"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

20 February 2017

Riveria Strike 02/2017: Talapia


Tarikh  : 18/02/2017 (Sabtu)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 6.30am - 3.00pm



Tersedar aku dari lamunan jam 1.00 pagi, hujan mulai lebat. Aku terus bangun & bancuh susu anak aku. Biasanya time kul 2.00 pagi otomatik beliau panggil aku dengan mata yang masih terpejam; "Bahhhhh... Nenen!". Aku pun seolah2 otomatik gak bangun jam 12am, 2am & 4am (purata setiap 2 jam setiap hari) bancuhkan susu untuk beliau. Mem aku lak, aku biarkan jer dia tido. Kalau weekdays dia biasanya bangun pukul 4.30am siapkan barang2 lain untuk keperluan sekolah anak2, sarapan & siap2 barang2 nak turun kerja pulak. Biar dia rehat cukup2. Aku memang selalu otomatik biasa dah bangun setiap 2 jam pun...

Hrmmmm... kalau hujan berterusan gini mau tak cast aku. Apa2pun tunggu jam 6.00 pagi (yang aku setkan), nengok cam mana.

"Ringgggggggg...!" Alarm aku berbunyi. Lepas bangun & kemas segala2, hujan tapi tak lebat. So, aku teruskan misi ke Riveria lagi sekali. Target utama aku nak memBulan tapi bila lepas hujan lebat cam awal pagi tadi kompom Bulan malas nak keluar...





6.30am aku dah di sini. Hujan masih lagi rintis2. Kemas lagi sikit & buat final check set casting sebelum keluar dari kereta.





Walaupun air keruh sikit, spek jenis polarized amat berguna. Dapat jugak melihat dengan terang / jernih sikit air tu... Ternampak oleh aku Talapia jenis yang menyerang lure tempoh hari sedang "cari pasal" dengan Talapia lain. Antara keruh & samar2, aku cast lure Cultiva sp kat tengah2 zon "panas" tu. Nampaknya beliau mula menyerang sp aku.





2, 3 kali cast, sekali lagi sp aku dibuli hingga putus ekor lagi. Sejarah minggu lepas berulang! Ini bikin amarah! Asyik kena cukai jer sp kalau camni. Tak boleh jadi... Tak boleh dibiarkan. Apa, dia ingat aku beli sp nie pakai air lior ke? Terus aku tukar lure - Ofmer Wonder 50 khidmatnya diperlukan...





Teknik yang sama aku gunakan kali ini. Aku panggil teknik nie; "Provoke & Waiting Game". Cast & kacau bagi Talapia tu marah & menyerang lure (ini part yang aku maksudkan - provoke)! Repeat berkali2 sampai Talapia tu hilang sabar & hilang akal (ini part yang aku maksudkan - waiting game)! Bila aku nampak lure aku dibawak lari, terus aku sentap sikit rod, maka strikelah...





Nahhhhh... Saiz kasar kali ini. Pecutan2 semasa fight tu, perghhhhhhh...!!!





Species : Talapia (1st catch)
Rod       : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader :  Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...





Pun begitu, walaupun strike, ianya masih "foul hook" sebab sangkut kat luar mulut. Bagi kes nie kat bawah dagu. Lantaklah, janji strike. Hehehe... Mana nampak sangat kat dalam air yang samar2 jernih tu dia sambar tang mana. Asal nampak dia bawak lari lure jer, sentap terus. Apa jadi lepas tu kira belakang cerita.





Lepas tiada lagi aktiviti kat port tadi & cuma tinggal Talapia yang jenis "baik2 belaka", aku berpindah kat port aku strike minggu lepas. Tanpa spek polarized, macam nie lah keadaan permukaan air, tak boleh nak berapa nampak sangat. Bila aku scan, kelihatan lagi sekali aktiviti "cari pasal" kat dalam tu. Terus aku guna teknik Provoke & Waiting Game lagi.





Kali nie, lagi lama waiting game... Beliau nie lain sikit. Main acah2 nak serang. Tak menyerang terus macam yang sekor tu tadi. Kat bawah dasar tu macam ada lekukan. Aku rasa sarang beliaulah... Tu yang dia jaga dari Talapia2 lain... Bila beliau menghilang jap dari sarang tu, aku cast kat sebelah2 jer yang berdekatan (sebab nampak Talapia2 lain kat situ, sesaja jer kacau2). Pastu bila beliau balik semula kat sarang nya tadi, aku provoke lagi. Memang lama aku memujuk hingga ke tahap beliau benar2 hilang sabar. Tetiba beliau meluru agresif sikit & terus menyambar Ofmer Wonder aku [marah nya!] Sentap sikit & strike!





Kasar & lagi besar kali ini! Memang beliau marah sangat2! Fight tengah berlangsung nie!





Yoshhhhhhh... Berjaya dinaikan selepas beliau kepenatan! Fight yang sungguh nikmat & mendebarkan! Oh indahnya donia kalau purata saiz camgini strike selalu. Alhamdulillah, syukur...





