"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

30 November 2015

Snakehead Report (4th weeks of November 2015)


Tarikh: 25/11/2015 (Rabu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 6.10pm - 6.35pm




Aku geram betul kalau setiap hari Rabu masa nak balik kerja, "jiwa aku dah berada kat parit2, pegang rod & standby nak cast", time tulah macam2 hal! Ada2 jer pesanan penaja, lambat itu lambat ini, mintak itu mintak ini hingga menyebabkan aku lewat balik dari opis. 

Bila time ambik anak2 aku lak, time tulah jugaklah diorang meragam... Why? Why selalu terjadi pada hari Rabu time aku nak cast? Dahlah masa pendek jer aku ada sebelum hari gelap. Aishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....!  

Sorry emo lak. Takde tempat aku nak meluah, hanya kat blog nie jer yang setia mendengar & berkongsi suka duka hidup aku...





Pulas minyak motosikal 80-100 km/j, sampai kat port biasa dalam 6-7 menet (cer try ko bawak motosikal laju tu & tengok jauh mana dlm masa 7 menet. Camtulah jauh port nie dari rumah aku). 6.10pm baru nak cast? Kat sini 6.30pm dah start nak gelap hari. Pasal tulah aku "berapi" sangat kalau time aku short cast setiap hari Rabu macam2 masalah... Time nie dah beberapa kali rabut & napas masih belum normal lantaran merempit tadi. Bila cast lak, birdnestlah, over shoot (lure melepasi sasaran), lure sangkut lagi... Bila dah "tenang" sikit, baru kembali menemui rentak - Strike seekor.





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.





Tengoklah, belum lama aku strike tu hari cepat lak jadi gelap. Aku jalan & cast sampai kat titi kat hujung tu sebelum hari gelap sepenuhnya. Namun sekadar sambaran kecil yang rabut. Hanya seekor tu jer yang berjaya aku cast dalam masa yang terhad ini. Tapi sebelum tu sebijik lure aku terkorban jatuh kat kawasan air yang keruh. Ops menyelamat tidak berjaya disebabkan jarak penglihatan yang memang tak clear. Punca korban tu - klip tak kemas!






 LURE(S) OF THE DAY

Bila dah banyak kesan2 gigitan atau hook menebus badan lure nie sendiri, prestasi nya mula tak semables time baru beli. Lure yang sepatutnya floating, mudah jadi singking...










No comments:

Post a Comment