"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Kuying_Thunder. Show all posts
Showing posts with label Kuying_Thunder. Show all posts

08 March 2017

Riveria Strike 04/2017: Tilapia


Tarikh  : 28/02/2017 (Selasa)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 7.30am - 3.30pm



Start semalam aku mula bercuti 5 hari. Semalam aku tak cast. Aku mencabut rumput kat rumah sepanjang hari. Kiranya training tangan lah nie sebelum cast. Hahaha... Walaupun aku masih belum berpindah & sebelum rumput2 tu bertukar menjadi hutan belantara, baik aku cabut2 jer rumput2 tu. Sambil2 berpeluh, lagi lambat rumput tu nak tumbuh memanjang.

So, hari ini selepas selesai urusan menghantar anak aku sekolah, "Cik Ta" bermain lagi dalam kepala aku. Ada lagi ka yang masih sudi menyerang lure? Kena siasat nie untuk mendapatkan jawapan. Cehhhhh...





Spek tu penting. Korang kena beli yang jenis polarized supaya pandangan clear sikit tengok air yang samar2 jernih tu. Trust me, berguna amat! Serta datang kat port nie terus aku pelan2 menghendap untuk menyiasat!





Memang ada kelibatnya tengah bergaduh mempertahankan kawasan jajahan! Terus aku cast untuk mempastikan sama ada jenis yang menyerang lure atau tidak. Hoh, tanpa ragu2, beliau menyerang lure aku... Lama gak aku memujuk tetiba satu kelibat meluru pantas dari bawah rumput sebelah kiri aku & membawa lure aku balik semula kat rumput tu. Terkejut Boboiiii...! Terus aku sentap sikit rod. Fish on! Yesssss! Stim punya bent rod UL Kuying Teton yang aku gunakan kali ini. Perghhhhh... lazat woo!





Lain yang dipujuk, lain lak yang dapat. Rupa2nya ada 2 ekor yang menyerang lure kat situ. Kasih layan dulu... Wohoooo!




Good size! Abaikan muka aku yang serius tu sebab geram kat Talapia nie tak bagi kerjasama untuk sesi fotografi. Entah snap ke berapa nie baru nampak perfect posing beliau. Tapi aku lak yang tak perfect posing. Cis...





Species : Tilapia (1st catch)
Rod       : Kuying _Teton, 2-4 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Special Line x4_4 lb
Leader : Yamatoyo_8 lb
Lure     : Cultiva_Ring Kick Tail
Status  : Tapau @ Take a way...





Foul Hooked rupanya. Antara hujung mulut dan pipi.





Bila aku cari kembali yang seekor lagi tadi, dah takde kat situ. Mungkin beliau trauma melihat member nya kena cast. Hehehe... Tak jauh dari tempat tadi, ada macam "paranormal activity" lak aku tengok. Mesti siasat... Aku lihat kat dalam nie ada jugak Talapia tengah bermain2 cari pasal. Terus aku cast lure kat kawasan cetek tu.






Menyerang jugak! Baiklah, aktiviti meprovoked & waiting game bermula. Berkali2 gak kacau, namun hujung2 ekor sp jer "dipatuk2"nya. Kemudian aku tukar lure. Ofmer Wonder aku gunakan. Cast lagi & masih jugak belum "cun". Pastu mungkin tahap marahnya dah sampai limit, beliau gigit hujung bulu pada hook & inilah masanya, terus aku sentap rod & fish on bebeh!





Fight punya fight berjaya jugak dinaikkan. Yesssss...! Hari yang ceria bagiku. Apa? ada signboard tak boleh pancing? Mana? Kat belakang aku tu ke? Ooo... Kalau pancing duduk (membottom) memang tak boleh. Tapi aku Casting (berdiri & sentiasa bergerak), so dibolehkan! Itu pemahaman aku lah yang educated tahap SPM jer. Harap maklum...





Species : Tilapia (2nd catch)
Rod       : Kuying _Teton, 2-4 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Special Line x4_4 lb
Leader : Yamatoyo_8 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...






Lagi sekali foul hooked. Kali nie kat sebelah atas luar mulut.