Species : Talapia (2nd catch)
Rod       : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader :  Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...





Kali ini aku berpuas hati sangat2! Solid hooked-up. Akhirnya baru aku merasa strike yang sebenar (dalam mulut). Ke2-2 Talapia nie aku tapau (masa balik tu aku sedekahkan kat Penjaga anak2 aku. Lama dah tak bagi diorang ikan). Sampai 11.30 am, aku stop. Gi tempat lain kerana ada "Misi Kemanusiaan" - mencari Snakehead untuk family sahabat yang memerlukan. Tapi dapat saiz halus jer & tak sampai hati aku nak bagi. Next time aku cari lagi...








 LURE(S) OF THE DAY

Masih berjasa & cemerlang lagi sekali... Wonder yang bawah tu masih aku gunakan.















  

13 February 2017

Riveria Strike 01/2017: Talapia


Tarikh  : 12/02/2017 (Ahad)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 6.30am - 5.00pm



Hujan lebat di sebelah pagi memaksa aku untuk menukar lokasi yang tidak dirancang ke Lundu kononya nak mengelak hujan. Sepanjang perjalanan ok jer. Tapi semakin menghampiri Lundu, hujan bertambah lebat. Terus aku memecut ke Belungei sambil mengharapkan hujan reda. 

Hanya sempat 10 minit cast, memang takde ampun2, hujan lebat bagai ribut melanda. Rekod terpendek aku cast di Belungei beb! [Redha...]
Maka memecut balik semula aku ke tempat asal. Terus aku ke Riveria tanpa menaruh sebarang harapan... 




Dah beberapa spot kat sini diterjah, tetiba aku terpandang spesis Talapia yang lain sikit coraknya kat sini (time kena snap nie beliau tengah menyelam da..). Nampak jelas berbelang kat atas kepala. Kalau kita tengok dari atas kepala ikan Toman, ada corak yang beselerak tu kan?. So yang Talapia nie bercorak jugak kat kepala tapi berbelang selari. Aku try cast pakai sp Cultiva, diserang & dibahamnya ekor. Putus lah ekor sp tersebut...





Terus aku tukar pakai hard lure untuk bereksperimen. Kali ini aku pakai Ofmer Wonder 50. Aku cuba provok lagi & memang beliau jenis menyerang! Beberapa kali gak dia gigit kat badan & bulu pada hook. Bila aku nampak dia gigit bulu hook tu terus aku sentap sikit rod lalu sangkut trible hook tu kat mulutnya. Yes, strike! Kuat beliau melawan cuba melarikan diri, best layan fight wooo...





Species : Talapia
Rod       : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader :  Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : C&R





Pada mulanya aku ingatkan beliau gigit bulu beserta hook sekali, tapi bila dah dinaikan rupa2nya sangkut dari sebelah luar. Kira foul hooked gak lah nie. Sikittttt jer lagi hook tu masok dalam mulut. Aku rasa kalau saiznya besar sikit baru mulut beliau dapat bukak besar & telan sekali hook tu. Apa pun akhirnya aku jumpa spesis Talapia yang menyerang lure.




Ilmu yang aku perolehi setelah lama memerhati pek'el Talapia kat Riveria nie. Peratikan perbezaan kedua2 spesis nie. Walaupun yang aku dapat pada 2016 tu dah kira saiz besar & matang, jelas sekali perbezaan corak, sirip & warna bagi membezakan Talapia mana yang jenis menyerang lure atau jenis yang makan lumut sahaja. Setakat nie jenis kaler putih atau yang ada merah2 sikit tu (2016) belum pernah menyerang lure aku. Ke kena tunggu beliau nak mengawan baru beliau marah & serang lure agaknya...







 LURE(S) OF THE DAY

Kali ini aku pakai yang bawah sekali. Hook kat perut aku bukak. Hook kat ekor aku tambah bulu. Barulah aksinya mengila bila diretrived.









08 February 2017

Snakehead Report


Tarikh  : 01/02/2017 (Rabu)
Lokasi : Sri Aman
Masa   : 5.30pm - 6.30pm



Untuk 3 hari nie aku out station ke Bahagian Sri Aman atas urusan rasmi. Risik2 dengan member2 kat situ diorang advise bawak jer set casting, just in case. Kalau ikut hati aku malas nak bawak. Bukan apa, setiap hari asyik hujan jer. Nasib baik 1st day datang hari tak hujan. Maka bermulah misi di hari pertama...




Kembali lagi aku di sini... Port Snakehead pertama aku di Sri Aman dahulu...





Belum lama aku cast, sampai kat kawasan nie. Nun di selekoh maut sebelah kiri tu lure aku cast betul2 di tepi rumput. Terus ada 1 sambaran tapi miss pulak. Aku perlahankan sikit retrive hingga membuat pemangsa tadi terus memfollow & melakukan serangan yang ke-2. Strike kali ini. Agak berat aku rasa di hujung line.





