzy. Payah bena ko nak pujuk seekor beb!



 
Entah kali ke berapa ratus ribu aku cast, barulah sangkut seekor saiz curut. Sebelum tu ada lah jugak 2, 3 ekor curutron yang berjaya meloloskan diri dengan aksi akrobatik. Berjaya jugak aku menghanyirkan rod UL baru aku nie. Oh, BTW, rod Sailang aku masok bengkel. Nak kena "make-up & touch-up" sikit.



 
Species : Ikan Bulan @ Tarpon
Rod       : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Clouser Minnow (+ sinker)


 

Hanya seekor nie pengubat rindu & penghilang gigil. Pendek jer entry blog aku kali ini. Nak buat cam mana, tu jer rezeki yang tertulis.



 
Sampai senja berlabuh... Tiada lagi sambutan & tiada jugak saiz kasar menjelma kali ini. Masih belum berpuas hati sebab tak boleh nak uji rod baru ke tahap maksima... Agaknya Tarpon nie masih kenyang... Till next time bebeh!






 

  LURE(S) OF THE DAY

Clouser Minnow



 


 Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser