"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label DIY Lure - Angry Rat (AR). Show all posts
Showing posts with label DIY Lure - Angry Rat (AR). Show all posts

26 May 2014

Snakehead Report (4th week of May 2014)

Tarikh: 25/05/2014 (Ahad) 
Lokasi: Port Summer Mall(SM)
Masa  : 5.50am - 10.45am



Walaupun aku awal turun hari ini, namun firasat aku menyatakan bahawa Geng Jala Jaring gerenti awal lagi dari aku. So, malas lah nak turun rush. Relax2 jer lah bawak motosikal.

Sampai kat port SM, hrmmmm... memang benar firasat aku. Apa yang aku peratikan, kali ini jaring panjang gak dipasang. Walaupun tak menutup laluan keluar masok snakhead & untuk mengelak lure aku tersangkut dalam kegelapan so aku cast kat belah hujung yang tidak berjaring.






5.50am... Dari sini aku nampak samar2 jaring merentang kat depan.






1st catch - Snakehead (46cm)
Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: DIY lure "Angry Rat"
Status: C&R






Close-up.






Payah nak selfie camnie. Entah kali ke berapa aku possing...




Bila dah terang sikit baru nampak jaring tu. Rupa-rupanya geng pakcik Thai tu (baju biru) yang punya jaring panjang yang hampi2 memblock laluan keluar masok snakehead.

Bedasarkan pengalaman aku, jika hari Ahad, grenti pekerja kontrak SM atau group lain dah pasang jaring (kerana bercuti), tapi jika hari Sabtu aku rasa ada or jarang2 diorang pasang awal sebab masih bekerja.





Pakcik Thai & geng nya.






Perghhhhh... ular pun kena jaring! Hoh, next time kena hati2 nak ambil lure yang sangkut kat seberang.





Lepas kurang sambutan dari port utama nie, aku bertukar kat port yang satu lagi. Ari tu lure aku terkorban kat sini. So, aku mencuba untuk kali ke-2. Walaupun berjaya dengan seekor mangsa, namun bukan yang mengorbankan lure aku tu sebab tarikannya tak kuat.




2nd catch - Snakehead (45cm)
Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: DIY lure "Angry Rat"
Status: C&R






Close-up.








Sib baik member aku datang, so dia jadi kameraman.






Pastu aku balik semula kat port utama. Ada bebrapa kali gak rabut. Hanya 2 ekor yang bersaiz sekolah rendah jer dapat. Syukur alhamdulillah aku tak kumpau. Layannnn....




3rd catch - Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: DIY lure "Angry Rat"
Status: C&R






Close-up.






4th catch - Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: DIY lure "Angry Rat"
Status: C&R






Close-up.








19 May 2014

Snakehead Report (3rd week of May 2014)

Tarikh: 13/05/2014 (Selasa) 
Lokasi: Port Summer Mall(SM)
Masa  : 6.15am - 9.15am



Sempena cuti Hari Wesak, aku ambil kesempatan untuk terjah ke Port Summer Mall. Awal2 aku dah turun untuk mengelak berebut port dengan Geng JJ (Jala Jaring).

Air kat port tu masih kering dan keroh disebabkan hujan sekejap2 jer melanda. Masih mengharapkan hujan lebat agar air besar, barulah monster2 keluar beramai-ramai.

Apapun, syukur tak kumpau. Dapat seekor bersaiz kasar. 5 kali try baru dapat. Memang degil serta tercabar maruah aku sebagai seorang caster! Ceh...cheh...cheh...





Seawal 6.15am aku dah strt memburu.





Macam mati jer air tidak bergerak.





Nampak macam buih2 tu akibat orang menjaring & jala petang semalam. Air pulak tidak bergerak. Kurang sambutan kali ini. Ada pun dengar letupan besar tapi nun jauh dalam2 sana...





Snakehead (57cm, 1.7kg)
Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R





Tewas gak akhirnya. Good size of 57cm.





Close-up.





More than 1kg is awesome beb!




Another pose. Hehehe...






*FREESTYLE STREET FISHING*









Tarikh: 18/05/2014 (Ahad) 
Lokasi: Port Summer Mall(SM)
Masa  : 5.50am - 9.30am



Hoh, awal aku turun hari ini. Bukan apa, nak rezeb tempat sebelum Geng Jala Jaring datang. Alarm berbunyi 5.15am. Bersiap-siap & kemas2, terus memecut & sampai dalam pukul 5.50am. Port nie taklah jauh mana dari rumah aku pun.

