"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

16 March 2015

Snakehead Report (2nd week of March 2015)


Tarikh: 15/03/2015 (Ahad) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 3.30pm - 6.30pm



Almost dapat lauk grade A aku semalam masa casting di Riveria - Selunsong /  Barramundi / Siakap. Rabut beb! Tali leader putus (rupa2nya berbulu). Walaupun drag tak kunci kuat, main line kat spool lak stuck hingga spool takleh bergerak. Sekali Selunsong tu pecut nak buat aksi akrobatik, terus putus. Dah lah aku geram sangat nak "feel" casting Selunsong pakai popper. Tekorban akhirnya popper aku tu! 

Bagi mengubat kekeciwaan, layan snakehead. Banyak rabut saiz kasar2 pulakkkkk...! Serba-serbi tak menjadi semalam. Mula2, alarm henpon dah set kul 5.30am, aku sedar pukul 7.30am. Rupa2nya bateri flat! Terperangkap dalam hujan. Rabut Selunsong. Rabut snakehead kasar. Last2 sekor jer strike. Redha segala-galanya... & Please try again!





Port yang semakin mengering kini kembali banjir. Tapi belum cukup besar. Kalau besar lagi banyak yang saiz kasar2 tu keluar.







Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R







Tercekik member!







No comments:

Post a Comment