"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

14 June 2013

Komplot UNsangkaRABLE - SABAH VOL.1 (PART 4 - FINAL)


03/06/2013 - DAY 4 ( FINAL... )

Sampai jugak ke entry yang terakhir edisi Komplot UNsangkaRABLE Di Sabah (kali ini entry ini agak pendek & kurang bergambar). Acara yang mengakhiri edisi kali ini adalah jigging. Pada trip yang lalu, aku kumpau dalam acara jigging. Semoga kali ini aku beroleh lesen pertama sebelum aku balik ke habitat asal ku di Sarawak esok.

Untuk kesekian kalinya, jam 4.45am telah dikejutkan untuk operasi yang terakhir! Adoyaiiiii... Memang tak nyenyak tido di Sabah nie. Mengalahkan Kem Pandu Puteri Bina Semangat. Sendiri cari pasal sapa suruh. Padan muka & anggota tubuh badan aku! 

Jigging kali ini hanya sebuah bot yang digunakan & 3 orang jigger kali ini. Lokasi sasaran utama adalah... errr... tak tau nak panggil apa. Bacalah dulu. Pasnie aku tunjukan gambar spot tu.


Sang suria baru nak menyinar di kala aku yang masih mengantuk tapi sempat snap gambar.


Bro Samoi & Tekong harapan kali ini, Bro Tommy. Tak clearkan? Masih awal pagi da...


Keluar dari muara & menuju ke laut.


Nahhhh.... baru nampak. Hensemkan ke2-2 mamalia ini??!...


Dari kejauhan, Mount Kinabalu yang masih lagi menjadi angan2 aku untuk menjejak kaki sekaligus menawan puncaknya satu hari nanti. Insyaallah...



Lokasi kali ini tidaklah jauh sampai ke deep sea. Hanya melewati Bagang. Masih boleh nampak pantai le jugak dengan teknik renungan manja. Kali ini menggunakan bot dengan enjin 30 Kuasa  Kuda Laut, dalam 15-20 minit macam tu sampai ke destinasi.


Nie lah dia spot yang aku maksudkan tu. Sapa tau nama dia? Aku rasa nie tangki transit minyak Petronas sebelum sampai ke loji di darat.


Tengok view dari pelbagai angle.


Lagi gambar dia. 


Dan lagi (sebab last entry kali ini aku takde banyak gambar, so layan jerlah...).



Terdapat 2 TT (Tangki Transit jerlah aku panggil yek) yang pemes untuk jigging. So, yang nie TT 1. Air yang jernih hingga boleh nampak ikan kat bawah tu. Tapi awas, jig seringkali tersangkut kat sini. Ada rantai besar kat bawah tu. Kadang2 tak tau struktur apa yang menyebab jig sangkut.


Yesssssss.... Lesen akhirnya aku dengan kaedah jigging. Ikan ini dikenali sebagai Ikan Lapeh kalau tak silap.


Another view.


And opkos, master dengan hasilnya Ikan Merah.


Tidak ketinggalan Bro Tommy dengan Ikan Lapeh juga. Tapi beliau pakai 7 eye... 



Selepas kureng sambutan di TT 1 ini & Bro Tommy yang banyak dapat ikan saiz untuk cukup2 makan jer, kami berpindah pulak ke TT 2. Manalah tahu ada rejeki kat sana...


Tak sampai 10 minit ke TT 2.


Strike Lemading dari Bro Samoi yang memang... malas dah nak cakap.


Close-up.


Kemudian Bro Tommy pulak strike. Kali ini kaedah jigging beliau gunakkan & hasilnya Ikan Lingkoh a.k.a Alu-Alu.


Ada sinyum nampak.... Aku pulak berkali-kali rabut! Nasiblah... dah bukan rejeki aku dalam arena jigging.



Jigging kali ini hanya setengah hari. Menjelang tengah hari & sebelum balik, kami sempat singgah sebentar di salah satu bagang untuk mencuba nasib. Hasilnya seekor ikan pun tak sudi dengan jigging nie. Bro Tommy sambil2 mengejig tu sempat jugak melabuh 7 eye & berhasil.


Spot terakhir. 


Akibat sambutan yang kurang ini, kami mencuba kaedah floting pulak dengan berumpankan ikan bilis. Hasilnya banyak Ikan Suroi nama local, yang kami dapat. Bentuknya macam ikan jejulung tapi lebih hensem lagilah.


Hasil keseluruhan aku & Bro Samoi.


Kureng sambutan tapi yang penting aku BERLESEN JIGGING sudah...


Kira keseluruhan trip aku di Sabah nie suksess! Semoga dengan izinNya, aku berharap dapat lagi kemabli ke Sabah untuk memancing lagi next year. Sasaran utama casting si Tembaring @ Kanai a.k.a Borneo BlackBass. InsyaAllah.


* Info terkini:-
Selepas aku selamat sampai di Sarawak, beberapa hari kemudiannya para otai2 di Sabah berhasil dengan jigging yang lumayan di spot yang telah aku terjah. Sama ada tempat casting atau jigging ini. Nampak gayanya ikan Sabah nie masih malu dengan aku agaknya...



THE END...




No comments:

Post a Comment