"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

17 November 2015

Snakehead Report (2nd weeks of November 2015)


Tarikh: 11/11/2015 (Rabu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 5.30pm - 6.30pm




Lepas balik kerja & siap semua urusan, kemas2 ala kadar, terus start motosikal, pecut ke port biasa snakehead. Hoh, bukan apa, hari Ahad lepas, sawah padi tu mula nak banjir. So aku menjangkakan lepas 3 hari agak2nya mungkin semakin banjir. Lagipun aku masih geram kat satu area kat situ ada saiz kasar yang tak berjaya dipujuk keluar.

Tapi time tiba kat port nie, alamak... Air mula kering pulak! Tak sempat banjir sepenuhnya lagi nie. Aku memang menjangka ada snakehead yang terperangkap kat saliran parit / lopak2 air. Just rasa tak puas ati tahap banjir tu belum maksima. Mintak2lah hujan berterusan...




Hrmmmm... Kesan banjir tak jadi meninggalkan lopak2 di sawah padi. Beberapa spot lopak camgine aku cast, ada gak snakehead yang mengejar lure tapi curut amat. Sehinggalah aku jumpa lopak nie yang ada "rintis2 hujan" - bermakna sekumpulan babies snakehead sedang bermain! Apa lagi, aku terus cast bertubi2 lure mengacau babies snakehead dengan pelbagai cara retrive, bagi memujuk mama @ papa nya keluar. Fast, medium, slow retrive semua aku buat & bila aku gunakan teknik slow retrive + pause sekejap, tetiba satu sambaran ganas membaham lure aku!





Yes, Mama / papa yang masih muda berjaya aku naikan! Hebat melawan gak dia nie walaupun lopak tu cetek. Sib baik padi belum tumbuh tinggi, tu pun beliau bawak lure main selam celah2 akar rumput!





Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Muka degil tapi poyo!







LURE(S) OF THE DAY

My all time peberet! Orenji si bijik Kelapa sawit. Hahaha...












Tarikh: 14/11/2015 (Sabtu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 4.30pm - 6.30pm




Kali nie air naik lagi. Berbeza dengan suasana seperti report kat atas, korang leh lihat perbezaan tahap banjir yang semakin bertambah. Cuma kali ini agak sukar untuk menangkap snakehead yang berenang semakin jauh mebawa anak2nya.
Lagi tinggi, lagi best. Biar mereka berkumpul & main jauh2 dulu. Pasnie bila time surut, banyak yang akan teperangkap kat lopak2.





Kat sini 2 3 kali aku rabut, ambush dari tepi. Aku biarkan dulu & cast kat tempat lain. Habis round, baru balik kat sini lagi. Kali ini aku main secara perlahan2 + pause...





... & berhasil lagi sekali teknik nie. Berjaya jugak akhirnya.




Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.





Yang nie aku cast kat seberang berdekatan anak2 padi tu. Tarik pelan2 tapi takde sambutan. Tapi sebaik sahaja lure aku jatuh kat depan tebing tu, terus disambar ganas.





Tengok, habis ditelan oleh saiz kasar.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.






LURE(S) OF THE DAY
 
Dah start cedera parah lure aku nie...










No comments:

Post a Comment