"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

12 October 2015

Snakehead Report (2nd week of October 2015)


Tarikh: 10/10/2015 (Ahad) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 2.30pm - 4.30pm



Niat di hati nak repeat main Fresh Water sebab ikan sasaran belum berjaya dinaikan, tapi kumpau pulak. Air besar & keroh. Kekadang heran gak aku, ngapa kat tempat lain tu keroh cam teh tarik pun leh nait gak Sebarau. Kat sine sebaliknya.

Sebelum main Fresh Water tu, awal pagi dalam 6.30am aku dah cast kat Riveria, namun miskol pun takde. 2 jam 1/2 jer aku kat situ. Bila takde sambutan terus memecut lone ranger lagi ke Bau...

Setelah balik kumpau dari Bau, sempat lagi mencari snakehead bagi menghilang gian. Port semakin kering yang menjadi kebiasaan tempat aku cast disasarkan...





Air memang cetek. Namun kehadiran teratai merupakan kawasan semulajadi buat "kaki skodeng" ini menunggu mangsanya. Dari jauh aku baling lure kat kawasan yang mula dipenuhi teratai, tetiba satu sambaran meletop menerkam lure aku.





Perlawanan ganas dari sang penghuni yang tak mahu mengalah melepaskan sang katak, akhirnya berpeluang untuk berposing dengan aku. Nampak sangat kebuluran & kelaparan snakehead nie dari cara beliau menerkam lure aku tadi.





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Hoh, cam tak puas ati jer ko?






Paling aku suka bila parit dah mula ditumbuhi teratai. Sekurang2nya tempat snakehead ambush, mengawan, main kejar2, banyak. Tapi kalau banyak sangat teratai nie bermasalah jugak kerana set Heavy Cover terpaksa digunakan. Setelah sepanjang parit nie aku terjah & tiada lagi sambaran, aku gi port ke-2.





Beberapa spot di port ke-2 tiada berpenghuni. Kat sini sekilas pandang macam takde penghuni jugak. Namun dari jauh aku baling lure betul2 jatuh kat kawasan berair atas tu, bammm... lure aku ditolak ke atas, berpusing2 jatuh tergolek! Bermulalah pertarungan menguji mental & kesabaran antara caster & snakehead...                                            Kemudian perlahan2 aku mendekati hot zone ini untuk memudahkan aku melempar lure. Beberapa kali baling masih belum ada respon (Hoh, sabar sungguh kau ye!). Entah kali ke berapa, baru beliau menerkam lagi lure aku & kali ini membawa ke dalam tanah. Aku sentap rod rasa sangkut tapi pada akar2 rumput. Bijak! Kataku.                                                Kemudian aku perati macam ada pergerakan yang sangat perlahan dari tanah & rumput bergerak keluar dari zon tersebut. Aku baling kat depan sedikit, 2, 3 kali twitch, lagi sekali sambaran ganas, aku biar beberapa saat & sentap, lure jer terbang keluar! Aku pujuk lagi sekali buat kali yang ke berapa, entah. Kali ini perlahan jer dia membaham lure aku, aku biar & goyang2kan rod sikit2 untuk mempastikan beliau menutup rapat mulut kemudian aku sentap ke atas dengan sekuat hati (cam ilang sabar jer dah aku nie pulak!)...





1 lagi pertarungan untuk menaikan snakehead dari aku & untuk melepaskan diri dari aku bermula. Rod memang sentiasa aku angkat & tali aku tegangkan sambil tangan meretrive BC tanpa henti2 (maklum BC aku masih baru, drag pun walau dikunci habis, masih bergerak disebabkan aku lom cuci habis drag yang bergrease. Namun akhirnya, kemenangan berpihak kepada mereka yang lebih bersabar (tu pun hampir2 mencarut kerana asyik rabut. Hehehe... Sib baik masih ada balance kesabaran!). Wohoooo...!





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. 51 cm... Sib baik ada back-up tape untuk sukat. Tape & penimbang lupa lak dalam bag lain. Lama dah tak fight size 50cm ke atas yang semakin super rare kini (mungkin kat tempat lain masih banyak).





Kat sinilah strike zone tu berlaku. Bila aku C&R balik snakehead tu kat sini, baru aku perasan anak2 nya keluar dari kawasan persembunyian di zon 1st masa mula2 fight tu. Rupanya sang mama!








 LURE(S) OF THE DAY

Si baju hijau berjasa kali ini. Sedikit pemerhatian aku untuk katak surecatch nie, kaler selain dari warna full oren (tiada dalam gambar), kepala oren, cokelet kuning & hijau muda (tiada dalam gambar), kebanyakan nya terlalu lembut & tidak tahan. Hrmmm...












No comments:

Post a Comment