LURE(S) OF THE DAY

















 

20 February 2017

Riveria Strike 02/2017: Tilapia


Tarikh  : 18/02/2017 (Sabtu)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 6.30am - 3.00pm



Tersedar aku dari lamunan jam 1.00 pagi, hujan mulai lebat. Aku terus bangun & bancuh susu anak aku. Biasanya time kul 2.00 pagi otomatik beliau panggil aku dengan mata yang masih terpejam; "Bahhhhh... Nenen!". Aku pun seolah2 otomatik gak bangun jam 12am, 2am & 4am (purata setiap 2 jam setiap hari) bancuhkan susu untuk beliau. Mem aku lak, aku biarkan jer dia tido. Kalau weekdays dia biasanya bangun pukul 4.30am siapkan barang2 lain untuk keperluan sekolah anak2, sarapan & siap2 barang2 nak turun kerja pulak. Biar dia rehat cukup2. Aku memang selalu otomatik biasa dah bangun setiap 2 jam pun...

Hrmmmm... kalau hujan berterusan gini mau tak cast aku. Apa2pun tunggu jam 6.00 pagi (yang aku setkan), nengok cam mana.

"Ringgggggggg...!" Alarm aku berbunyi. Lepas bangun & kemas segala2, hujan tapi tak lebat. So, aku teruskan misi ke Riveria lagi sekali. Target utama aku nak memBulan tapi bila lepas hujan lebat cam awal pagi tadi kompom Bulan malas nak keluar...





6.30am aku dah di sini. Hujan masih lagi rintis2. Kemas lagi sikit & buat final check set casting sebelum keluar dari kereta.





Walaupun air keruh sikit, spek jenis polarized amat berguna. Dapat jugak melihat dengan terang / jernih sikit air tu... Ternampak oleh aku Tilapia jenis yang menyerang lure tempoh hari sedang "cari pasal" dengan Tilapia lain. Antara keruh & samar2, aku cast lure Cultiva sp kat tengah2 zon "panas" tu. Nampaknya beliau mula menyerang sp aku.





2, 3 kali cast, sekali lagi sp aku dibuli hingga putus ekor lagi. Sejarah minggu lepas berulang! Ini bikin amarah! Asyik kena cukai jer sp kalau camni. Tak boleh jadi... Tak boleh dibiarkan. Apa, dia ingat aku beli sp nie pakai air lior ke? Terus aku tukar lure - Ofmer Wonder 50 khidmatnya diperlukan...





Teknik yang sama aku gunakan kali ini. Aku panggil teknik nie; "Provoke & Waiting Game". Cast & kacau bagi Tilapia tu marah & menyerang lure (ini part yang aku maksudkan - provoke)! Repeat berkali2 sampai Tilapia tu hilang sabar & hilang akal (ini part yang aku maksudkan - waiting game)! Bila aku nampak lure aku dibawak lari, terus aku sentap sikit rod, maka strikelah...





Nahhhhh... Saiz kasar kali ini. Pecutan2 semasa fight tu, perghhhhhhh...!!!





Species : Tilapia (1st catch)
Rod       : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader :  Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...





Pun begitu, walaupun strike, ianya masih "foul hook" sebab sangkut kat luar mulut. Bagi kes nie kat bawah dagu. Lantaklah, janji strike. Hehehe... Mana nampak sangat kat dalam air yang samar2 jernih tu dia sambar tang mana. Asal nampak dia bawak lari lure jer, sentap terus. Apa jadi lepas tu kira belakang cerita.





Lepas tiada lagi aktiviti kat port tadi & cuma tinggal Tilapia yang jenis "baik2 belaka", aku berpindah kat port aku strike minggu lepas. Tanpa spek polarized, macam nie lah keadaan permukaan air, tak boleh nak berapa nampak sangat. Bila aku scan, kelihatan lagi sekali aktiviti "cari pasal" kat dalam tu. Terus aku guna teknik Provoke & Waiting Game lagi.





Kali nie, lagi lama waiting game... Beliau nie lain sikit. Main acah2 nak serang. Tak menyerang terus macam yang sekor tu tadi. Kat bawah dasar tu macam ada lekukan. Aku rasa sarang beliaulah... Tu yang dia jaga dari Tilapia2 lain... Bila beliau menghilang jap dari sarang tu, aku cast kat sebelah2 jer yang berdekatan (sebab nampak Tilapia2 lain kat situ, sesaja jer kacau2). Pastu bila beliau balik semula kat sarang nya tadi, aku provoke lagi. Memang lama aku memujuk hingga ke tahap beliau benar2 hilang sabar. Tetiba beliau meluru agresif sikit & terus menyambar Ofmer Wonder aku [marah nya!] Sentap sikit & strike!