Masa fight tu aku lihat seperti kelibat Bujuk. Eh, biar betul nie? Bisik hatiku. Semakin dekat memang sah sang Bujuk! Cubaan beliau hendak menggunakan talian hayat - menggunakan teratai, tidak berhasil. Rod aku gunakan keras sedikit kali ini. Dengan mudah aku tarik beliau keluar dari kawasan teratai. Mistake ko beb!





Species : Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius)
Rod       : Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel      : Shimano_Caenan 101
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R





Perghhhhhh... Bujuk tepi parit! Heaven sungguh tempat nie.



  
Setelah jauh gak cast & hari dan semakin beransur gelap, aku pun berkemas pulang. Cukuplah dulu untuk hari yang pertama aku di sini. Insyaallah, esok misi ke-2.








Tarikh  : 02/02/2017 (Khamis)
Lokasi : Sri Aman
Masa   : 5.00pm - 6.30pm



Hari ke-2 pulak aku bersama Azizul. Kali ini jauh sikit tempat yang diterjah. Banyak tempat yang airnya agak besar sebab malam semalam hujan lebat. Ada jugak tempat yang melimpah airnya sampai kat atas jalan raya.

Namun kumpau. Beberapa kali miskol & rabut jugaklah. Kebanyakan tempatnya indah namun tak berpenghuni. On the way balik, kami singgah sekejap kat area parit by-pass Sri Aman - Lingga (hujung lagi dari tempat aku cast semalam), parit yang baru diclear dalam 3 bulan lepas gitu kata Azizul.





Parit nie baru 3 bulan diclear. Luas & besar gak parit nie. Time nie hari dah start semakin gelap disebabkan awan mendung. Kena cepat2 cast nie!
 



Daya tarikan nak cast kat tengah menggoda sungguh. Tapi aku lebih suka cast kat tepi2 & kawasan yang berstruktur. Biasanya kat tengah tu jarang2 ada sebab tiada tempat untuk ikan nie bersembunyi buat ambush. Seperti yang aku duga, serangan meluru keluar dari kawasan berumput sebelah kiri tu!




Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel      : Shimano_Caenan 101
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R
 
 


Solid hooked-up! Sang mama nie walaupun tak besar sangat, namun memberi fight jugak. Asyik nak memecut kat kawasan berumput semula...



Sekelip mata hari berubah. Hujan yang lebat terus melanda. Aku yang tengah berusaha mengeluarkan lure dari mulut snakehead terus dihujani dengan lebat. Tak sempat aku berselfie. Terpaksa aku dan Azizul menamatkan terus misi. Nasib baik kali nie menggunakan kereta Azizul. Kalau tidak memang basah kuyup kesejukan!







 
Tarikh  : 03/02/2017 (Jumaat)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 5.00pm - 6.00pm



Home sweet home... Syukur selamat perjalanan pulang ke tempat asal selepas out satation di Bahagian Sri Aman. Selepas mengemas semua barang2 & rehat2, aku tengok jam lebih kurang berbaki 1 jam lagi sebelum mengambil anak aku balik, aku buat keputusan untuk terjah di port parit sawah padi cam biasa.



Hrmmm... Heavy cover. Tiada masalah bagi aku, bahkan memberi keceriaan. Memang dah biasa jumpa & main kat port camgini. Hanya nak tunggu dapat ke tidak jer lagi. Hehehe...



 
Best namun kosong kali ini... Langsung tiada sambaran.



 
Namun tidak di sini... Lure aku biarkan lepak atas teratai. Aku gerak2kan main atas teratai tu. Pause sekejap & tiba2 satu aksi yang memukau berlaku di hadapan mata aku. seekor snakehead melompat tinggi keluar dari air berdekatan lure aku, membuat aksi terjunan Pandelela Rinong (tak lah sampai tahap berpusing2 tu...), dengan mulut terbuka terus landing tepat2 kat lure aku! Wow! sayang tak pakai action camera beb! 1st time aku tengok aksi gitu.




Terus beliau melarikan lure aku disebalik teratai & rumput. Namun tidak sama sekali aku beri peluang. Rod Expert Graphite sungguh membantu kat kawasan yang heavy cover ini. Yes, berjaya aku naikan saiz bujang!




Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel      : Shimano_Caenan 101
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R





Tu dia... SureCatch Tiny Frog aku yang dibahamnya.





Selepas port nie aku beralih kat port lain lak. Rabut aku kat situ saiz yang kasar & tak sempat aku pump keluar beb! Aku dah mark & locked tempat tu. Bukan kali pertama rabut di tempat yang sama. Berkali2 gak. Kali ini aku memang comfirmed dah lokasi ambush beliau. Siap ko lepas nie!




 


 LURE(S) OF THE DAY
Minggu nie aku masih menggunakan SureCatch Tiny Frog. Masih lagi berbisa & berjasa.