"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

10 November 2015

Snakehead Report (1st week of November 2015)


Tarikh: 08/11/2015 (Ahad) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 4.30pm - 6.30pm



Hoh... Gegaran tangan yang kuat. Almost 2 weeks aku tak cast sebab mem OT. Semenjak 2 menjak nie musim monsun awal pulak. Boleh dikatakan tiap2 petang dah hujan lebat. So, petang nie aku plan cast port biasa. Aku tahu port tu dah mula banjir...




Hoh, diorang dah tepek batu kat sini. Cantiklah. Tiada lagi lalang & rumput serta tanah becak yang menghalang motosikal bahkan kereta untuk sampai kat sini. Kekadang tu seram gak parking motosikal jauh2 (nampak tak jengkaut kaler oren kat hujung tu? Sampai situ jer kenderaan dapat parking dulu). Kalau tak double lock abislah. Berdekatan area nielah Mat & Minah Rempit beraksi setiap Ahad...





Harap2 diorang tepek semua jalan kat sini nanti. Masih lom siap sepenuhnya.





Masih belum banjir sepenuhnya. Hujan sepanjang minggu nie baru cantik. Padi tu pun kira masih baru tumbuh. Time nie dah nak balik. Masih kumpau waktu tu. Sampailah kat sini kira dah last cast, tetiba satu ambush dari tepi menerkam lure aku...





Yes, strike sekor saiz curut. Tak jadi kumpau. Haha...





Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: Lure Factory_Combait
Status: C&R





Close-up. Hanya sekor pengubat vibrate tangan, syukur...









  LURE(S) OF THE DAY

Lure dari jenama Lure Factory - Combait. Hanya bersaiz 4cm. Murah & aksinya x menarik sangat. Kurang sangat "jump"nya. Tenggelam bila dipause. Nanti aku try lilit timah kat hook tu. Mana tahu kalau berat sikit hook tu baru sesuai dengan lagu "Lompat Si Katak Lompat... Lompatlah Tinggi-Tinggi"... Hrmmmm.










 

No comments:

Post a Comment