Kasar & lagi besar kali ini! Memang beliau marah sangat2! Fight tengah berlangsung nie!





Yoshhhhhhh... Berjaya dinaikan selepas beliau kepenatan! Fight yang sungguh nikmat & mendebarkan! Oh indahnya donia kalau purata saiz camgini strike selalu. Alhamdulillah, syukur...





Species : Tilapia (2nd catch)
Rod       : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader :  Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...





Kali ini aku berpuas hati sangat2! Solid hooked-up. Akhirnya baru aku merasa strike yang sebenar (dalam mulut). Ke2-2 Tilapia nie aku tapau (masa balik tu aku sedekahkan kat Penjaga anak2 aku. Lama dah tak bagi diorang ikan). Sampai 11.30 am, aku stop. Gi tempat lain kerana ada "Misi Kemanusiaan" - mencari Snakehead untuk family sahabat yang memerlukan. Tapi dapat saiz halus jer & tak sampai hati aku nak bagi. Next time aku cari lagi...








 LURE(S) OF THE DAY

Masih berjasa & cemerlang lagi sekali... Wonder yang bawah tu masih aku gunakan.















  

13 February 2017

Riveria Strike 01/2017: Tilapia


Tarikh  : 12/02/2017 (Ahad)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 6.30am - 5.00pm



Hujan lebat di sebelah pagi memaksa aku untuk menukar lokasi yang tidak dirancang ke Lundu kononya nak mengelak hujan. Sepanjang perjalanan ok jer. Tapi semakin menghampiri Lundu, hujan bertambah lebat. Terus aku memecut ke Belungei sambil mengharapkan hujan reda. 

Hanya sempat 10 minit cast, memang takde ampun2, hujan lebat bagai ribut melanda. Rekod terpendek aku cast di Belungei beb! [Redha...]
Maka memecut balik semula aku ke tempat asal. Terus aku ke Riveria tanpa menaruh sebarang harapan... 




Dah beberapa spot kat sini diterjah, tetiba aku terpandang spesis Tilapia yang lain sikit coraknya kat sini (time kena snap nie beliau tengah menyelam da..). Nampak jelas berbelang kat atas kepala. Kalau kita tengok dari atas kepala ikan Toman, ada corak yang beselerak tu kan?. So yang Tilapia nie bercorak jugak kat kepala tapi berbelang selari. Aku try cast pakai sp Cultiva, diserang & dibahamnya ekor. Putus lah ekor sp tersebut...





Terus aku tukar pakai hard lure untuk bereksperimen. Kali ini aku pakai Ofmer Wonder 50. Aku cuba provok lagi & memang beliau jenis menyerang! Beberapa kali gak dia gigit kat badan & bulu pada hook. Bila aku nampak dia gigit bulu hook tu terus aku sentap sikit rod lalu sangkut trible hook tu kat mulutnya. Yes, strike! Kuat beliau melawan cuba melarikan diri, best layan fight wooo...





Species : Tilapia
Rod       : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader :  Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : C&R





Pada mulanya aku ingatkan beliau gigit bulu beserta hook sekali, tapi bila dah dinaikan rupa2nya sangkut dari sebelah luar. Kira foul hooked gak lah nie. Sikittttt jer lagi hook tu masok dalam mulut. Aku rasa kalau saiznya besar sikit baru mulut beliau dapat bukak besar & telan sekali hook tu. Apa pun akhirnya aku jumpa spesis Tilapia yang menyerang lure.




Ilmu yang aku perolehi setelah lama memerhati pek'el Tilapia kat Riveria nie. Peratikan perbezaan kedua2 spesis nie. Walaupun yang aku dapat pada 2016 tu dah kira saiz besar & matang, jelas sekali perbezaan corak, sirip & warna bagi membezakan Tilapia mana yang jenis menyerang lure atau jenis yang makan lumut sahaja. Setakat nie jenis kaler putih atau yang ada merah2 sikit tu (2016) belum pernah menyerang lure aku. Ke kena tunggu beliau nak mengawan baru beliau marah & serang lure agaknya...







 LURE(S) OF THE DAY

Kali ini aku pakai yang bawah sekali. Hook kat perut aku bukak. Hook kat ekor aku tambah bulu. Barulah aksinya mengila bila diretrived.