Tapi bila dah sampai, kena tunggu sedikit cahaya matahari, sebab tak nampak nak baling lure. Hrmmmm...



5.50am... Awal sangat! Nak baling lure kat port pun tak nampak. Hambik kau! Hahaha...





Bila dah ada sedikit cahaya walaupun samar2, apa lagi tanpa membuang masa, aku terus memulakan aktiviti casting dalam kesejukan. Walaupun samar2, aku peratikan kondisi air tak begitu memuaskan. Nampak gak keroh.






1st catch - Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: DIY lure "Angry Rat"
Status: C&R





Close-up. Kecik jer...






Bila semakin terang, memang keroh lah. Adoiyaiiii... Puncanya?







Rupa2nya pakcik nie awal2 lagi dah turun dari aku pasang jaring. Aku tanya gak kat dia awal ke pasang jaring tu? Tapi dia buat dono jer. Mungkin tak dengar, aku kuat kan sikit suara, tah apa2 yang dia jawap. Aku pun tak paham.





So, aku interviewlah pakcik nie jap (konon2 paparazilah). Sekali dia cakap melayu sebijik2 jer & pelan2. Rupa2nya pakcik nie pekerja kontrak kat SM tu & berasal dari THAILAND. Wonderlah... 

Maka bermulalah sesi orentasi siap dengan bahasa isyarat sebab beliau tak pandai cakap melayu sangat. Sikit2 jer kata beliau. Rupanya pakcik nie pukul 5.00am dah turun pasang jaring! 

Adoiyaiiii... sia2 jer bangun awal! Hrmmm... Sambil2 tu aku perati hasil tangkapan pakcik nie boleh tahan gak. Ada ikan sepat & puyu banyak. Kasar2 gak saiz tu.





Pakcik nie ok sikit sebab dia tak rentang jaring menutup laluan keluar masok snakehead. Lagipun jaring beliau tak panjang. Takpe pakcik, sama2 gunasama port nie.





Tak lama pakcik tu kat situ. Lepas dia kutip hasil, terus dia cakap "Yo bro, Wa chow dulu!" - aku transelete ikut style generasi sekarang. Dia cakap "Pulang dulu", tu jer. Sesaja aku tambah "garam" sikit. Hahaha...

Lepas pakcik tu blah, datang lak satu lagi Puak Jaring Jala. Nampak saja kereta Kancil Putih tu, "Siap.... The most penjaring penjala yang kureng ajar & tidak bertimbang rasa!".  

Aku benci betul kat orang tua nie. Tahulah tempat nie bukan aku yang punya (BTW, bukan kau gak yang punya PAHAM!). Cuba korang pejam mata & majin jap, syok2 korang tengah cast, tetiba dia baling jala betul2 sebelah korang. Apa yang korang rasa? Rasa OREN

Tulah pek'el orang tua tu yang buat aku rasa eeeeee....!!!! Dah berkali2 aku kena dengan orang tua nie. Tu belum dikira dia tutup laluan keluar masok snakehead. Pasal nie lah yang membuatkan aku sanggup turun awal rezeb tempat tu.




Yang tak pakai baju tulah kurang ajaq! Habis dia rentang jaring kat situ. Macam 2 guni beras 10kg jer dia bawak jaring tadi.





Lepas penat membebel & kurang sambutan kali ini, akhirnya dalam rasa menyampah kat orang tua tadi, berjaya gak menaikan seekor lagi saiz kecik. Kali ini aku menggunakan lure Brekley Grub.





2nd catch - Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Berkley_PowerBait Power Gurb
Status: C&R





Close-up. Lama gak nak dapat yang ke-2 nie lepas dapat yang pertama tadi.




Sebelum menamatkan misi kali ini, "Last Card" aku cuba lak kat port seberang mengadap bangunan SM tu. Ada sambutan tapi rabut. Last cast tetiba berbunyi sikit drag aku ditarik beliau. Dah hook-up, tapi beliau diselamatkan oleh rumput dan kangkung. Memang heavy cover game jer rasa.

Aku tengok kat mainline (atas sikit dari leader) dah berbulu! Alamak... aku dapat rasakan bad news pasni. Masa tengah bergelut tu, aku cuba mencapai tali leader, tapi henjutan terakhir snakehead tu berjaya memutuskan tali mainline betul2 kat tempat berbulu tadi. Aku dah cakap dahhhh... 

