"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

28 October 2015

Snakehead Report (4th week of October 2015)


Tarikh: 25/10/2015 (Ahad) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 3.30pm - 6.00pm



Misi asal hari nie nak mencari Sebarau kat port baru sekitar Kuching. Tah cam mana hari yang pada mulanya ok tiba2 hujan lebat. Dahlah time tu tengah cast. Terpaksalah aku & Kelvin stop awal di kala kumpau melanda. Last2 terjah beberapa port snakehead & kumpau lagi.

Memandangkan Kelvin dapat cast 1/2 day jer, menjelang tengah hari kita orang berpecah. Kelvin balik & aku meneruskan misi ke Riveria dalam hujan yang renyai2. Di Riveria lak miskol seperti kelibat ikan Bandang @ Ladyfish ku rasa. Dah disambarnya sikit bulu di hujung hook popper tetiba dia boleh buat emergency brake! Maka lagi sekali aku kumpau.

Last port, aku target kat taman permainan snakehead biasa kat sekitar Kota Samarahan. Akhirnya berjaya jugak strike saiz curut & beberapa kali rabut saiz kasar. Syukur dapat menghilangkan vibrate tangan...





Seawal 6.30am dah bertolak dalam misi mencari Sebarau. Lokasi 1 di Kampung Paya Mebi. Hari berjerebu + mendung.




Port nie menurut orang kampung, lebih kepada ikan Lampam. Ada pakcik yang balik dari menjaring aku lihat membawa ikan Kaloi yang agak besar. Kami kumpau di port 1 nie.





Port ke-2 di Kampung Landeh. Dengan bantuan kawan Kelvin membawa kami ke sini. Menurut beliau, beliau pernah nampak penduduk yang menjaring memperolehi Sebarau bersaiz kasar kat sekitar tempat nie.





Belum lama kami cast kat sinilah tiba2 hujan pun turun. Maka terpaksa ditamat awal misi Sebarau kali ini. Takde rezeki da...





Selepas tengah hari kumpau di Riveria, aku meneruskan lone ranger cast snakehead pulak kat port biasa aku di sekitar Kota Samarahan. Belum lama, dapat snakehead curut yang pertama. "Vaksin" ini mula memberi kesan menghilangkan "vibrate" tangan aku.





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.





Beberapa kali tukar lokasi & kemudian baru berhasil dengan strike curut yang ke-2 pulak.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.





Sepanjang parit sawah padi ada beberapa sambaran kecil & kasar tetapi rabut. Setelah beberapa kali memujuk, barulah strike curut ke-3.





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.





Macam nielah kebanyakan port sepanjang parit sawah padi. Banyak lopak2 air yang dah mula bertambah & naik paras air. Kalau hujan berterusan mables dah port parit sawah padi nie. Yes! cepatlah hari hujan....




Sebelum balik sempat gak aku ambik Midin yang tumbuh meliar nie untuk dijadikan sayur dinner nanti. Pemos sayur nie kat Sarawak & Borneo. Kalau datang ke Sarawak & makan kat seafood, jangan lupa untuk memesan Midin Goreng Belacan! Sekali rasa pasti tak dapat dilupakan! Serius beb!






 LURE(S) OF THE DAY

Selagi belum hancur selagi tulah masih aku gunakan... Si baju hijau masih cemerlang!









2 comments:

  1. bro bile dpt komplot same. lone ranger je ni boring

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bro. Add FB (pijan madinil) dulu bro. Tinggalkan no.wsap/kontek nanti.

      Delete