"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

15 June 2013

Misi Mencari LESEN Selunsong_misi 04, Bulan @ Tarpoon Lak Dapat...

 
08/06/2013, Sabtu

Yang nie cerita last week. Hujung minggu sempena menghantar kirim barang ke Lundu, aku ambik kesempatan untuk terjah ke Belungei (solo casting), dengan harapan mencari selunsong. Selepas segala urusan aku selesai di Pekan Lundu, aku terus drift ke Belungei. Sayangnya aku sampai agak lewat. Air dah surut jauh.... Arghhhhhh.... stresssss! Nak buat camna, cast jerlah lepas gian.

Mula2 pakai SP jer, berkali-kali gak rabut. Pastu pakai hard lure, tapi "penghuni" kat dalam tu asyik main cium2 & langgar2 jer. Geramnyaaaa....! Mungkin dah time frenzy, aku tengok banyak Cik Bulan dengan saiz yang boleh dikatakan kasar jugak memunculkan diri. Terus Ofmer popper aku gunakan. Macam2 aksi akrobatik Cik Bulan buat, but still belum lagi sangkut. Siksa lure aku diperkotak-katik & dinodai mereka bergilir-gilir! Sampai menghampiri pantai pun masih lagi dia kejar tapi tak nak terkam.

Tah camna seekor tu dah tak tahan nafsu hingga klimaks melihat lenggokan buntut popper tersebut akhirnya melepas gelora yang mencengkam jiwa lalu menyambar dengan rakusnya popper tu. Saat yang aku tunggu2 telah tiba & dengan sekali "lafaz akad" yang kuat; "FISH ONNNNN.....", terhook-uplah beliau sambil digelak-gelak oleh rakan beliau yang lain (aku imajin). Tewas jugak akhirnya seekor bersaiz kasar.


 Alang2 dah sampai... cuba jerlah.


Surut amat... Alahaiiii.. 


Perghhhhh.... Kasar gak Bulan nie. 1st time aku dapat saiz camgini. Osemmmmm....! 


Rod: Shakespeare "Neptune" 8-16 lbs (5'6")
Reel: Shimano "Amenista"
Line: Ichiban 15 lbs
Leader: Cap Ayam 30 lbs
Lure: Ofmer 4D Popper 65F


Hampir jadi ikan masin akibat kepanasan melampau.... 37cm tu bro. Wow le jugak. Hehehehe...



Tu jer rezeki kali ini. Seekor pun alhamdulillah.... Better then Kumpau beb!



No comments:

Post a Comment