"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

27 May 2013

Snakehead Report (4th week of May 2013)


Antara 20 - 25/05/2013

Laporan 1 (20/05/2013)

Casting kali ini selepas balik kerja, cam biasa lebih kurang dalam 45 minit untuk menduga spot Belao di sekitar parit yang berpotensi. Beberapa kali jugak rabut & hanya seekor jer yang hook-up. Itu pun masih belum baligh lagi... Kecik2 dah gangster! 


Belao bawah umoq! Kecik2 dah tunjuk perangai....


*FREESTYLE STREET FISHING*




 
Laporan 2 (21/05/2013)

Yang nie pulak seekor Belao bersaiz 29cm di spot yang aku panggil "Roundbout", Kota Samarahan. Agak kering juga dah parit / tali air sawah kat sini. Kemungkinan yang bersaiz kasar tu dah berjaya escape awal2 ke dalam lagi. Belum habis lagi spot ini diterjah. Baru suku jer. Next time cuba servei sampai hujung tu tengok camana...

      Teratai Layu di Tasik Madu... Memang sesuai sangat tempat ambush nie. Jauh ke dalam lagi tu aku belum terjah.


Encik Belao 29cm. Nie jer yang hook-up.


Close-up...


*FREESTYLE STREET FISHING*




 
Laporan 3 (25/05/2013)

Alhamdulillah... berjaya jugak aku cast Belao 1kg, 47cm! Inilah casting Belao aku yang paling besar setakat ini. Walaupun hanya seekor ini sahaja yang hook-up, namun aku cukup berpuas hati. 1st time fight saiz tu! Memang best beb, lebih-lebih lagi bila drag amenista aku dah "uzur" sangat2. 

Di minit2 pertama tu, walaupun drag dah dikunci habis, bergerak gak spool aku tu. "Makan  Rumpai Ali (versi Tongkat Ali), kah beliau dalam tu?" Tanya aku dalam hati, sebab gagah perkasa sangat! Berdebar aku di kala itu wei...! Biasalah hero kalah dulu... Pastu bila beliau dah penat main tarik tali dengan aku, akhirnya surrender jugak beliau! Kemenangan mutlak buat hero. Hahahaha... padan muka ko!

Owh, lokasinya hanya kolam yang terletak dekat kawasan DUN lama (Komplek kata orang Kuching), Petra Jaya. Kat situ ada 4 kolam. 3 di hadapan dan 1 yang paling besar dekat kawasan belakang. Hanya 1 kolam jer yang aku berjaya tawaf sampai habis. Lagi 3 balance time tu tak sempat sebab Thor dah berbunyi membawa awan nano kelabu bergumpul kat situ (tengok hasil kemenangan aku kot???). Mungkin ada yang bertanya ada tak guard jaga kat tempat tu? Setakat yang aku ketahui.... Tarakkkkk!

Snakehead - Channa Striatus / Haruan / Belao 
- 1kg, 47cm

Rod: Shakespeare "Neptune" 8-16 lbs (5'6")
Reel: Shimano "Amenista"
Line: Gladiator 15 lbs
Leader: Cap Ayam 30 lbs
Lure: Storm - Grub 3"


 Yesssss...! 1st time dapat saiz besar camgini! Best fight setakat ini...


 1kg.


 47cm. Pasni target 50cm ke atas...


Close-up...


 Lokasi kejadian... view 1.


 Lokasi kejadian... view 2.


Lokasi kejadian... view 3.


Selamat di Catch, Photo & Release...


"Susuk" misteri (kaler oren). Time nie lure aku masih kat mulut Belao & spare set pancing tertinggal dalam kereta. Arghhhhh... melepas! Agar kasar gak saiz tu, just tak jelas spesis apa. MayB Ikan Koi???


*FREESTYLE STREET FISHING*




 

No comments:

Post a Comment