"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

01 December 2014

ULTRALIGHT (UL): RemBULAN Kesiangan - Tambak Bako Strike 1


Tarikh: 25/11/2014 (Selasa) 
Lokasi: Tambak Bako, Kuching
Masa  : 07.30am - 12.30pm



Sepanjang minggu nie aku terlibat sebagai Pengawas Peperiksaan bermula dari 24 - 28/11/2014. Aku lihat jadual bertugas, cantikkkkkkk... 1st day hari Isnin tu jer aku jaga pagi sampai petang. Hari Selasa, Khamis & Jumaat kena shift petang. Hari Rabu lak tak bertugas.  

So, apa lagi yang harus aku buat bagi mengisi masa lapang di waktu pagi? Pasang strategi lah. Pantang ada ruang & peluang! Hahaha..

Kali ini aku nak meUL (meUltralight) Cik Bulan Tambak Bako. Banyak kali dah main Bulan sini tapi asyik keciwa. Masih belum hanyir set UL aku di Kuching / Samarahan ini. 

Antara port Bulan yang paling degil pernah aku temui. Memang aku respek kat member2 aku yang dapat cast Bulan kat Tambak Bako nie!





Air beransur surut. Time nie lah Bulan banyak keluar beriadah.





"Boiling" ada di mana2. Tapi payah digoda!




Pelbagai lure & sp dah aku try. Memang tak nak jugak Bulan nie sambar. Makin buat aku panas jer! Last2 aku pakai popper Ofmer. Mula2 tu aku try pelan2 retrive tapi takde respon. Kemudian aku main agresif lak. Aku retrive ala2 The Fast and the Furious gitu & walaaaaa... menjadi!





1st catch yang nie macam tak sengaja jer. Foul hook - sangkut kat badan & bukan kat mulut. Agaknya beliau tengah merempit dengan lure tu, hilang kawalan & terbabas lalu terhook kat body...
 




Species: Ikan Bulan @ Local Tarpon
Rod: Kanicen Nix, Leebass 6' 1-6 lb(KN-Leebass-001)
Reel: Hemingway, SMA1000
Line: Jig Man, 4 lb
Leader: Lemax, 10 lb
Lure: Ofmer 4D Popper 65F
Status: C&R





2nd catch. Kali ini solid hook-up. Sangkut kat mulut. Teknik yang sama aku gunakan retrive tu - The Fast and the Furious.





Species: Ikan Bulan @ Local Tarpon
Rod: Kanicen Nix, Leebass 6' 1-6 lb(KN-Leebass-001)
Reel: Hemingway, SMA1000
Line: Jig Man, 4 lb
Leader: Lemax, 10 lb
Lure: Ofmer 4D Popper 65F
Status: C&R




Akhirnya, puas betul rasa hati aku walaupun tangkapan tidak sebesar & sekasar Bulan di Telaga air (klik sini untuk story Bulan tersebut). Yang penting set UL aku dah hanyir di Kuching...





No comments:

Post a Comment