"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

18 June 2013

Snakehead Report (2nd week of June 2013. No snakehead casting on the 1st week).

Memandangkan 1st week of June aku masih lagi kepenatan balik dari Sabah, so takde xtvt casting belao yang aku buat. Hanya 2nd week baru ada. Ada "kekurangan" sikit rod yang aku gunakan memandangkan rod aku telah patah semasa di Sabah  - Rod spinning.

 
Laporan 1 (13/06/2013)

Untuk casting belao kali ini aku menggunakan spinning (untuk mengelak bebanan kerja yang berlebihan terhadap LPBC utama aku, kerana back-up LPBC rosak). Masalahnya rod spinning satu-satunya pulak patah. Nak tak nak maka terpaksa aku membelasah rod udang untuk melepas gian sementara menunggu payday hujung bulan. Belao nie jugak diCP&R...

Memang killer katak Sure Catch nie... Rod yang digunakan - Rod Udang cap ayam.


Troll Belao... Hehehehe...


35cm. 


King on top!



*FREESTYLE STREET FISHING*




 
Laporan 2 (14/06/2013)

Malam semalam, ada rakan2 FB yang mencari belao sebagai ubat ahli keluarga mereka yang lepas operate. Hoh, kalau diorang bagitau awal2, tak ku C&R belao semalam. So aku cuba membantu selagi terdaya.  Cuba spot semalam balik mana tau kalau belao tu "kembali ke pangkal jalan"...


Spot lain, yang nie kecik jer bawah umor. CP&R...



Kemudian aku berpindah tempat menuju ke spot semalam. Sekali lagi dengan katak Sure Catch yang killer tu & spot yang sama, aku agak terkejut sebab "penyewa baru" agak besar dari yang aku dapat semalam. Wow!


Tangkapan rod udang yang mables di kala Maghrib...


49cm / 0.93kg


Kamera & penimbang pulak problem. Terpaksa bawak balik untuk direkod sebelum diserahkan dengan member esok untuk tindakan susulan...


Hampir sekilo. Nikmatnya fight dengan rod udang! Hehehe....



*FREESTYLE STREET FISHING*





1 comment: