"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

05 June 2013

Komplot UNsangkaRABLE - SABAH VOL.1 (PART 1)

Huuuuahhhhhhh.... Menguap kepenatan aku. Entry kali ini agak panjang & terpaksa aku bahagikan kepada 4 bahagian. Apa cerita yang panjang sangat tu??? Well, from 29 Mei 2013 hingga 4 Jun 2013, aku telah membuat "kunjungan hormat" ke Sabah bagi membalas "kunjungan hormat" rakan merangkap sifu selaku tuan rumah yang telah berkomplot last year ke Sarawak, iaitu Encik Treble Hook Samoi nama saintifik beliau.

Pada mulanya komplot ini mendapat sambutan dari rakan2 sekomplot yang lain. Tah cammana di minit2 akhir masa kecederaan hanya aku seorang sahaja yang kompom pergi. No hal punya! "Bulih ba kalau kau!" kata orang Sabah. Tujuan aku kali ini aku benar2 ingin menuntut ilmu terutamanya ilmu casting (yang aku miliki masih tersangat cetek) dengan para sifu & otai Sabah - BONGAWAN STYLE!  Lokasi kali ini di Bongawan yang terletak di Pantai Barat Sabah.

So berikut merupakan aturcara majlis yang telah disediakan oleh Pengerusi Majlis:-     

29/05/2013, Rabu    -  Arrive di Sabah: Aktiviti melawat kedai pancing.
30/05/2013, KhamisBoatbase: Aktiviti Jigging, Trolling
31/05/2013, Jumaat Boatbase: Aktiviti Casting di Delta Bintuka
01/06/2013, Sabtu   -  Relek2...
02/06/2013, Ahad    -  Boatbase: Aktiviti Casting di Delta Weston
03/06/2013, Isnin     -  Boatbase: Aktiviti Jigging

Fiuhhhhhh... penuh jadual! R U ready???? Jom, follow me!


Intro

Aku dimaklumkan bahawa 2 buah kedai pancing inilah yang paling pemos & glemer kat sini. By the way, barang2 kat dalam tu lebih murah dari barang2 kedai pancing di Sarawak. Why? I don't know!


Geo Fish Tackle


 KBS Tackles


30/05/2013 - DAY 1 

Seawal 4.45am lagi kami dah bangun untuk berkemas-kemas kerana jam 5.30am akan bertolak menuju destinasi - waktu standard kat sini...


Inilah bot yang digunakan. Hanya bertiga sahaja kali ini & cukup selesa.


 Here we go....!


 Masih lagi di kawasan sungai menuju ke muara sebelum merempit di laut.


 Di laut sudah...


Nampak tak macam "rumah" kecik2 yang banyak2 bersusun tu? Kat situlah spot yang akan diterjah.


Nie ha salah satu daripada "rumah" tu tadi yang telah roboh menjadi tukun, tempat yang sesuai untuk ikan bohsia & bojan melepak.


Makhluk Puaka inilah namanya jig. Kaedah digunakan adalah micro & light jig. Set ringan jer. Tak payah berat2.


 Bro Samoi memulakan aktiviti mengejig dengan ayunya...


 "Rumah" tadi yang tak roboh. Namanya BAGANG.

*Info tambahan. Kredit untuk owner blog info ini:-

"Bagang adalah struktur binaan di tengah laut , bertiang empat dan berbentuk empat segi. Keluasannya yang lazim adalah 20×20 kaki. Bagang berfungsi sebagai alat yang dibina untuk menangkap ikan bilis semasa bulan gelap. Terdapat banyak bagang dibina di beberapa lokasi di Sabah.

Bahan yang digunakan membuat bagang pula adalah pokok nibung, bakau, buluh, tali dan guni plastik. Batang nibung dipilih kerana batangnya yang lurus dan panjang hingga boleh mencapai melebihi 15 kaki. Jika dasar terlalu dalam, nibung akan disambung 2 menggunakan nat besi. Kebiasaannya, bakau dan buluh digunakan sebagai lantai. Untuk memacakkan tiang bagang, karung diisi dengan pasir dan diikat dengan tiang nibung untuk menenggelamkannya. Semakin banyak tiang, bermakna struktur bagang akan bertambah kuat. Ada juga sesetengah bagang dibuat terapung di laut dengan meletakkan tong-tong plastik dibawah lantainya."  - http://my.mustaffa.org/bagang-ikan-di-sabah


 Another view of Bagang.


 Hasil jigging yang pertama dari Bro Samoi.


Tekong Razi a.k.a Gundol juga dapat. Aku pulak yang belom ada lesen jig!- Kumpau!


Memandangkan sambutan yang tidak merangsangkan memberansangkan, maka aktiviti jigging ditukar pulak kepada trolling. Hasilnya lumayan amat! See for yourself... 


Yezzzzzz.... Lesen pertama aku menggunakan kaedah trolling. Tenggiri remaja a.k.a by local - Lemading.


 Another view...

 
 Close-up.


  Kemudian aku dikejutkan dengan tangkapan Bro Samoi. Ikan Lingkoh nama localnya a.k.a Alu-Alu. Perghhhhhh....! Gojesssss...


 Another view...

 
 Close-up. Tajam wooo gigi beliau!


Ada beberapa kali gak aku rabut tak betul2 hook-up. So Bro Samoi beri tip kat aku ketika ikan tu sambar lure, aku kena pastikan ikan itu hook-up dengan menyentap kuat2. Alhamdulillah, memang menjadik tapi yang lucu bagi aku ketika aku & Bro Samoi dapat Double Strike Ikan Lemading tu, masa nak ambik kamera untuk bergambar aku lupalah pulak ikan yang aku dapat tu bergantung pada rod tetapi di luar perahu. Apa lagi dengan sekali rontaran kamikaze daripada ikan tersebut terlepaslah beliau daripada mata kail, terus berdebushhhhh mengunakan aksi Pandalela Rinong membuat terjunan dan mendapat 8.5 markah dari aku. Cissss.... stupid simple mistake! Hahahaha....Takpe, learning bah...

Kemudian sekali lagi lure aku disentap 2 kali dengan separuh tenaga batin daripada sang ikan yang unknown spesisnya. "Jual pantun nampak encik ikan"... kataku dalam hati. Apa lagi aku balaslah pantun beliau dengan 2 kali gak sentapan kuat2 manja gatal & terasa seperti dah solid hook-up. Mungkin encik ikan tadi merasa gusi beliau sakit kena sentap maka dengan amarah tahap rasukan Hantu Kak Limah, beliau pulak dengan SEKALI sentapan yang kuat serta padu & "prakkkkkkk..." bunyi rod 8-20 lbs aku patah! Siap putus lagi tali braided 25 lbs. Lure pun kena tapau sekali! Bergetar perkinson tangan aku sekejap. Perghhhhhh... Itulah pengalaman pertama rod patah paling brutal yang aku rasai....

 
 Kejamnya diri mu mematah rod 8-20 lbs aku. Waaaaaaaa....


Maka terpaksa aku meminjam rod spare yang di bawa Bro Samoi. Nasib baik beliau membawa rod spare. Kalau tidak terpaksa aku berodkan pendayung! Dan...


Ehemmmm... ehemmmm.... STRIKE!!! Yihaaaaaa.... Ikan Lingkoh Pertama aku dapat sebagai pengubat kesedihan rod patah. 


 "Say Aaaaaa...!". Aaaaa....


 Close-up.


 Dengan semangat Pendekar Laut, sekali lagi aku STRIKE!!! Ikan Lingkoh ke-2. Osemmmmm!...


Close-up 2nd Lingkoh.


Melewati waktu tengahari, kami pun menuju ke muara untuk lunch. Dan nasib baik aku bawak Soft Plastic (SP) lure + Jika rig sempat jugak aku casting. Tanpa disangka-sangka, banglo Kerapu Bintik yang berpenghuni rupanya & hasilnya... 


 ... 1st Kerapu Bintik secomel Elfira Loy dengan menggunakan Storm Power Grub 3" sp. - selamat di C&R kerana di bawah umor.


 2nd Kerapu Bintik secomel Tiz Zakiah...


 3rd Kerapu Bintik secomel Neelofa...


 4th Kerapu Bintik secomel Fazura...


 5th Kerapu Bintik secomel Nora Danish... Selamat diC&R sebab belum cukup umor.


Bro Samoi yang berdarah mata & hidong melihat strike yang bertalu-talu dari aku & kerakusan sang Kerapu Bintik menyambar lure sp, akhirnya menukar hard lure kepada sp jugak & akhirnya berjaya mendapatkan seekor Kerapu Bintik secomel Lisa Surihani...


Memandangkan awan kelabu muncul & hari mula hujan rintik2, maka cukuplah aktiviti kali ini. Bolehlah sebagai pemulaan menuntut ilmu baru.


 Inilah hasil yang diperolehi untuk trip kali ini. Syukur alhamdulillah...


bersambung...



2 comments:

  1. stail lah pok.nang terbaik ngail di Sabah. paling best kail patah ya.sama lah nasib kt kail patah.hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nang best! Mun ekot ati aku tek seboleh-bolehnya aku xtvt boatbase ya semuanya casting ajak (sebab aku lebih kepada casting dr nok lain...), pakei ngato/ ngalus ilmu casting aku yg serba kekurangan... tapi pa boleh buat sinun pun demam micro / light jig juak. So belajar sekalilah gedong lom da pengalaman mengejig & trolling...

      Part rod patah ya nang dekat juak dgn muka aku. Masih segar bunyi rod patah ya! Hahahaha.... Mun dpt menatang ya nang saiz mega kali...

      Delete