"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

23 November 2015

Snakehead Report (3rd weeks of November 2015)


Tarikh: 18/11/2015 (Rabu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 1.30pm - 3.30pm




Lepas traveling ke Miri - urusan kerja, aku apply cuti hari nie. Lagipun anak aku ada majlis penyampaian hadiah gak. So, aku & Mem attanded Majlis tu dulu. Pastu aku hantar Mem kerja. Balik rumah, aku kemas2 apa2 yang patut & terus gi kat port biasa di kala matahari masih tegak di kepala. Apa leh buat, ketar dah tangan beb!




Walaupun panas, dari kejauhan mendung semakin menghampiri. Tambahan angin kuat mula bertiup. Cabaran melempar lure ke kawasan sasaran diuji sepenuhnya dalam suasana begini.




Memang payah nak landingkan lure tepat kat spot yang diinginkan. Pun begitu, Shimano Caenan aku yang masih dalam keadaan yang memuaskan, jauh jer "menghantar" lure. Aku retrive laju dahulu. Ada sambaran tapi "miss" sebab laju sangat. Aku ulang & kali ini perlahan + pause sekejap kat kawasan yang berhalangan.





Yes, dapat jugak aku naikan akhirnya.






Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Hoh, baik pun sangkut!




Lepas tu aku cast lagi & sepanjang parit sawah padi nie, ada jugaklah sambaran yang rabut dari yang curut. Pastu aku beralih kat port lain lak.





Tu dia... Teratai yang semakin mengheavy cover tempat nie. Mula cast, takde pa2 yang berlaku. Pastu aku guna lagi teknik retrive + pause sekejap (tapi kali ini aku pause lure tu atas daun teratai) - sekitar area tengah tu, & sebaik sahaja lure aku mula terjun berenang dari teratai, terus disambar sang snakehead!





Hoh, rupanya beliau dah standby ambush bawah teratai, malang bagi beliau. Hahaha...





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Walaupun lepas nie ada berkali2 gak rabut, disebabkan kesuntukan masa (nak amik Mem balik kerja), hanya 2 ekor nie sahaja yang berjaya aku naikan. Kebanyakan teknik retrive + pause jap menjadi lak seminggu 2 nie sejak aku amalkan, jika teknik fast, medium & slow retrive tidak menjadi.









 LURE(S) OF THE DAY

Masih cemerlang & osem!










No comments:

Post a Comment