Bukan rejeki aku kali ini. Yang penting aku tak kumpau & syukur dapat lepas gian casting...



*Ada lagi si tua tu buat hal kat port nie gak!!! Dah tak larat aku nak "buat dosa". Korang majinlah sendiri.








14 April 2014

Snakehead Report (2nd week of April 2014) + Renew Lesen BUJUK @ Forest Snakehead (Channa Lucius)

Tarikh: 13/04/2014 (Ahad) 
Lokasi: Port Summer Mall | Ladang Sawit Kampung Empila
Masa  : 6.30am - 6.45pm




Casting snakehead kali ini dibahagi kepada 2 sesi (1/2 day each). Ini kerana member aku dari Lundu teringin nak mencuba Demam Snakehead Kasar kat port Summer Mall di sebelah pagi. Petangnya pulak baru ke Ladang Sawit Empila.

Kurang berhasil tangkapan di kedua-dua port tersebut kali ini. Walau bagaimanapun, aku berjay "renew" lesen Bujuk @ Forest Snakehead @ Kiong (Channa Lusius) kat Ladang Sawit Empila.




Seawal 6.30 pagi aku dah cast.





Snakehead (60cm, 1.8kg)

Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Shimano Calcutta "Conquest 51"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Exori "Ultra", 40 lb
Lure: DIY Lure - "ANGRY RAT" (AR)





Good size - 1.8kg. Bestkan kalau selalu dapat saiz 1kg...





Close-up.





Another View.





Another pose!





As usual, CATCH & RELEASE  v('-^ )







Tengah2 seronok cast tu, datang gak musuh para caster - GENG JARING JALA! Dah semakin advance diorang. Siap pakai "tube" lagi. Adoiyaiiii... Ada gak  2 3 group yang "terpaksa" menunggu turn nak pasang jaring/ jalan disebabkan kali ini ramai yang casting.




Pakai tube sambil rentang jaring...





Meriah kali ini walaupun semakin menghampiri tengahari. Tapi tak tahu ngapa kali ini kurang sambutan daripada penghuni dasar...






Kul 2.00pm kami bertukar port lak. Kali ini menuju ke Ladang Sawit Empila. Sampai di situ  kami dapati ladang tersebut banjir sedikit. Yesssss! Aku suka kalau banjir sedikit camni berbanding banjir penuh.

Kali ini pun kurang berhasil, bukan takda sambutan, tapi majoriti "lure" yang kami gunakan sekadar "ditampar" & "dicium" sahaja. Payah benar nak hook-up! Banyak gak saiz kasar tapi dah bukan rejeki kami kali ini. Apa pun, hanya seekor Bujuk yang berjaya dinaikkan dalam komplot kali ini...



Lama dah tak komplot togather-gather camgini. Bersama krew baru.





Snakehead - Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius)

Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Shimano Calcutta "Conquest 51"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Exori "Ultra", 40 lb
Lure: DIY Lure - "ANGRY RAT" (AR)





Close-up.






Walaupun kecil, inilah yang aku cari setiap kali cast kat Ladang Sawit Empila ini. Jack-pot of the day caught by me \(^-^)/





















07 April 2014

Snakehead Report (1st week of April 2014)

Tarikh: 05/04/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Port Summer Mall, Kota Samarahan 
Masa  : 7.00am - 10.30am




Hari ini aku akan bawak family bermalam kat rumah mak aku. So, sebelum tu aku ada masa lebih kurang half day jer untuk cast. Takde tempat lain sebagai pilihan & emergency - Port Summer Mall. 

Alhamdulillah, berjaya menaikan 2 ekor jer kali ini. Janji dapat lepas gian. Kedua-duanya selamat di C&R...






1st catch - Snakehead (57cm)

Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Shimano "Amenista"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Exori "Ultra", 40 lb
Lure: DIY Lure - "ANGRY RAT" (AR)





Close-up.





Selfie from the ground. Payah gak takde tripod nie...





2nd catch - Snakehead

Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Shimano "Amenista"
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Exori "Ultra", 40 lb
Lure: DIY Lure - "ANGRY RAT" (AR)





Curut pun curut. Janji strike! Hahaha...







*FREESTYLE STREET FISHING*