"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

26 October 2015

Boat Base 1/2015 - Kampung Sekambal, Lundu


Tarikh: 18/10/2015 (Ahad) 
Lokasi: Kampung Sekambal, Lundu
Masa  : 6.30am - 3.30pm



Lambat aku update kali ini. Sorry, pasal minggu lepas aku bz sepanjang minggu. So kali ini aku nak kongsi story komplot boat base pertama aku untuk tahun 2015. Memang tahun nie aku kurang main boat base. Dah nak masuk penghujung 2015 baru sekali turun.

Lokasi kali ini terletak di Kampung Sekambal, Lundu. 1st time aku main kat port nie. Komplot kali hanya berdua, aku & Mul sahaja. Geng Lundu yang lain tak dapat join kerana masing2 ada komitmen lain.






Jeti Kampung Sekambal.





Besar bot nie. Hanya berdua casting.





Aku & Mul. Misi bermula.





A few view sepanjang tebing.





Belum lama cast, satu sambaran kasar membaham lure Mul. Bermulalah aksi bertarung.





Hoh, MJ rupanya.





Strike pertama dari Mul, MJ kasar Sekilo lebih.





Belum lama bertukar port lagi sekali Mul strike kali ke-2. Seekor lagi MJ kasar. Kali ini 900 g lebih. Almost 1 kg jugak!

 


Akhirnya, strike jugak aku baby MJ.




Species: Mangrove Jack (MJ)
Rod: Exori_Super Lite, 2-6 lb
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Storm_ThunderCrank Madflash
Status: Tapau





Mul strike kali ke-3 dengan MJ sekilo lebih. Memang champion beliau!





Aku strike seekor lagi baby MJ. Kali ini aku menggunakan softplastic lure pulak. Ini merupakan strike aku yang terakhir.





Species: Mangrove Jack (MJ)
Rod: Exori_Super Lite, 2-6 lb
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man_"MinnowZ"
Status: Tapau





Kali ini Mul menggunakan kaedah trolling. Strike kali ke-4.





Kerapu rupanya.





Boleh tahan kawan. Memang rezeki dia hari ini. Man of The Match - 3 MJ, 1 Kerapu. Tahniah Mul!






Nie antara port yang strike MJ2 tadi time surut. Beberapa spot lagi diterjah & tiada lagi berhasil. Mungkin jugak air belum "baik" sepenuhnya. Mul memberitahu aku kebanyakan ikan kat sini suka gewang kaler putih. Semua strike beliau dengan 1 lure sahaja yang bewarna putih. Nice tips. Lepas nie akan aku pastikan tackle box aku mempunyai bekalan lure putih yang mencukupi. Next time repeat port nie. Best!






LURE(S) OF THE DAY

No.3 tu yang aku gunakan. Lupa lak nama kod kaler tu.





Strike ke-2 aku gunakan lure nie. Warna putih kena cari jugak lepas nie. Stok aku dah habis da...








No comments:

Post a Comment